5 Tanggapan Salah Belajar Mengaji Al-Quran

White and Black Textile on Brown Wooden Table

AL-QURAN merupakan panduan dan rujukan terpenting umat Islam dalam segenap aspek kehidupan. Namun hari ini semakin memandang enteng terhadap perihal ilmu agama terutamanya dalam bidang pengajian Al-Quran. 

Turut membimbangkan ramai ibubapa merasakan tiada kepentingan atau tuntutan untuk melahirkan generasi cilik Al-Quran dalam sahsiah pembentukan kekeluargaan masing-masing. 

Oleh itu, terdapat beberapa tanggapan yang salah terhadap belajar mengaji Al-Quran. Antaranya ialah :

1. ”Lepas Pencen Pun Boleh lagi Nak Belajar Mengaji, Rileks dulu…”

Senior wrinkly ethnic woman in headscarf near shabby building

Hampir 80% dewasa menyesal kerana mereka mula belajar mengaji ketika usia pencen. Sangat menyedihkan kerana ketika itu lidah sudah keras, susah nak sebut huruf dengan jelas, mata sudah kabur dan ada juga tahap pendengaran yang tidak baik. 

Mereka tidak memanfaatkan nikmat fizikal yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Waktu muda mereka fokus untuk mencari sebanyak mungkin harta dan merasai keseronokan dunia yang tidak ada penyudahnya. Takkan nak tunggu umur pencen baru nak belajar mengaji? Itu pun kalau panjang umur. 

Sebelum menyesal, lebih baik bertindak sekarang untuk mula belajar mengaji kerana ajal tidak mengenal usia. Cepat atau lambat ia pasti akan datang. Saat itu, kita sudah tidak mampu berpatah balik untuk buat persiapan belajar mengaji Al-Quran lagi.

2. ”Dapat khatam Al-Quran sekali pun dah okay, Tak perlu belajar lagi…”

Dulu waktu kecil kita seringkali dimomokkan dengan siapa yang khatam Al-Quran paling banyak, dia lah orang yang paling hebat. Hakikatnya, belajar mengaji Al-Quran bukanlah diukur melalui seberapa banyak kita sudah khatam Al-Quran tetapi dinilai melalui seberapa banyak kualiti proses pembelajaran Al-Quran dalam memperbaiki bacaan Al-Quran kita hari demi hari. Ada juga yang sekali khatam Al-Quran sahaja sudah memadai untuk melepaskan ‘beban’ belajar mengaji Al-Quran seumur hidup.

Kita perlu buang persepsi tersebut kerana belajar mengaji Al-Quran bukan sekadar berjaya khatam Al-Quran malah ia lebih daripada itu. Sekiranya kita mampu untuk membaca setiap baris ayat itu dengan penuh tartil dan mampu untuk mengenal hukum tajwid dengan baik barulah dikira sebagai satu pencapaian yang baik dalam mengaji Al-Quran.

3. Buang masa belajar mengaji baik kerja cari duit untuk hidup

Kegawatan ekonomi yang melanda di saat wabak Covid-19 sehingga ke hari ini sangat memberi impak  kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini menyebabkan mereka tidak serius untuk belajar mengaji di saat kegawatan ekonomi masa kini kerana bagi mereka yang paling utama adalah untuk mencari sumber pendapatan bagi menampung kehidupan seharian. 

Duit lebih penting untuk dicari daripada mencari bekalan akhirat yang mana lebih jauh bermakna dari kehidupan di atas dunia ini. Sebahagian masyarakat hari ini menjadikan duit dan harta itu adalah sebagai  kayu ukur untuk mengecapi kebahagiaan yang abadi. Sedangkan kebahagiaan hakiki adalah apabila kita 

4. Belajar mengaji cukup sekadar tahu surah-surah lazim sahaja

Menjadi kegusaran hari ini apabila ramai yang mengambil sebahagian pengajian Al-Quran itu pada perkara yang mudah sahaja seperti mengamalkan surah-surah lazim sahaja sudah memadai untuk menunaikan kewajipan belajar mengaji Al-Quran.

Rata-rata manusia hari ini memang mengambil langkah selamat untuk tidak mahu dilabel sebagai jahil agama sedangkan menghafal surah lazim sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang hamba Allah yang taat. 

5. Mengaji bila ada masa lapang sahaja

Alasan sibuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk membaca Al-Quran walau satu ayat merupakan satu alasan yang tidak wajar kerana Allah SWT sudah menetapkan setiap manusia dengan 24 jam sehari. Tipu sekiranya  kita tidak mampu untuk mewujudkan walau 1 jam masa bersama Al-Quran. Sesungguhnya, orang yang berkira-kira untuk belajar mengaji Al-Quran adalah antara orang yang rugi.

Jangan jadikan rutin membaca Al-Quran sebagai satu rutin dihujung minggu sahaja. Kita perlu berusaha untuk menjadikan amalan membaca Al-Quran adalah sebagai rutin setiap hari sepanjang masa.

Akhir kalam, Marilah kita menjadikan budaya ilmu di dalam Al-Quran sebagai gaya hidup. Kita mesti yakin bahawa Al-Quran sahajalah yang mampu membawa kecemerlangan, menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini.

Rebutlah peluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersama ahli keluarga tersayang untuk terus belajar mengaji walaupun hanya dari rumah sahaja. 

Anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Ustaz dan Ustazah akan bimbing Anda dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai !

Nak Ustaz dan Ustazah Bimbing Anda, Mengaji satu per satu, Walaupun dari Kosong Hingga Mahir Baca Al-Quran dengan Lancar ??

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457