5 Amalan Baik Yang Dicintai Allah Tapi Ramai Yang Tak Istiqamah

Apakah amalan yang paling disukai Allah?

Walau sekecil manapun amalan tersebut, ia pasti akan mendatangkan kebaikan kepada kita semua. Setiap insan di bumi ini pasti mengimpikan untuk masuk ke dalam Syurga dan mendapatkan pahala yang berganda.

Banyak amalan baik yang mudah boleh kita lakukan tetapi masih ramai yang mengabaikannya. Bagi menggandakan pahala dan masuk ke Syurga terdapat beberapa amalan baik yang dapat meningkatkan penimbang pahala kita.

#1 Solat di Tengah Malam

Man in White Thobe Lying on Red and White Rug

Allah menyuruh kita solat ditengah malam diantara waktu isyak dan subuh. Allah juga telah menjanjikan tempat yang terpuji di akhirat kelak sekiranya kita bangun untuk solat malam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa’ ayat 79 bermaksud, “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

Oleh itu, ingin dikongsikan beberapa persediaan untuk bangun solat Tahajjud mengikut Imam Al-Ghazali. Pertamanya elak makan dan minum secara berlebihan bagi mengatasi tidur terlalu nyenyak. Keduanya, Elakkan aktiviti yang tidak berfaedah yang boleh memenatkan badan. Seterusnya,tidur sebentar pada waktu siang (qailullah) bagi memudahkan kita untuk bangun malam. 

#2 Puasa

Tuntutan amalan puasa adalah wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam. Dalam Al-Quran, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 maksudnya: 

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”

Berpuasa adalah menahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan puasa dari sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Banyak hikmah apabila kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. 

Antaranya, dapat membersihkan diri dari dosa-dosa lampau, melatih diri untuk menjadi orang yang sabar dan seterusnya menimbulkan rasa syukur apabila terkenangkan ada lagi golongan yang tidak mampu untuk makan dan minum mewah seperti kita.

#3 Bersedekah secara sembunyi

Orang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa diberi oleh tangan kanannya ialah gambaran mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai yang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya.

Pasti akan ada juga perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapat pujian serta sanjungan daripada orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

Ramai juga rasa tidak puas jika pemberiannya tidak diketahui orang, apatah lagi sekiranya sedekah itu bernilai tinggi. Walau bagaimanapun, sedekah kecil dengan hati yang ikhlas akan diterima Allah manakala Allah menolak sedekah yang banyak tetapi dipenuhi rasa sombong dan riak.

#4 Zikir

Zikir adalah satu amalan yang disyariatkan dalam Islam. Perintah supaya melaksanakan zikir ditemui dalam banyak ayat-ayat al-Qur’an dan juga hadis Nabi s.a.w. Ia adalah rahsia dan penghubung secara langsung antara hamba dengan Tuhannya. Setiap mukmin yang mengingati Allah pasti akan diingati olehNya. Merujuk kepada firman Allah:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

Maksudnya: “dan ingatlah akan Tuhanmu apabila engkau lupa” (Surah Al-Kahfi : 24)

Ternyata bahawa amalan zikir bukan hanya sekadar ibadah, tetapi juga merupakan amalan yang boleh membersihkan hati dan menyucikan jiwa manusia, mendekatkan diri kepada penciptaNya dan seterusnya mencapai ma`rifat terhadapNya. 

#5 Membaca Al-Quran

Man in White Thobe Lying on Red and White Rug

Al-Quran merupakan kalam Allah yang menjadi sumber petunjuk untuk kehidupan umat manusia di seluruh dunia. Tanpa Al-Quran kita tidak mampu untuk berada pada jalan yang lurus kerana ianya adalah sebagai manual kehidupan. 

Aslinya Al-Quran ini tidak mampu untuk diubah oleh sesiapapun. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” (Surah Al-Hijr : 9)

Al-Quran merupakan bacaan yang sangat mulia. Setiap huruf yang kita baca sudah pasti akan ada ganjarannya walaupun bacaan kita tidak sempurna. Jadi, ianya sangat disyorkan untuk kita membacanya. Lagi bagus sekiranya kita menghafal, mengamalkannya dan berdakwah menggunakannya. Berapa banyak pula pahala yang kita akan dapat nanti.

Itu belum termasuk lagi doa-doa yang berdasarkan ayat di dalam Al-Quran. Selain kita mendapat pahala, kita juga dapat berdoa untuk diri kita. Allah SWT juga berfirman yang bermaksud, “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.” (Surah Al-Nahl : 98)

Demikianlah amalan-amalan yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian untuk menambahkan ganjaran pahala kita. Allah itu Maha Mengetahui di atas segala perkara yang kita lakukan. Walaupun ianya sebesar zarah sekalipun, sekiranya ia adalah untuk kebaikan, Allah pasti akan memberikan ganjarannya. Apa yang penting, buat sahaja yang terbaik dalam setiap ibadah kita.

Satu ibadah yang Allah sukai adalah mereka yang cuba mempelajari Al-Quran. Jika anda mahu belajar Al-Quran tanpa susah-susah keluar rumah, Azdan Masterclass Online (AMO) adalah jawapannya. Dalam Azdan Masterclass Online (AMO) menyediakan pembelajaran Al-Quran bersama guru yang bertauliah.

Anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Nak Ustaz dan Ustazah bimbing Anda dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai ??

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim