Berhenti Bagi 3 Alasan Ini Jika Bacaan Al-Fatihah Anda Masih Tak Betul !

Surah Al-Fatihah adalah satu-satunya Surah dalam Al-Quran yang wajib dipelajari oleh setiap individu yang beragama Islam. Bukan setakat kena belajar, bahkan wajib pandai baca juga ye! Hal ini demikian kerana ia merupakan salah satu rukun solat yang mana jika tak dibaca, maka tidak sahlah setiap solat yang ditunaikan itu. Ini jelas melalui sabda Nabi SAW:

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Maksudnya: “Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.” [Riwayat al-Bukhari (756)]

Nak tahu tak ? Sebenarnya ramai lagi orang yang dilahirkan dalam keadaan beragama Islam, tapi tak pandai langsung nak baca Surah Al-Fatihah ni. Allahu! Macam mana dengan solat mereka? Solatkah atau solat pun ke laut? Jap.. Sebelum menghukum orang lain, apa kata kita muhasabah diri sendiri sebentar.

Walaupun kita ni dah pandai dan lancar baca Surah Al-Fatihah, tapi yakin ke bacaan kita sudah betul dan sempurna dari segi sebutan makhraj dan juga tajwid? Boleh jadi dalam tak sedar sebenarnya bacaan kita sendiri pun masih tunggang-langgang! Tapi kita buat tak tahu dan pandang sebelah mata je masalah besar ni. Sayangnya! Hari-hari solat tak pernah tinggal, tapi bacaan Al-Fatihah kelaut. Bila orang ajak semak bacaan, yakin je pertahankan diri dengan 3 alasan ni. 

1. Surah yang Pertama Sekali Dipelajari dalam Hidup

Surah Al-Fatihah ni merupakan asas dalam hidup umat Islam. Sejak mula-mula kenal Al-Quran, Surah Al-Fatihah inilah yang pertama sekali diajarkan oleh ibu bapa atau guru kita, kan? Kemudian baru kita belajar baca surah-surah lain pulak. Sebab itulah, kita tak ada kesedaran nak semak semula bacaan dan baiki mana yang salah.

2. Dah Rasa Betul Sebab dari Kecil Biasa Baca Macamtu

“Aihh.. Takkan la pakcik baca tak betul kot.. Memang dari dulu lagi pakcik baca macam ni.. Takkan salah punya lah!”

Inilah antara ayat yang keluar dari mulut seseorang apabila diajak untuk semak semula bacaan Al-Fatihahnya. Ya, betul. Memang dari zaman sekolah lagi pakcik baca macam tu, tapi tak semestinya bacaan tu dah betul dari segi sebutan makhraj dan tajwidnya, pakcik. 

3. Selalu Sangat Baca dan Rasa Macam Tak Mungkin Salah Baca

Setiap hari kita baca Surah Al-Fatihah ni 17 kali dalam solat 5 waktu siang malam. Kemudian setiap kali buka Al-Quran pulak, surah ini jugak yang dibaca terlebih dahulu sebelum baca surah lain. Disebabkan dah selalu baca dengan lancar, kita pun tak pernah terfikir bahawa mungkin hakikatnya bacaan kita masih tak betul. Bayangkan, kita baca laju-laju tapi hukum tajwid main langgar dan sebutan makhraj huruf pun kita hentam je sebut, asalkan keluar bunyi. 

Menurut pendapat Mufti Wilayah Persekutuan, Surah Al-Fatihah perlu dibaca dengan baris, tajwid dan makhraj yang betul. Kesalahan dalam tajwid seperti bacaan panjang pendek, dengung dan lain-lain kesalahan tajwid tidaklah membatalkan solat namun perlulah dibaiki dari semasa ke semasa.

Adapun bacaan yang membatalkan solat adalah bacaan yang boleh mengubah makna. Sekiranya seseorang membaca    أَنْعَمْتُ(an’amtu) dengan dhommah (baris hadapan) dengan sengaja sedangkan bacaan yang sebetulnya adalah أَنْعَمْتَ  (an’amta) dengan fathah (baris atas) maka batal solatnya. Sekiranya terlupa maka perlu diulangi bacaan tersebut.

Kesalahan bacaan yang berkaitan dengan hukum hakam tajwid di dalam ilmu tajwid disebut sebagai Lahn al-Khafiy (kesalahan yang tersembunyi) manakala Lahn al-Jaliy (kesalahan yang jelas) pula seperti berubah makna, huruf serta baris ayat tersebut dan kesalahan jenis ini boleh membatalkan solat.

Oleh itu, seharusnya kita semak semula bacaan Al-Fatihah masing-masing dengan berguru dengan guru yang benar-benar berkelayakan dan mahir dalam bidang Al-Quran.

Nak baiki bacaan Quran dengan Mudah tanpa perlu keluar rumah ? Jom sertai Kelas Mengaji Azdan dan anda akan dibimbing satu per satu oleh Ustaz Ustazah Profesional Kaedah Azdan !

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457