3 WAKTU TERBAIK UNTUK MEMBACA AL-QURAN

Membaca Al-Quran adalah sebahagian dari ibadah. Salah satu kelebihan Al-Quran adalah mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya. Inilah salah satu pperbezaan ketara antara Al-Quran dengan kitab-kitab atau buku-buku lain.

Membaca Al-Quran juga telah menjadi satu amalan yang paling popular dilakukan oleh seluruh umat Islam sewaktu Bulan Ramadahan. 

Tetapi, tahukah anda, ada beberapa waktu yang paling terbaik untuk membaca kitab suci, Al-Quran ini. Antaranya :

Sepertiga malam

Adapun waktu terbaik membaca Al-Qur’an selepas solat adalah waktu malam.  Di antara semua waktu malam itu, sepertiga malam adalah waktu yang paling terbaik iaitu antara jam 3 pagi sehingga Subuh. Waktu sahur adalah  termasuk sepertiga malam. Sempatkanlah membaca Al-Qur’an sebelum atau sesudah sahur agar kita mendapat fadilat dan keberkatan didalamnya. 

Tambahan pula, membaca Al-Quran di sepertiga malam dapat memberikan fokus yang tinggi sekaligus mendapat ketenangan yang luarbiasa pada ketika itu.

Selepas Maghrib

Tahukah kita bahawa sebenarnya Allah mengurniakan lebih kurang 60 minit untuk kita rebut keberkatan dalam waktu singkat itu. Waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah ‘precious time’ masa singkat yang sangat mudah untuk kita kaut ganjaran pahala dengan melakukan ibadat-ibadat mudah.

Waktu antara Maghrib dan Isya sememangnya waktu yang kita agak sibuk dan kelam-kabut kerana baru sampai ke rumah dari tempat kerja. Waktu ini sangat pendek, tetapi didalamnya terdapat keberkatan yang perlu kita jemput dengan amal.

Dalam hal ini cukuplah cerita tentang Ahmad bin Abi Al-Hawariy yang bertanya pada gurunya, Syaikh Abu Sulaiman rahimahullah

”Wahai guru, mana yang lebih utama, puasa di siang hari atau menghidupkan waktu antara

Maghrib dan Isya dengan amal soleh?”

“Kerjakan kedua-duanya,” jawab gurunya. “Tetapi saya tidak mampu mengerjakan keduanya.

Kerana, jika saya berpuasa, waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah saat sibuk untuk berbuka.”

“Kalau demikian tinggalkan puasa dan isilah waktu antara Maghrib dan Isya’ dengan amal soleh.”

Cerita antara guru dan murid di atas cukup memberikan gambaran tentang anjuran jangan sampai terlepas waktu keemasan ini dengan melakukan amal soleh. 

Amal soleh yang paling mudah untuk kita lakukan adalah dengan membaca Al-Quran.

Selepas Subuh

Waktu utama membaca Al-Qur’an adalah selepas  subuh. Bahkan, Rasulullah Muhammad Saw pernah mendoakan keberkatan pada waktu pagi untuk umatnya.

“Ya Allah, berkahilah umatku pada waktu paginya” (HR. Tirmidzi)

Berbeza dengan solat yang mempunyai waktu-waktu yang dilarang untuk mendirikannya. Umat Islam boleh membaca Al-Quran pada bila-bila masa tiada had waktu dan hari. 

Akhirul kalam, Sebagai umat Islam, wajarlah membaca al-Quran menjadi satu rutin harian dan setiap masalah akan dapat diselesaikan kerana al-Quran bukan sekadar buku, tetapi ialah mukjizat dan pengubat serta rahmat kepada orang Islam yang sudah diturunkan 1,000 tahun yang lampau serta akan kekal sehingga kiamat.

Anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Nak Ustaz dan Ustazah bimbing Anda dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai ??

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim