“Alhamdulillah Dah Khatam”, Jom Baca Doa Khatam Al Quran Ini

Selesai membaca Al Quran dari kulit ke kulit, tadahlah tangan, kemudian bacalah doa khatam Al Quran.

Sebagai umat Islam yang sentiasa mencari cinta Allah, dalam meraih kasih sayang dan limpahan kurniaNya, penting untuk kita menjaga adab dengan Kalam Allah.

Mahu tahu doa khatam Al Quran, makna berkhatam dan juga kelebihan-kelebihannya? Jom baca artikel ini!

Makna Khatam Al-Quran

Pernahkah anda terfikir apa ya makna disebalik khatam al-Quran? 

Kebanyakan kita setelah khatam Al Quran, jarang membukanya semula kecuali apabila tiba masanya untuk berakad nikah, di majlis bacaan Yasiin dan lain-lain masa.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya”

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW tersebut, sangat nyata bahawa berdamping dengan Al Quran adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam.

Betapa pentingnya amalan membaca Al Quran ini sehinggakan ramai dalam kalangan para sahabat baginda menjadikan khatam Al Quran sebagai amalan yang wajib dilakukan.

Ada diantara mereka yang berkhatam sebanyak 2 hingga 3 kali sehari! Memang sangat jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan kita pada zaman ini. 

Namun, cabaran manusia zaman moden adalah berbeza dengan cabaran ketika zaman Rasulullah SAW. 

Saranan Rasulullah SAW agar berkhatam Al Quran dalam masa 3 hari juga merupakan saranan umum agar tidak menimbulkan beban terhadap umatnya.

Oleh itu, khatamkanlah Al Quran mengikut kemampuan masing-masing, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 

3 Kelebihan Khatam Al-Quran

Banyak kelebihan dan ganjaran yang kita boleh peroleh melalui membaca, menghafal dan juga jika kita khatam Al Quran.

Pertama sekali, Rasulullah SAW pernah bersabda (didengari oleh Abu Amamah RA) yang bermaksud:

‘Bacalah Alquran, keranana sesungguhnya ia akan menjadi syafaat bagi para pembacanya di hari kiamat.” (HR Muslim). 

Dengan berdamping dengan Al Quran, kita akan dikurniakan syafaat di akhirat kelak. Seronok kan?

Kedua, tiada sebab jika kita khatam Al Quran secara berulang-ulang kali untuk tidak layak mendapatkan keredaan, ketenteraman dan rahmat dari Allah SWT. 

Selain dikurniakan puji-pujian dari Allah SWT, para malaikat juga sentiasa mendoakan mereka yang tidak lekang dari Al Quran. 

Dan kelebihan yang terakhir, amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT adalah membaca, menghafal dan khatam Al Quran. 

Pernah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA tentang seorang sahabat yang mengajukan soalan kepada Rasulullah SAW. Berikut merupakan maksudnya:

”Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai Allah?” Beliau menjawab, ”Al-hal wal murtahal.” Orang ini bertanya lagi, ”Apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ”Yaitu yang membaca Alquran dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai ia mengulanginya lagi dari awal.” (HR Tirmidzi).

Berikutlah antara kelebihan-kelebihan khatam Al Quran. Ada rasa terinspirasi tak untuk terus bercinta dengan Al Quran?

Teruskan membaca untuk membaca doa selepas khatam Al Quran. 

Doa Khatam Al-Quran

doa khatam al quran

Anda kini dah tahu apa itu makna khatam Al Quran dan juga beberapa kelebihannya.

Kini, kami kongsikan doa untuk dibaca setelah khatam Al Quran.

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ.

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. 

Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. 

Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjukkan dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. 

Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

Bagi mereka yang sikit lagi nak khatam Al Quran, macam mana? Rasa berkobar-kobar tak nak khatam segera selepas membaca doa ini?

Selepas khatam Al Quran sekali, jangan lupa untuk sentiasa kembali berdamping dengannya. 

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran.

Moga Allah S.W.T memberikan keringanan dan keikhlasan kepada kita dalam beribadah kepadaNya dan juga memberkati segala amal perbuatan kita.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda semua!

Anda mahukan bimbingan lanjut untuk lebih cepat belajar mengaji dan hukum tajwid?

Boleh rujuk pakar, Azdan Quranic Center untuk anda cepat mahir dalam menguasai kaedah dan teknik membaca al-Quran.

doa khatam al quran

Azdan Quranic Center ada seminar khusus untuk anda cepat mahir membaca al-Quran berserta hukum tajwid!

Paling Best! Tak perlu lagi Pening Kepala hafal Berpuluh Hukum Tajwid dan buang masa bertahun-tahun untuk Pandai Mengaji!!

Ini adalah journey anda selepas mendaftar ke Program Mengaji Express:

  1. Journey anda bermula dengan mendaftar dalam Program Mengaji Express
  2. Anda akan hadir ke kelas Persediaan Mengaji Express sebanyak 3 kali, SETIAP Ahad Malam Isnin
  3. Selepas anda mendaftar, anda akan dapat masuk Group Facebook Mengaji Express, pengajian percuma dari hari Isnin hingga Jumaat pada jam 11 pagi.

Nak tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran? Jom sertai kelas mengaji Al-Quran bersama Azdan Quranic Center sekarang. Ustaz ustazah akan bimbing satu per satu dari zero ke pro!

Jom Daftar Sekarang!