Cara Paling Cepat Khatam Al-Quran 2022

Al-Quran adalah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk kepada manusia supaya beriman dan bertakwa dalam kehidupan.

Oleh itu, membaca Al-Quran sehingga khatam Al-Quran merupakan satu amalan sunnah yang dituntut dalam Islam serta dijanjikan ganjaran dan darjat yang tinggi.

Sebagaimana sebuah hadis yang diceritakan oleh Ibnu Abbas RA:

Suatu hari, ada seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW. ”Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab, ”Al-hal wal murtahal.” Orang ini bertanya lagi, ”Apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ”Iaitu yang membaca Al-Quran dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai ia mengulanginya lagi dari awal.”

{Riwayat Tirmidzi}

Khatam Al-Quran bermaksud menamatkan 30 juzuk bacaan Al-Quran secara menyeluruh secara bacaan atau hafazan.

Kebanyakan orang mesti rasa susah nak khatam Al-Quran dengan cepat dan perlukan masa yang lebih lama untuk habiskan 30 juzuk bacaan tu.

Betul tak ?

Jom kami kongsikan Cara Paling Cepat Khatam Al-Quran !

#1 Letakkan Target

Pertama sekali, anda perlu meletakkan target yang anda mahukan untuk khatam Al-Quran.

Sebagai contoh, kalau anda nak khatam Al-Quran dalam masa sebulan bermakna anda perlu habiskan sekurang kurangnya 1 Juz dalam 1 hari.

Bila dah ada target, anda boleh mula untuk susun jadual mengaji anda mengikut kesesuaian masa dan keselesaan masing-masing.

Jika anda membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 4 helai setiap kali selepas solat fardhu iaitu 5 kali sehari dan dilakukan pada setiap hari bermakna anda akan dapat khatam Al-Quran dalam tempoh sebulan.

Kalau anda tak mampu untuk konsisten membaca Al-Quran setiap kali selepas solat fardhu, anda boleh memilih waktu lain yang anda lebih selesa.

Yang penting, tetapkan target anda dulu !

#2 Manfaatkan Masa Terluang

Cuba anda fikir balik, dalam tempoh 24 jam yang anda ada dalam sehari, berapa jam yang anda peruntukkan untuk membaca Al-Quran ?

Mesti anda lebih banyak habiskan masa untuk hal-hal lain seperti menonton drama, berborak kosong dan sebagainya.

Betul tak ?

Sebenarnya, masa yang anda habiskan untuk hal-hal sebegitu boleh digantikan dengan membaca Al-Quran.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah bermaksud tak boleh buat benda lain langsung, cuma kalau anda nak khatam Al-Quran dengan cepat, waktu terluang tu lebih baik digantikan dengan membaca Al-Quran.

Contohnya, kalau anda biasa menghabiskan 2 jam untuk menonton drama, kurangkan lah waktu tersebut kepada 1 jam dan 1 jam lagi tu boleh lah digunakan untuk membaca Al-Quran.

Haa… faham kan ?

Bila lebih banyak masa anda luangkan untuk membaca Al-Quran dalam sehari, anda akan dapat khatam Al-Quran dengan lebih cepat.

#3 Manfaatkan Teknologi

Selalu lambat nak khatam Al-Quran sebab susah nak baca Al-Quran sewaktu berada di luar ?

Jangan risau, seiring dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang, pelbagai Aplikasi Al-Quran telah dicipta untuk memudahkan kita membaca Al-Quran.

Masing-masing ada Smartphone kan ?

Jadi, gunakanlah kemudahan yang anda ada tu untuk muat turun Aplikasi Al-Quran supaya anda dapat membaca Al-Quran di mana-mana tempat yang anda selesa.

Ada banyak tau Aplikasi Al-Quran yang boleh dimuat turun sekarang ni. 

Tapi, pastikan anda menggunakan aplikasi yang betul. Risau juga kalau ada Aplikasi Al-Quran yang kurang tepat dan sebagainya.

Bila dah boleh baca Al-Quran melalui Smartphone ni nanti senang lah nak khatam Al-Quran dengan lebih cepat sebab dah tak terikat dengan masa dan tempat.

Waktu rehat di tempat kerja pun boleh baca Al-Quran sekejap dan dah tak perlu bawa Al-Quran ke sana sini.

#4 Gunakan Tenaga Sebaiknya

Membaca Al-Quran ni sebenarnya banyak menggunakan tenaga seperti suara untuk membaca dan mata untuk membaca.

Apatah lagi kalau kita sedang berusaha untuk khatam Al-Quran dengan cepat, mesti kita akan memperuntukkan masa yang lebih lama untuk mengaji.

Jadi, mesti banyak tenaga yang diperlukan kan ?

Oleh itu, bacalah Al-Quran dengan suara yang perlahan. Cukup sekadar telinga kita sendiri dapat mendengarnya.

Daripada ‘Uqbah Ibn ‘Amir Al-Juhani R.A, Rasulullah SAW bersabda:

الْجَاهِرُ بِالْقُرْآنِ كَالْجَاهِرِ بِالصَّدَقَةِ، وَالْمُسِرُّ بِالْقُرْآنِ كَالْمُسِرِّ بِالصَّدَقَةِ

Maksudnya:

“Seseorang yang menjaharkan Al-Quran (membacanya dengan suara yang kuat) adalah sama seperti seorang yang bersedekah secara terang-terangan dan seseorang yang membaca Al-Quran secara perlahan adalah sama seperti seorang yang bersedekah secara sembunyi sembunyi.”

{Riwayat Abu Daud (1333)}

Jadi, bacalah secara perlahan kerana ia lebih afdal dan dapat menjimatkan tenaga sekaligus membuatkan kita dapat membaca Al-Quran dengan lebih banyak supaya dapat khatam Al-Quran dengan lebih cepat.

In Sha Allah, Aamiin…

#5 Tempat Yang Sesuai

Tempat dan suasana juga memainkan peranan penting untuk memastikan kita dapat membaca Al-Quran dalam keadaan yang selesa.

Kalau baca Al-Quran di tempat yang tak selesa, mesti tak dapat nak baca dalam tempoh masa yang lama. Kalau macam tu nanti lambat lah nak khatam Al-Quran.

Betul tak ?

Jadi, carilah satu tempat yang boleh membuatkan kita duduk lama dan menenangkan supaya kita boleh membaca Al-Quran dengan lebih lama.

Tapi, jangan pulak tempat yang terlalu selesa sebab takut tertidur pulak nanti.

Contohnya, sediakan satu bilik khas di rumah yang tiada gangguan bunyi bising supaya anda dapat lebih fokus untuk khatam Al-Quran.

Walaubagaimanapun, kelancaran bacaan Al-Quran juga memainkan peranan yang penting kalau nak khatam Al-Quran dengan cepat.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?

Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Menerusi sesi soal jawab berkaitan mengaji Al-Quran . Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .

Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !

Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang👇👇👇

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini