3 Tips Bangun Sahur Paling Mudah Tahun 2022

“Alamak, dah habis waktu sahur lah!”

Mesti ramai kat sini yang pernah alami situasi macam ni kan?

Berpuasa seharian tanpa bangun sahur pasti sangat mencabar dan lebih memenatkan. Sebab tu lah Nabi Muhammad SAW memerintahkan supaya jangan meninggalkan sahur.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ ، فَلاَ تَدَعُوهُ ، وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ ، فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Bermaksud:

“Makan pada waktu sahur adalah satu keberkatan. Jangan pernah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan satu tegukan air. Sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan para malaikat pula mendoakan ke atas orang yang bersahur”.

{Riwayat Imam Ahmad}

Jadi, jom sama-sama berazam untuk bangun sahur awal setiap hari pada Ramadhan kali ini supaya kita dapat tingkatkan lagi kualiti ibadah puasa pada siang harinya nanti.

Jomlah baca 3 tips bangun sahur paling mudah yang kami kongsikan kat bawah ni.

#1: Meletakkan Alarm Jauh Sedikit Dari Tempat Tidur

Pasang alarm ni merupakan satu benda yang asas untuk buatkan kita bangun daripada tidur untuk sahur, kerja dan sebagainya. Tapi, sekarang ni ramai orang guna alarm dekat smartphone je.

Satu kekurangan alarm pada smartphone ni adalah anda boleh snooze alarm tu. Haa perkara tu lah yang selalu buatkan anda terlajak tidur walaupun dah pasang alarm.

Setuju tak?

Jadi, untuk elakkan situasi tu terus berlarutan dan menyebabkan kita tak bangun sahur pulak, letak lah smartphone tu jauh daripada tempat anda tidur.

Tapi jangan pulak jauh sangat sampai anda sendiri tak dapat dengar bunyi alarm tu. Cukuplah sekadar letak di tempat yang anda tak boleh capai dengan tangan.

Bila anda perlu bangun dari tempat tidur untuk tutup alarm tu, mesti sekaligus anda dapat bangun sahur dan tak terlepas lagi waktu untuk makan sahur.

#2: Setkan Kipas / Aircond Auto Tutup (Timer)

Bagi anda yang tidur menggunakan aircond atau kipas siling yang mempunyai tetapan timer boleh cuba gunakan tips ini untuk mudah bangun sahur.

Siapa yang dah biasa tidur dalam keadaan sejuk setiap hari, mesti tak boleh tidur kalau tiada kipas atau aircond kan?

Zaman sekarang ni kalau tiada kipas atau aircond mesti rasa macam tak boleh nak buat apa-apa. Tengah syok tidur pon boleh tersedar sebab tak tahan panas.

Jadi, bila tips ini digunakan dengan menggunakan tetapan auto tutup pada kipas atau aircond pada waktu sebelum sahur, sudah pasti anda akan terjaga awal sebab panas dan berpeluh.

Bila dah terjaga awal tu boleh lah terus bangun sahur kan?

Tapi jangan pulak letak remote kipas atau aircond dekat dengan tempat tidur. Nanti boleh pulak tangan tu capai remote dan hidupkan balik kipas atau aircond.

Ingat tu!

#3: Hindari Minuman Berkafein Sebelum Tidur

Bagi penggemar kopi, ini adalah tips yang penting untuk anda!

Minum minuman berkafein sebelum tidur sebenarnya akan mengganggu kualiti tidur anda. Anda akan susah untuk tidur sehingga menyebabkan waktu tidur menjadi berkurang.

Anda boleh baca artikel penuh tentang bagaimana minuman berkafein dapat mengganggu tidur anda pada pautan di bawah.

https://hellosehat.com/pola-tidur/insomnia/bagaimana-kopi-mempengaruhi-tidur-anda/

Jadi, bila waktu tidur anda berkurang, itulah yang menyebabkan anda susah untuk bangun sahur pada waktu yang sepatutnya. 

Kepada penggemar kopi sekalian, kalau boleh kurangkan lah sikit minum kopi tu sepanjang bulan Ramadhan kalau anda taknak terlepas bangun sahur.

Bukan tak boleh langsung minum kopi cuma kurang sikit je. Untuk kepentingan diri anda sendiri juga supaya dapat bangun sahur sepanjang bulan Ramadhan.

Mesti tak jadi masalah kan?

Bila dah tahu 3 tips bangun sahur paling mudah ni boleh lah anda cuba untuk amalkannya dan tiada lagi alasan untuk tak bangun sahur lepas ni.

Tahu tak yang sahur ni sebenarnya adalah satu perkara yang membezakan anatara puasa orang Islam dengan puasa bagi penganut agama-agama lain.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Bermaksud:

“Pemisah (perbezaan) di antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah bersahur”.

{Riwayat Abu Daud}

Bersahur ni juga hukumnya adalah sunat. Jadi, eloklah kita memperbanyak amalan sunat dan menambah pahala pada bulan Ramadhan ni. Selain daripada bersahur, membaca Al-Quran pun banyak pahalanya tau!

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?

Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Menerusi sesi soal jawab berkaitan mengaji Al-Quran . Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .

Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !

Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang👇👇👇

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini