Anda Mudah Marah ? Lakukan 3 Usaha Ini, Elak Masalah Lebih Parah

Marah adalah salah satu emosi yang sememangnya wujud dalam diri setiap individu. Apabila berlaku sesuatu yang tidak sesuai dengan keinginan diri atau perancangan tak berjalan seperti yang telah direncanakan, maka seringkali kemarahan akan meluap keluar dari dalam diri seseorang.

Tingkah laku dan juga perkataan buruk yang keluar dari mulut orang lain juga boleh mengakibatkan seseorang naik angin. Namun, jika emosi ini tidak dikawal dengan baik, maka ia akan menimbulkan lebih banyak masalah yang mungkin jauh lebih teruk berbanding masalah sedia ada.

Bahkan ada kebarangkalian untuk meruntuhkan hubungan baik antara diri kita dengan pihak lawan atau orang sekeliling. Mulai hari ini, jom cuba lakukan 3 usaha ini untuk elakkan kemarahan menjadi barah dalam kehidupan.

1. Ubah Posisi Diri

Rasulullah SAW pernah menitipkan pesanan kepada kita ketika kita sedang marah, iaitu :

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلاَّ فَلْيَضْطَجِعْ

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu marah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.” Sunan Abi Daud (4782)

Kita ni bila tengah marah, kalau boleh memang rasa nak campak semua benda yang ada depan mata, kan ? Bahkan sampai rasa nak belasah si pencetus kemarahan tu. Tapi itu bukanlah jalan penyelesaian kepada sebuah masalah. Malah boleh menambahkan kekeruhan dalam sebuah perhubungan.

Kerana itu, adalah disarankan kepada kita untuk ubah posisi diri apabila kemarahan mula menyelinap dalam diri. Kalau sedang berdiri, maka duduklah. Kalau dah duduk, tapi rasa amarah masih lagi membuak-buak, maka berbaringlah. 

Nampak tindakan ini seolah-olah tidak memberi jalan keluar kepada sebarang masalah, kan ? Namun sebenarnya usaha kecil ini sangatlah berkesan bagi mengelakkan timbulnya isu yang tak sepatutnya wujud dalam sebuah permasalahan. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pula yang dibakar !

2. Diam

Lidah orang yang sedang marah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Ketika emosi seseorang itu tidak stabil dan nafsu amarah menguasai diri, maka pelbagai kata-kata kesat akan keluar dari mulutnya yang akan mengguris hati orang lain.

Yang lebih parah lagi, suami isteri boleh bercerai-berai bila tak kawal marah dalam sebuah pergaduhan. Sedangkan kalau diam, In Shaa Allah selamat rumahtangga tu ! Masa tengah marah tu lah, syaitan ambil peluang membisikkan kejahatan ke telinga kita.

Sebab tu, Rasulullah SAW pernah berpesan :

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu berasa marah, hendaklah dia diam.” Al-Adab al-Mufrad (245)

Lebih baik berdiam diri sewaktu marah kerana jika berbicara, maka boleh jadi perkataan-perkataan yang diungkapkan itu akan menyinggung perasaan orang lain dan memberi kesan buruk juga kepada diri sendiri. Jadi, pilihlah untuk diam seketika sampai sejuk sikit hati tu. Bila fikiran dah lapang, baru lah boleh berfikir dan bertindak secara rasional.

3. Ambil Wuduk

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Maksudnya: “Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan, dan syaitan itu dicipta daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jika salah seorang daripada kalian berasa marah, hendaklah dia berwudhu.” Sunan Abi Daud (4784)

Dah cuba duduk, baring dan diamkan diri, tapi rasa amarah tu masih lagi menyala-nyala. Maka solusi terbaik adalah dengan berwuduk sesuai dengan saranan Rasulullah SAW dalam hadith di atas. Tak sampai 5 minit pun ambil wuduk, tak susah tapi sangat berkesan untuk surutkan dan padamkan api kemarahan dalam diri.

Alang-alang dah berwuduk, capailah Al-Quran, buka dan baca Surah Taha ayat 1 hingga 5. Kalau mampu baca sampai habis satu surah lagi bagus. Kenapa disarankan baca Surah Taha ? Sebab ia merupakan salah satu surah yang elok diamalkan sebagai pelembut hati. Dengan izin Allah, sikap panas baran pun akan lebih terkawal bila kita selalu amalkan 5 ayat tersebut.

Walaupun secara umumnya, ‘marah’ dianggap sebagai satu emosi dan ekspresi yang negatif, namun rasa amarah adalah dibenarkan oleh syarak dalam beberapa keadaan. Misalnya, rasa marah bila Rasulullah SAW dihina ataupun ketika orang lain mempersendakan agama Islam.

Meskipun begitu, rasa amarah itu tetap perlu dikawal dan disalurkan melalui jalan yang betul. Jangan biarkan emosi ini menguasai diri sampai membawa kepada tindakan-tindakan di luar batasan syarak.

Nak baca Quran tapi tak yakin sebab tak pandai tajwid ? Mari Ustaz bimbing guna Kaedah Mudah dan Cepat untuk Mahir Mengaji !

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim