AWAS! 5 Tanda Kemungkinan Rezeki Anda Tidak Berkat

Pepatah Melayu pernah berkata, “Ada Nyawa, Ada Rezeki” yang bermaksud selagi kita masih hidup di dunia ni mesti akan sentiasa ada je rezeki untuk kita.

Memang betul pepatah tersebut sebab rezeki Allah SWT ni sememangnya sangat luas tau! Ia juga boleh datang dalam pelbagai bentuk, sama ada kita sedar atau pun tidak.

Sebagai umat Islam, bila bercakap tentang rezeki ni mestilah kita perlu mengambil kira tentang halal dan haram serta berkat atau tidak berkat sesuatu rezeki yang diperoleh tu.

Keberkatan merupakan sesuatu yang kita tak boleh lihat dengan jelas tapi ianya boleh dirasakan dalam kehidupan seharian kita sendiri. 

Sebagai contoh, kita hidup tidaklah terlalu mewah dan serba lengkap tapi hati tu sentiasa tenang je…

Haa.. kalau kita ada rasa macam tu, InsyaAllah rezeki yang kita dapat selama ni tu adalah rezeki yang diberkati Allah SWT.

Apa pula tanda-tanda yang menunjukkan rezeki kita tu tak berkat ya?

Ini dia kami kongsikan 5 Tanda-Tanda Rezeki Tak Berkat !

#1 SELALU TAK CUKUP DUIT

Ada orang yang gajinya dah besar tapi setiap bulan tu tetap rasa macam tak cukup duit juga. Sampaikan tak tahu duit gaji tu habis ke mana.

Selain itu, ada juga yang bila gaji masuk je terus dihabiskan untuk benda-benda yang tidak bermanfaat dan sia-sia seperti membuat pelaburan yang tidak patuh syariah.

Kononnya dengan pelaburan tu boleh menambahkan pendapatan tapi kesudahannya tak cukup-cukup duit juga.

Haa.. Kalau macam tu, kena check balik jenis pelaburan yang dilakukan tu.

Ada pula jenis orang yang sentiasa rasa takut tak cukup duit sampaikan taknak bersedekah padahal duit dah banyak. Tapi, kesudahannya sama juga, tetap tak cukup duit..

Nak sedekah takut tak cukup duit. Tapi, habiskan duit untuk beli makanan fastfood setiap hari boleh pula.

Bukanlah salah nak beli makanan tu… 

Tapi, berpada-padalah dan perlu seiring dengan amalan yang lebih dituntut seperti sedekah.

Sikap macam ni yang perlu dibetulkan. Sedekah tu sebenarnya pembuka rezeki dan juga menyucikan rezeki supaya rezeki yang kita peroleh itu mendapat keberkatan.

#2 BANYAK KERJA YANG DIBUAT TAK MENJADI

Memang dah jadi lumrah suatu kerja atau projek yang kita buat tu, adakalanya menjadi dan kadang-kadang ada yang tak menjadi disebabkan oleh pelbagai faktor.

Projek yang tak menjadi atau tak berjaya tu boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk kita tingkatkan lagi usaha dan cari apakah kesilapannya kemudian perbetulkan kesilapan tersebut.

Tapi, kalau dah berkali-kali dibetulkan dari pelbagai aspek masih juga tak menjadi… Itu kena check balik daripada segi keberkatan kerja tersebut. Takut-takut ada yang tak kena.

Biasanya dalam mengendalikan sesebuah projek ni melibatkan jumlah duit yang agak banyak. Jadi, memang kena lebih berhati-hati sebab manusia ni kadang-kadang mudah dibeli dengan wang ringgit.

Oleh itu, kalau terjadi situasi di mana banyak kerja yang tergendala atau tidak menjadi sedangkan semua aspek-aspek penting telah diambil kira, jangan lupa untuk semak dari segi keberkatan dalam gerak kerja tersebut.

Kalau memang ada yang tak betul, mestilah dibetulkan dengan segera!

#3 TIDAK BERMINAT DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERMANFAAT

Perkara yang bermanfaat ni ada banyak jenis. Kalau nak dibincangkan satu per satu memang banyak. 

Antaranya ialah ikuti kelas-kelas agama, dengar ceramah di masjid, bantu orang yang memerlukan dan banyak lagi.

Tapi, ada juga orang yang tak suka nak buat aktiviti-aktiviti macam tu. Kalau kawan-kawan ajak ikut pun mereka ni akan bagi banyak alasan untuk taknak ikut sekali.

“Aku sibuk lah, ada kerja sikit nak buat malam ni”.

Tapi dalam hati cakap lain pula, “Malas aku nak ikut dengar ceramah kat masjid tu. Bukan dapat apa-apa pun, mengantuk je nanti”.

Haa.. Kalau sampai dengar ceramah kat masjid tu pun kita rasa tak ada manfaat, memang “something wrong” lah tu…

Kalau pernah terlintas perasaan macam tu dalam diri, cepat-cepat istighfar dan mengingati Allah SWT supaya kita tidak terpesong semakin jauh.

#4 BANYAK HABISKAN MASA UNTUK PERKARA YANG SIA-SIA

Hal ini pun dah ramai yang buat tapi kadang-kadang tu kita sendiri pun tak sedar sebab rasa dah biasa. 

Sebagai contoh, rasa tak ada masa atau tak sempat nak baca Al-Quran sebab banyak kerja lain yang perlu dibuat. Tapi, sebenarnya bila ada masa terluang je diisi dengan perkara yang sia-sia.

Contoh perkara sia-sia:-

  1. Layan Facebook berjam-jam.
  2. Terlalu banyak layan rancangan hiburan di TV.
  3. Main “game” sampai abaikan perkara lain termasuk perkara wajib seperti solat.
  4. Lepak dengan kawan-kawan dari siang sampai malam tanpa buat hal-hal yang bermanfaat.


Itulah situasi yang banyak berlaku sekarang ni. Kebanyakan orang sekarang memang meluangkan lebih banyak masa untuk perkara yang tidak bermanfaat.

Kalau ajak mengaji memang asyik tak sempat jelah… Dan yang lagi sedih tu orang Islam sendiri yang selalu bagi berbagai alasan.

#5 HATI SELALU RASA TAK TENANG

Punca utama hati tak tenang ni memang selalu dikaitkan dengan keberkatan rezeki. 

Nak tahu kenapa?

Sebab rezeki yang kita dapat, kita makan dan kita bagi keluarga atau orang di bawah tanggungan kita makan dan ianya menjadi darah daging. 

Jadi, isu keberkatan rezeki tu memang tidak boleh dipandang remeh kerana ia akan menjadi punca kepada pelbagai masalah dalam hidup terutamanya masalah hati.

Bila hidup dengan rezeki yang tak berkat ni, hidup mewah macam mana pun masih rasa ada sesuatu yang kurang atau macam ada yang tak kena.

Padahal semua benda dah cukup, gaji dah banyak, keluarga dah lengkap tapi hati tu asyik resah je…

Kalau pernah rasa macam tu, kena cepat-cepat “check” dan betulkan apa-apa yang salah dan “stop” buat perkara-pekara yang menjadi penyebab kepada rezeki tak berkat.

Itulah dia 5 Tanda-Tanda Rezeki Tak Berkat! Kalau ada di antara tanda-tanda di atas ni terjadi pada diri anda, cepat-cepat lah betulkan apa yang salah tu dan buatlah apa yang betul.

Macam yang selalu kita dengar orang cakap, “Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul”.

konsultasi

Jangan lupa untuk klik link di bawah ini untuk hubungi kami berkenaan konsultasi percuma.