8 Sebab Utama Kenapa Orang Tak Suka Membaca Al-Quran

Membaca itu adalah jambatan ilmu. Membaca itu juga merupakan sifat fitrah seorang manusia. Pada permulaan kehidupannya, manusia akan membaca apa sahaja yang mereka nampak di depan mata. Terutamanya, pada era globalisasi kini kecanggihan teknologi dan juga gadjet telah menjadikan manusia kerap untuk melihat sesuatu berita ataupun apa-apa bahan bacaan yang boleh dibaca melalui mata mereka sendiri. Banyak benda yang manusia akan baca sebagai contoh komik, novel, majalah, surat khabar, cerpen, puisi, emel, gossip artis pun manusia akan baca.

Baguskan budaya suka membaca ni? Tetapi, kenapa dalam banyak-banyak perkara yang dibaca, Isu Al-Quran je ramai orang tak suka baca?

Ini antara sebab utamanya :

1. Tak Pandai Baca Al-Quran

Ramai antara kita yang masih lagi mengaji merangkak-rangkak dan itulah sebab paling utama kenapa ramai yang tidak suka membaca Al-Quran. Mereka merasakan untuk mula membaca Al-Quran adalah satu perkara yang ngeri kerana terlalu banyak hukum Tajwid yang perlu dihafal sedangkan ada beberapa kaedah yang MUDAH & CEPAT untuk lancar Al-Quran tanpa perlu hafal ke semua hukum tajwid tersebut.

2. Tak Ada Masa Nak Buka & Baca Al-Quran

Allah kurniakan 24 jam sehari kepada setiap makhluk atas muka bumi ini tapi masih ramai manusia yang memberikan alasan, “saya tidak ada masa nak mengaji”. Astaghfirullah, semoga kita dijauhkan dalam golongan seperti ini. Ketahuilah, untuk berjaya di dunia, anda perlu mengutamakan Akhirat kerana pastinya, dunia akan mengikuti anda. Sekurang-kurangnya, jika tidak mampu untuk baca dua muka surat sehari, satu muka surat juga sudah memadai ataupun setengah muka surat yang penting kita ada kan waktu untuk kita mengaji dan membuka Al-Quran.

3. Tiada Minat Nak Belajar Al-Quran

Nak belajar Al-Quran bukan semata-mata untuk  kenal hukum tajwid baru boleh kita mengaji. Selagi tidak hafal hukum tajwid, tidak boleh baca Al-Quran. Itu adalah fahaman yang sangat salah dan boleh merosakkan pemikiran serta mendorong kita untuk tidak minat mempelajari Al-Quran. Pada peringkat awal, kita boleh melatih diri untuk kita baca tafsir Al-Quran sebelum ke peringkat seterusnya. Jangan putus asa untuk terus belajar kerana sesungguhnya, Allah SWT tidak memandang pada kuantiti amalan malah pada kualiti sesuatu pembelajaran.

4. Tidak Tahu Ganjaran/Syafaat Membaca Al-Quran

Lumrah manusia inginkan ganjaran apabila membuat sesuatu perkara dalam kehidupan sehariannya dan tidak terlepas daripada persoalan liar yang seringkali ditanya,

“apakah saya membaca Al-Quran ini mendapat kebaikan didalamnya?”

Semestinya ada. Bahkan terdapat banyak ganjaran pahala yang sedang Allah sediakan buat mereka yang membaca Al-Quran dan mengamalkan dalam kehidupan sehariannya.

Ganjaran pahala itu bersifat ghaib dan semuanya akan dapat semasa di Akhirat kelak walau sekecil-kecil perbuatan tetap juga dihitung. Seandainya, pahala itu boleh kita lihat dengan mata kasar, sudah pasti ramai manusia yang akan berebut-rebut untuk membuat amalan kebaikan khususnya membaca Al-Quran.

5. Sudah Terbiasa Dengan Perkara-Perkara Lagha

Manusia hari ini terlalu kejarkan dunia sehingga lupa pada dunia yang kekal abadi iaitu Alam Akhirat. Ramai manusia berlumba-lumba untuk mengejar pangkat, harta kekayaan dan kemewahan hidup sehinggakan tiada sekelumit rasa untuk berbalik pada jalan yang benar. Nauzubillahiminzalik. Masa-masa yang terluang banyak kita habiskan dengan aktiviti tidak berfaedah dan tidak bermoral yang mana tidak mendatangkan keuntungan malah kerugian yang melampau-lampau. Oleh itu, kita perlu sedar akan hakikat ini dan mula berubah untuk menjadi seorang Pencinta Al-Quran.

Secara kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa merefleksi diri untuk terus kekal pada jalan yang benar. Sekiranya anda ingin bertaubat dan mula untuk mempelajari Al-Quran, masih belum terlambat untuk gunakan kesempatan yang berbaki ini untuk membuat perubahan dalam diri anda. Sesungguhnya, dunia kini terlalu banyak medium untuk kita belajar Al-Quran secara berbayar mahupun percuma. Tinggal kita sahaja yang perlu bergerak untuk mengubah nasib diri.

Nak daftar kelas mengaji Eksklusif Talaqqi secara PERCUMA? https://go.wasap.my/pengajianazdan26

6. Tiada Minat Nak Belajar Al-Quran

Nak belajar Al-Quran bukan semata-mata untuk  kenal hukum tajwid baru boleh kita mengaji. Selagi tidak hafal hukum tajwid, tidak boleh baca Al-Quran. Itu adalah fahaman yang sangat salah dan boleh merosakkan pemikiran serta mendorong kita untuk tidak minat mempelajari Al-Quran. Pada peringkat awal, kita boleh melatih diri untuk kita baca tafsir Al-Quran sebelum ke peringkat seterusnya. Jangan putus asa untuk terus belajar kerana sesungguhnya, Allah SWT tidak memandang pada kuantiti amalan malah pada kualiti sesuatu pembelajaran.

7. Tidak Tahu Ganjaran/Syafaat Membaca Al-Quran

Lumrah manusia inginkan ganjaran apabila membuat sesuatu perkara dalam kehidupan sehariannya dan tidak terlepas daripada persoalan liar yang seringkali ditanya,

“apakah saya membaca Al-Quran ini mendapat kebaikan didalamnya?”

Semestinya ada. Bahkan terdapat banyak ganjaran pahala yang sedang Allah sediakan buat mereka yang membaca Al-Quran dan mengamalkan dalam kehidupan sehariannya.

Ganjaran pahala itu bersifat ghaib dan semuanya akan dapat semasa di Akhirat kelak walau sekecil-kecil perbuatan tetap juga dihitung. Seandainya, pahala itu boleh kita lihat dengan mata kasar, sudah pasti ramai manusia yang akan berebut-rebut untuk membuat amalan kebaikan khususnya membaca Al-Quran.

8. Sudah Terbiasa Dengan Perkara-Perkara Lagha

Manusia hari ini terlalu kejarkan dunia sehingga lupa pada dunia yang kekal abadi iaitu Alam Akhirat. Ramai manusia berlumba-lumba untuk mengejar pangkat, harta kekayaan dan kemewahan hidup sehinggakan tiada sekelumit rasa untuk berbalikpada jalan yang benar. Nauzubillahhiminzalik. Masa-masa yang terluang banyak kita habsiskan dengan aktiviti tidak berfaedah dan tidak bermoral yang mana tidak mendatangkan keuntungan malah kerugian yang melampau-lampau. Oleh itu, kita perlu sedar akan hakikat ini dan mula berubah untuk menjadi seorang Pencinta Al-Quran.