3 Vaksin Berkesan Cegah Barah Buta Quran

Sudah lebih setahun dunia dihidap wabak koronavirus, namun belum ada tanda-tanda pengakhirannya. Dalam usaha kita membanteras wabak covid-19 ini dari terus menular dalam masyarakat, kita lupa bahawa sudah lama wujud satu penyakit yang jauh lebih parah daripada koronavirus, iaitu barah buta Quran.

Kenapa barah buta Quran ini dikatakan lebih bahaya daripada Covid-19? Sebab andaikata kita dijangkiti koronavirus, penghujung yang paling buruk adalah kematian. Tapi kalau kita menghidap barah buta Quran, maka berkemungkinan pengakhirannya adalah neraka. Moga dijauhkan.

Dalam usaha mencegah covid-19, kita kena patuh SOP, bukan? Jadi apa pula usaha yang boleh dilakukan untuk melawan barah buta Quran? Teruskan membaca untuk ketahui 3 vaksin berkesan cegah barah buta Quran.

1. MEMPERKUKUH DIDIKAN AGAMA DALAM KELUARGA

Pepatah Melayu ada mengatakan, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang membawa maksud ibu bapa bertanggungjawab untuk menerapkan didikan agama dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Segalanya bermula dari rumah, jadi ibu bapa seharusnya menjadi contoh terbaik kepada anak-anak.

Kalau ibu bapa sendiri tak kenal Al-Quran, bagaimana mungkin anak-anak akan membesar sebagai seorang hafiz Al-Quran? Walaupun tak dapat hafal 30 juzuk Al-Quran, setidaknya binalah sebuah keluarga yang mahir baca Quran.

Alangkah indahnya jika ibu bapa sendiri yang mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Di samping melahirkan keluarga Al-Quran, secara tidak langsung hubungan kekeluargaan pun akan jadi lebih erat dan akrab.

2. BERSAHABAT DENGAN GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN

“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]

Nabi Muhammad SAW membuat perumpamaan bahawa kawan yang baik umpama seorang penjual minyak wangi kerana manfaat yang kita akan perolehi daripadanya apabila kita berdamping dengannya. 

Jelaslah disini bahawa seorang sahabat sangat memberi pengaruh kepada diri kita juga. Orang kata, kawan biar seribu tapi sahabat biarlah yang berkualiti dan boleh membimbing kita ke arah syurga. 

3. CARI KAEDAH MENGAJI YANG SAHIH, MUDAH DAN CEPAT

Tidak dinafikan teknologi masa kini bergerak begitu pantas sehingga manusia bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Semuanya berada di hujung jari.

Namun apa yang merisaukan adakah sesuatu ilmu atau fakta tersebut dikira sebagai benar? Sejauh mana kesahihan suatu formula dalam mengaji Al-Quran tersebut? Banyak pertanyaan yang perlu dikaji bagi mendapat kualiti ilmu yang berkesan.

Oleh itu, sangat penting untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang ilmu terutamanya ilmu-ilmu berkaitan dengan Al-Quran. Mencari kaedah yang mudah dan cepat itu tidak salah tapi jangan terlupa untuk memastikan kesahihannya.

Secara konklusinya, Jangan terlalu sibuk nak vaksin diri cegah Covid19 sampai terlupa nak vaksin rohani yang semakin parah akibat Buta Quran

3 vaksin di atas sesungguhnya dapat melindungi diri kita semua dari tergolong dalam golongan orang yang jahil quran buat selama-lamanya.

Nak suntik Vaksin Buta Quran? Jom sertai kelas mengaji Al-Quran bersama Azdan Quranic Center sekarang. Ustaz ustazah akan bimbing satu per satu dari zero ke pro!

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim