BERKAT BAHAGIA BERJAYA
BERSAMA AL-QURAN
PENGIKTIRAFAN
FEATURED ON
APA KATA MEREKA
KENAPA PENTING AL-QURAN DALAM HIDUP

Petunjuk Hidup
Al-Quran adalah petunjuk hidup yang lengkap dan komprehensif.

Mengajarkan Moral dan Etika Hidup
Al-Quran membimbing individu untuk mengamalkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi.

Medium Komunikasi dengan Allah
Al-Quran adalah medium komunikasi antara manusia dengan Allah.
"FOUNDER STORY"
“Kisah Kejayaan Ustaz Anas Azami: Membimbing Masyarakat Dengan Kaedah Azdan”
Pemuda bernama Anas Azami, seorang lulusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan jurusan Al-Quran & Sunnah. Berimpian besar untuk membawa Al-Quran ke dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia. Impian ini bermula setelah menghadapi tragedi ahli keluarga yang menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan menyayat hati. Ustaz Anas mula menyusun strategi dengan impian besar untuk membina pusat Al-Quran yang membuka pintu ilmu agama untuk semua.
Ustaz Anas Azami memulakan usahanya dengan langkah kecil, belajar dari bawah dan mengekalkan hasrat untuk memberikan bimbingan pengajian Al-Quran kepada dewasa. Beliau menghasilkan modul dan kaedah yang mudah difahami, dikenali sebagai Kaedah Azdan. Dengan semangat ini, Ustaz Anas mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar dan kelas-kelas kecil, mula membuka pintu ilmu untuk mereka yang ingin menyempurnakan bacaan Al-Fatihah.
Cabaran besar muncul apabila Pandemik Covid-19 mula melanda ke pelusuk dunia. Ustaz Anas tidak menyerah; sebaliknya, beliau mengubah strategi dan memperkenalkan pengajian Al-Quran secara atas talian. Langkah ini membuka peluang baharu dan menghubungkan lebih ramai orang mendalami ilmu Al-Quran.
Semenjak itu, kejayaan datang bukan sahaja dengan jumlah peserta yang meningkat, tetapi Ustaz Anas Azami juga menerima pengiktirafan yang tinggi. Beliau mencapai kejayaan bantu lebih daripada 30,000 orang dewasa belajar mengaji, dan Azdan Quranic Center menerima anugerah yang tinggi seperti Malaysia Prestigious Industry Award 2021, World Halal Bestbrands E-Branding Awards 2021, dan SME & Entrepreneurs Business Awards 2021 dalam kategori “Most Innovative In Islamic Learning.”
Malah, Ustaz Anas Azami tidak berhenti di situ. Kini, Azdan Quranic Center berjaya membuka 9 cawangan pusat Quran di sekitar Lembah Klang & Seremban. Dengan 60 kakitangan di bahagian pengurusan termasuk guru, impian Anas untuk membawa sinar Al-Quran ke seluruh komuniti telah menjadi kenyataan.
Dalam penutup yang membahagiakan, Ustaz Anas Azami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya dalam perjalanan ini. Beliau melihat ke hadapan dengan hasrat untuk terus membantu lebih ramai orang dewasa mengejar ilmu agama.
Kisah Ustaz Anas Azami memberikan inspirasi kepada semua yang mengimpikan sesuatu yang besar dan membuktikan bahawa kejayaan datang kepada mereka yang tekun dan berusaha
STATISTIK

Guru Bertauliah
Lebih daripada 20 barisan asatizah menerima ilmu Al-Quran & kemahiran mengajar dengan kaedah AZDAN. Berpengalaman, mesra serta bersanad dan telah berjaya mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Negeri.

Sesuai Untuk Semua
Sesuai untuk semua peringkat umur : seawal 6 tahun hingga 80 tahun keatas untuk mengaji Al-Quran.

Sijil Khas
Sijil Penyertaan dan tamat pengajian akan diberikan kepada mereka yang berjaya mengikut semua sesi pengajian dengan cemerlang.

Modul Pengajian Khas
Modul yang direka khas menikut tahap pengajian semasa pelajar.
PROGRAM
Bimbingan Mengaji
Program Bimbingan Al-Quran terbuka kepada dewasa & kanak-kanak secara atas talian & bersemuka menggunakan Kaedah AZDAN.
Bimbingan Tarannum
Bimbingan berfokus Ilmu Asas Tarannum menggunakan Kaedah Terbaru AZDAN.
Sijil Kerjaya Al-Quran
Melahirkan Murobbi yang boleh mengajar pelajar dalam jumlah yang besar sama ada dalam kelas mahupun seminar Al-Quran.
Corporate Training
Membantu menyediakan platform pengajian Al Quran menggunakan Kaedah Azdan di sektor Agensi Kerajaan & Swasta.
Umrah Kembara Jiwa Quran
Nikmati pengalaman program Talaqqi dan Khatam Al-Quran di Tanah Suni serta pelbagai pengisian menarik sebagai Kembara Jiwa Quran.
PRODUK
Al-Quran AZDAN
- Kelulusan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)
- Besar dan mudah dibaca.Bersaiz A4.
- Mempunyai tanda waqaf dan ibtida' (Tempat berhenti & mula baca)
- Panduan Tanda dan hukum tajwid ikut warna
- Terjemahan penuh beserta nota tambahan
Set Solat Auliya
- 1 Set mengandungi set telekung lengkap.
- Terdapat 2 pilihan warna (Hitam / Putih)
- Material : Swiss Yuryu
- Material sejuk dan tak perlu gosok
- Senang di bawa kemana sahaja
Set Flash Card
- Bantu sebut huruf ikut makhraj dan sifat secara interaktif
- Sesuai untuk semua golongan umur
- Feature yang menarik dan berwarna-warni
- Bentuk huruf yang besar dan jelas
Pendrive
- Bacaan Al-Quran daripada guru-guru Azdan
- Kompilasi audio format MP3
- Surah Amalan harian
- Surah Al-Mulk, Al-Kahfi, Al-Waqiah dan banyak lagi.
TESTIMONI
Mereka sudah,
anda bila lagi?
