5 Rahsia Malam Seribu Bulan Paling Menakjubkan !

Kenapa Lailatul Qadar digelar sebagai malam terbaik seribu bulan ?

Lailatul Qadar adalah sebuah malam yang sangat istimewa dan hanya terdapat dalam bulan Ramadhan sahaja. 

Digelar sebagai malam seribu bulan kerana ia merupakan sebuah malam yang penuh dengan kemuliaan. 

Allah SWT berfirman:

لَيْلَةُ الْقَدْرِەۙ خَيْرٌ مِّنْ اَلْفِ شَهْرٍۗ

Maksudnya:

“Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan”.

{QS: Surah Al-Qadr Ayat 3}

Bila berlakunya malam Lailatul Qadar ni ? 

Sebenarnya, tidak ada dinyatakan secara khusus oleh mana-mana sumber tentang bilakah malam yang tepat terjadinya Lailatul Qadar itu.

Walaubagaimanapun, berdasarkan sebuah hadis daripada Jabir bin Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

Bermaksud:

“Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil.”

{Riwayat Ahmad}

Selain itu, ada banyak lagi pandangan dan perbahasan para agamawan tentang bila berlakunya Lailatul Qadar.

Walaubagaimanapun, Allah SWT merahsiakan waktu yang sebenarnya Lailatul Qadar ini terjadi supaya menjadi pendorong kepada umatnya untuk berlumba-lumba berbuat amal kebaikan sepanjang bulan Ramadhan.

Selain itu, antara sebab lain adalah supaya umat Islam berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi mencari malam tersebut. 

Seperti mana disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki. (Mufti Wilayah Persekutuan)

Jadi, kami nak kongsikan 5 Rahsia Malam Seribu Bulan Paling Menakjubkan !

#1 Al-Quran diturunkan buat pertama kali

Mesti semua dah tahu yang peristiwa penurunan Al-Quran buat pertama kalinya adalah pada malam Lailatul Qadar iaitu pada malam 17 Ramadhan.

Peristiwa ini merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam. Menurut Ibnu Katsir, Allah SWT mengkhabarkan bahawa Dia menurunkan Al-Quran di malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang penuh dengan keberkatan. 

Sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةٖ مُّبَٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya pada suatu malam yang diberkati”.

{QS: Surah Ad-Dukhan Ayat 3}

#2 Para Malaikat Turun Untuk Menentukan Takdir Manusia

Tahukah kita, bahawa pada malam Lailatul Qadar, para malaikat akan turun beramai-ramai untuk menentukan takdir manusia.

Betul tak ?

Sebenarnya, hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran:

تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍۢ

Maksudnya:

“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan”.

{QS: Surah Al-Qadr Ayat 4}

Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyak amalan pada malam Lailatul Qadar kerana pada malam itu, para malaikat membawa perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu takdir kita pada tahun ini hingga ke tahun yang akan datang.

Semoga takdir yang ditetapkan untuk kita semua adalah yang terbaik untuk kita.

InsyaAllah… 

#3 Malaikat Jibril Turun Ke Langit Dunia

Haa.. bukan biasa-biasa tau malam Lailatul Qadar ni. Malaikat Jibril pun turun ke dunia tau pada malam tu !

“Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.”

{Imam Al-Qurtubi}

Beruntung sangat bagi sesiapa yang berdoa pada malam Lailatul Qadar sebab malaikat Jibril yang akan mengaminkan doa mereka.

Anda semua pun mesti nak tergolong di antara mereka yang doanya diaminkan oleh malaikat Jibril.

Betul kan ?

Oleh itu, jom sama-sama kita mempertingkat amal ibadah dengan bangun malam untuk solat sunat dan berdoa terutamanya pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

Semoga doa-doa kita diaminkan oleh para malaikat yang turun pada malam seribu bulan itu.

InsyaAllah…

#4 Mendapat Keselamatan Dan Kebaikan Hingga Terbit Fajar

Pada malam yang istimewa itu juga Allah SWT telah menjanjikan kesejahteraan pada sepanjang malam hingga terbit waktu fajar.

Allah SWT berfirman: 

سَلٰمٌ ۛهِيَ حَتّٰى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksudnya:

“Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

{QS: Surah Al-Qadr Ayat 5}

Al-Dahhaq berkata: 

“Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. 

Sedangkan Mujahid berpendapat: 

“Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”

Dapat kita lihat kat sini bahawa pada malam tersebut kita akan dapat melaksanakan ibadah dengan khusyuk tanpa sebarang gangguan.

Jadi, janganlah kita lepaskan peluang yang sebegini tau !

#5 Ibadah Sama Seperti Ibadah Selama Seribu Bulan

Pada malam Lailatul Qadar, setiap ibadah yang kita lakukan akan digandakan pahalanya dengan gandaan yang sama seperti pahala melakukan ibadah selama sebulan.

Imam Al-Qurtubi berkata:

“Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.”

Sekarang anda semua mesti dah faham kenapa malam Lailatul Qadar ni disebut sebagai malam seribu bulan.

Betul tak ?

Semoga kita semua sama-sama dapat manfaatkan bulan Ramadhan ni untuk mempertingkatkan ibadah kita supaya berpeluang untuk memperoleh pahala seperti pahala ibadah selama sebulan.

Banyak tau ibadah yang kita boleh tingkatkan pada malam bulan Ramadhan ni seperti bangun malam untuk solat sunat, berdoa dan juga membaca Al-Quran.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?

Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Menerusi sesi soal jawab berkaitan mengaji Al-Quran . Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .

Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !

Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang👇👇👇

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini