doa pelindung diri

Dengan berbagai kes dan jenayah yang berlaku di Malaysia, doa pelindung diri perlu dijadikan salah satu ikhtiar untuk menjaga diri dari benda-benda sebegini.

Jom kami kongsikan kepada anda doa pelindung diri supaya kita bersama-sama dapat mengamalkannya.

Doa Pelindung Diri

Doa pelindung diri ini mengandungi 7 surah yang dipanggil sebagai Ayat Tujuh, atau Ayat Munjiyat.

Para ulama’ zaman dahulu sudah mengamalkannya dan ada yang telah mengumpulkannya dalam kitab “Majmu’ Syarif”.

Bahkan Ibnu Sirrin RA pernah terselamat dari suatu musibah kerana membaca ayat-ayat pelindung diri ini.

Tujuh surah ini terdiri daripada:

1. Surah At-Taubah (Ayat 51)

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Maksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia-lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

2. Surah Yunus (Ayat 107)

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ يُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksud: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada siapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

3. Surah Hud (Ayat 6)

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Maksud: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

4. Surah Hud (Ayat 56)

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُم ۚ مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Maksud:Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

5. Surah Al-Ankabut (Ayat 60)

وَكَأَيِّن مِّن دَابَّةٍ لَّا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksud: Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

6. Surah Al-Fathir (Ayat 2)

 مَّا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Maksud: Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

7. Surah Az-Zumar (Ayat 38)

 وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلْ أَفَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ ۚ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ ۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

Maksud: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.

Cara Amalan Doa Pelindung Diri

Kaifiat atau cara mengamalkan ayat Tujuh sebagai doa pelindung diri adalah dengan sehari membacanya:

     

      • 7x waktu pagi

      • 7x waktu petang

      • 7x waktu malam

    Ulangi setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Selepas tujuh hari, anda boleh mengamalkannya sekali padu waktu pagi dan pada waktu petang.

    Kesimpulannya, diharapkan perkongsian di atas bermanfaat untuk anda.

    Selain melindungi kita dari bahaya dan musibah, ia sedikit-sebanyak membantu untuk kita  lebih mendekati orang yang baik akhlaknya dan tingkah lakunya.

    Kelas Mengaji Online Azdan Jimat dan Senang Faham

    Anda boleh membaca Al-Quran tetapi tak yakin dengan cara bacaan sendiri?

    Nak betulkan tajwid dan dengung tapi malu nak daftar kelas fizikal?

    Jangan malu, jangan segan – Azdan menawarkan kelas mengaji online untuk anda!

    Untuk beginners, jom daftar sesi konsultasi secara private bernilai RM100 secara percuma hari ini.