5 TIPS MEMBACA AL-QURAN DENGAN LANCAR

5 TIPS MEMBACA AL-QURAN DENGAN LANCAR

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke blog ngajijom.com 🤗

Artikel kali ini akan menyentuh tentang Tips Membaca Al-Quran dengan Lancar. Ini adalah antara topik hangat yang perlu diketahui oleh umat Islam kerana kita amatlah sinonim dan dekat dengan kitabullah Al-Quranul Karim.

Jika kita sudah mengetahui asas-asas dalam bacaan Al-Quran tidak beerti bahawa kita dapat membaca Al-Quran dengan lancar. Jadi, mari sama-sama ketahui dan amalkan beberapa tips untuk mendapatkan bacaan Al-Quran yang lancar.

Tips ini juga dapat memudahkan proses anda membaca Al-Quran kerana ia dapat membawa anda kepada cara mudah membaca Al-Quran dan juga merangkumi kaedah menghafal Al-Quran jika anda dapat menguasai kelima-lima tips ini. In shaa Allah..

Alangkah indahnya hidup dipenuhi dengan cahaya ayat-ayat Al-Quran !

Berikut adalah 5 Tips Membaca Al-Quran dengan Lancar :

TIPS 1 : Menghadiri kelas atau program Al-Quran
Bagi yang masih belum mengenali tajwid, amatlah disarankan untuk mendalami ilmu dan kaedah tajwid terlebih dahulu. Sertailah mana-mana kelas atau program yang menyentuh tentang tajwid dan yang berkaitan dengan Al-Quran agar kita dapat melihatnya secara jelas dan terperinci.

TIPS 2 : Sentiasa membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehari 1 muka surat
Jika anda sudah menguasai ilmu tajwid, jangan sia-siakannya ! Amalkanlah ilmu tersebut dengan sentiasa membaca Al-Quran SEKURANG-KURANGNYA sehari 1 muka surat dan digalakkan untuk membaca lebih daripada itu. In shaa Allah, bacaan anda akan semakin lancar dari hari ke hari.

TIPS 3 : Berguru dalam membaca Al-Quran
Kadang-kadang kita tidak dapat membaca Al-Quran dengan betul dan lancar apabila ragu-ragu dengan sebutan huruf mahupun tajwid. Iya, mungkin kita semua sudah mempelajarinya namun ada masa kita sendiri terlupa dan ragu untuk membacanya. Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya hal sebegini eloklah sekiranya anda berguru dalam membaca Al-Quran. Rujuklah orang yang pakar dalam bidang ini untuk memperoleh ilmu membaca Al-Quran yang betul.

TIPS 4 : Sentiasa mendengar alunan ayat Al-Quran
Hahhh! Ni part yg paling senang. Download je apps Al-Quran di Playstore antaranya Muslim Pro Malaysia dan Quran for Android. Bila nak dengar atau baca Al-Quran, buka je apps tu. Nak lagi senang, buka youtube dan search je surah apa yang kita nak dengar. Macam lagu juga, jika nak dengar lirik lagu tu dengan jelas, siap letak kat telinga lagi untuk tangkap bait-bait sebutan yang didendangkan. Hehehe
Jom gantikan muzik dengan ayat-ayat Al-Quran !
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai aplikasi Al-Quran sila layari https://www.celikalquran.com/10-aplikasi-alquran/ (10 Aplikasi Al-Quran Kegemaran Rakyat Malaysia)

TIPS 5 : Mempraktikkan ayat Al-Quran dalam bacaan solat
Umat Islam menunaikan solat fardhu 5 kali sehari, tidak termasuk lagi dengan solat sunat. Jika ilmu tajwid sudah kita ketahui, tinggal saja untuk mempraktikkannya. Di mana tempat yang sesuai untuk kita praktikkan bacaan ayat Al-Quran ? Sudah semestinya dalam bacaan solat. Tidak kiralah apa jua surah sekalipun terutamanya surah Al-Fatihah yang wajib dibaca dalam setiap rakaat solat. Surah-surah selainnya juga boleh dijadikan bacaan selepas Al-Fatihah dalam solat.

Dari Abi Said, dia berkata: “Kami telah diperintah (oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam) supaya kami membaca al-Fatihah dan apa-apa (ayat /surah) yang mudah (bagi kami).

Hadis di atas tidak hanya membatasi pembacaan surah atau ayat al-Qur’an hanya di rakaat pertama dan kedua, tetapi ianya membuktikan bahawa bukanlah menjadi satu kesalahan untuk membaca ayat atau surah al-Qur’an di rakaat yang ketiga mahupun keempat dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’ malah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri pernah melakukannya ketika solat Zuhur dan Asar. Maka sewajarnya sunnah yang semakin dilupakan ini dihidupkan semula sekali-sekala oleh kita semua.
(Sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/7.htm)

Amalkan 5 tips ini secara berterusan, Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda membaca Al-Quran dengan lancar. In shaa Allah.. 🙂

Jika terdapat apa-apa persoalan mengenai artikel ini, sila tinggalkan di bahagian comment di bawah. Terima kasih 😊

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim