3 Teknik Express Mengaji Al-Quran Kalis Sibuk Yang Wajib Diketahui

Bila setiap hari dah sibuk bekerja, kadang-kadang nak buat kerja lain pun dah tak sempat kan? Nak luangkan masa dengan anak apatah lagi. Pernah tak rasa macam betapa teruknya diri kita bila tak mampu nak uruskan semua benda dalam satu hari. Rasa macam buat perkara sia-sia sedangkan kita bekerja mencari rezeki setiap hari untuk keluarga tercinta. 

Tahukah anda apa yang kurang dalam kesibukan diri kita seharian? Kita tidak ada masa untuk bersama Al-Quran. Bukan kata bersama tapi nak membaca Al-Quran apatah lagi walaupun hanya satu muka. Astaghfirullah. Sedihnya, Allah peruntukkan 24 jam sehari kepada kita tapi masih menjadikan alasan sibuk beekrja sebagai asbab untuk tak membaca Al-Quran. 

Ada ke cara walaupun sibuk tapi kita masih ada masa untuk mengaji Al-Quran seperti orang lain? Jangan risau Tuan Puan. Ustaz ada sediakan beberapa teknik express yang Ustaz Yakin hidup Tuan Puan akan kembali bersinar setelah mengamalkan teknik-teknik tersebut. Jom ketahui teknik-tekniknya! 

1. Memandu sambil Membaca Al-Quran

Selalunya apabila pergi ke pejabat ataupun pulang ke rumah, kita mengambil masa yang lama juga kan untuk duduk di dalam kereta kerana terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas. Daripada kita melayan emosi kemarahan kerana kesesakan lalu lintas yang tidak ada penyudah, mendengar lagu-lagu yang tidak berfaedah ataupun menonton ‘movie’ kesukaan, lebih baik kita gantikan rutin tersebut dengan membaca Al-Quran. InsyaAllah, dalam keserabutan lalu lintas itu kita pasti akan mendapat ketenangan secara tidak langsung. Mendengar dan menghayati bacaan al-Quran, nescaya akan dapat menghiburkan perasaan sedih, menenangkan jiwa gelisah dan melunakkan hati keras.

Itulah dimaksudkan rahmat Allah SWT. Firman Allah SWT: Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. (Ar-Ra’d: 28)

Jika tidak mampu untuk membaca Al-Quran, boleh juga sepanjang di dalam kereta itu kita memasang cd ataupun mencucuk pendrive yang mempunyai  ayat Al-Quran yang mudah kita ikuti.

2. Lunch bersama Al-Quran

Semua orang suka sangat dengan waktu lunch ni. Tahu tak sebab apa? Kita dapat makan dan bersembang. Mkadang-kadang masa jadi tidak cukup hanya kerana masa tersebut dihabiskan begitu sahaja apabila bersembang dengan rakan-rakan sekerja tentang apa nak buat hujung minggu, isu semasa, gossip terhangat sekarang dan pelbagai lagi topik yang ingin dibahaskan dalam tempoh 1 jam tersebut.

Apa kata lepas ni kita cuba ubah situasi kita semasa lunch yang mana selepas kita selesai makan terus pergi ke tempat solat.

Jika waktu solat belum masuk ambil sedikit masa untuk mengaji sekurang-kurangnya dapat separuh page pon dah memadai. Bila dah dapat mengaji Al-Quran barulah hati tenang kan nak sambung buat kerja.

 3. Pasang Audio atau Youtube sebelum tidur

Sementara nak masuk tidur tu sambil-sambil gosok gigi nak persiapkan diri untuk tidur pasang audio atau buka saja YouTube ataupun apa-apa medium audio yang menyediakan bacaan Al-Quran seperti Spotify. 

Nak pasang terus sampai tertidur pon lebih baik sementara nak tunggu mata pejam kita pon boleh sambil-sambil mengaji Al-Quran.

Terlalu banyak channel di YouTube yang menyediakan medium atau playlist untuk bacaan Al-Quran. Tinggal diri kita mahu atau tidak sahaja. Cadangan YouTube channel boleh klik di sini:

https://youtube.com/playlist?list=PLzE3ysbt2qXFuPnNJX49VgK7kXPz0UByQ

supaya kita dapat mengisi masa yang santai tu dengan mendengar ayat Al-Quran.

Mendengar bacaan Al-Quran sebelum tidur juga merupakan satu terapi buat mereka yang menghadapi kesukaran untuk tidur malam. Jika tidak percaya, cubalah dan anda pasti tidak akan menyesal. 

Senang kan sebenarnya kita boleh mengaji pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua kita berada. Terutamanya zaman sekarang yang semakin canggih teknologinya yang mana dapat memberi banyak manfaat kepada kita jika kita menggunakannya dengan baik.Jangan jadikan alasan sibuk sebagai penghalang untuk kita terus jadikan Al-Quran sebagai rutin wajib setiap hari. 

Anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Ustaz dan Ustazah akan bimbing Anda dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai !

Nak Ustaz dan Ustazah Bimbing Anda, Mengaji satu per satu, Walaupun dari Kosong Hingga Mahir Baca Al-Quran dengan Lancar ??

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457