Apa yang kami belajar tentang Tarannum? : Siri 2

Seminar The Voice Of Quran #HiburanMendidikJiwa diteruskan lagi pada sesi petang dengan pengisian slot-slot taranum yang lebih mendalam dan menarik.

Tapi, sebelum itu para peserta seminar didedahkan terlebih dahulu tentang hukum-hukum tajwid dalam Al-Quran oleh Ustazah Aina Rabiha. Beliau juga salah seorang pemegang tauliah mengajar Negeri Sembilan. 

Tahu tak yang mana satu Ustazah Aina ni? 

Alaa.. yang pernah keluar kat TV Al-Hijrah dalam program Assalamuaikum tu.. 

Bila ditanya tentang apakah hukum baca Al-Quran dengan tajwid yang betul? Semua peserta seminar ini tahu bahawa hukumnya adalah fardhu ain iaitu wajib ke atas setiap insan. Tapi, ramai lagi yang belum tahu, kenapa kita perlu belajar tentang tajwid Al-Quran?

“Kalau tak belajar tajwid, macam mana nak baca al-quran dengan betul?” 

-Ustazah Aina Rabiha-

Kalau pada sesi pagi tadi Ustaz Muhammad dah bongkarkan rahsia yang digunakan dalam Kaedah Azdan tentang asas untuk kenal tebal dan nipis sesuatu huruf, Ustazah Aina pula telah dedahkan rahsia tentang cara mudah untuk kenal tanda bacaan yang dengung dan tidak dengung.

Bila dah belajar teorinya, mestilah kena buat praktikal juga untuk memastikan para peserta seminar hari ini dapat faham dan praktikkannya dalam bacaan Al-Quran nanti.

Sebelum Ustazah Aina mengakhiri slot Tajwid Al-Quran tadi, beliau sempat mempersembahkan taranum nahawand. Terkesima para peserta dalam DKP 3 USIM ni bila dengar Ustazah Aina bertaranum.

Slot tentang taranum diteruskan lagi dengan Pengenalan & Praktikal Taranum Nahawand dan juga Soba. Sudah semestinya disampaikan oleh panel utama seminar kita hari ini, Ustaz Husaini Mahmur.

Pengisian slot taranum bersama Ustaz Husaini pada sesi petang ini lebih meriah dengan alunan-alunan taranum yang merdu oleh para peserta seminar dibimbing oleh Ustaz Husaini sendiri.

Waalupun selalunya petang-petang mesti dah ramai yang mengantuk, tapi Seminar The Voice Of Quran #HiburanMendidikJiwa memang lain macam auranya ! Dah petang pun semua masih bersemangat lagi !
Balik dari seminar ni mesti masing-masing mesti dah mahir bertaranum ! Seronoknyaaa !

Nak ikuti lebih mendalam lagi Ilmu Tarannum ini? Jom Ustaz nak jemput anda dan ahli keluarga hadiri kelas Azdan Tarannum Intensive (ATI)

Hubungi Ustazah Hidayah di nombor telefon 01153516232

Kita jumpa nanti di dalam pengajian akan datang. Ustaz Husaini tunggu tau!