Gempar ! Matahari Terbit Dari Arah Utara.. Sudah Bersediakah Kita Nak Hadapi Kiamat ?

Baru-baru ini telah tular satu video yang dirakamkan oleh seorang warga Indonesia yang menunjukkan matahari terbit dari arah utara. Suara dalam rakaman video berkenaan turut mengaitkan kejadian itu ada kaitan dengan tanda-tanda hari kiamat.

Tetapi dakwaan itu telah disangkal oleh suatu kenyataan bahawa fenomena tersebut merupakan satu kebiasaan alam. Walaubagaimanapun, sememangnya dunia hari ini sudah uzur dan terlalu hampir dengan hari kiamat.

Sebaiknya kita persiapkan diri untuk menuju ke akhirat kerana sekalipun kita tidak berhadapan dengan kiamat besar, namun kita tetap akan menghadapi kiamat kecil iaitu kematian. Jom semak diri masing-masing, adakah sudah lengkap 3 perkara ini dalam diri kita setakat hari ini?

1. Dalami Ilmu Agama

Islam jangan hanya pada nama, surat beranak dan kad pengenalan sahaja, sedangkan diri tidak diisi dengan ilmu agama. Dilahirkan oleh ibu bapa yang beragama Islam, namun dibesarkan dalam gaya hidup barat tanpa dititikberatkan mengenai hukum hakam agama. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dalam masyarakat kita. Namun lihatlah di luar sana, berapa ramai Muslim yang jauh daripada ajaran agama sendiri. 

Cuba muhasabah sebentar, antara ilmu duniawi dengan ilmu akhirat, yang mana satu lebih kita kuasai saat ini? Betul, tak dapat dinafikan bahawa ilmu duniawi itu perlu dituntut, tetapi jangan sampai terus mengabaikan ilmu agama. Sebaik-baiknya seimbangkanlah antara kedua-dua ilmu ini. 

“Sesiapa yang inginkan dunia,  hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ilmu.” (Imam Syafie)

Apabila sudah ada pengetahuan dan pemahaman tentang agama yang kukuh dalam diri, maka kita akan lebih berhati-hati dalam melakukan apa jua hal dalam kehidupan. In Shaa Allah, diri pun akan lebih terpelihara daripada terjerumus ke lembah perkara mungkar. Semoga meninggal dunia pun dalam keadaan yang baik dan diredhai Allah.

2. Sempurnakan Solat 5 Waktu

Ilmu agama dah kukuh dalam dada, sekarang jom semak pula ibadah utama yang wajib ditunaikan sebanyak 5 kali dalam sehari, iaitu Solat fardhu 5 waktu. Seperti yang kita semua sedia maklum, solat itu tiang agama. Tanpa tiang, bagaimana akan teguh berdiri sebuah bangunan. Begitu juga dengan solat, bagaimana mungkin akan dihitung ibadah lain jika solat 5 waktu sehari semalam tidak didirikan?

Hukum solat adalah fardu ain yang membawa maksud ia wajib ditunaikan oleh semua orang Islam, yang berakal, baligh, berada dalam keadaan suci (bukan haid).

Firman Allah ﷻ:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah: 43)

Daripada Muadz bin Jabal RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ

Maksudnya: “Tunjang segala urusan adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” – Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunan-nya (no. 2616) dengan sanad yang hasan (baik).

Oleh itu Imam al-Haramain al-Juwaini berkata:

الصلاة عماد الدين فمن ترك الصلاة فقد هَدم الدين

Maksudnya: “Solat itu adalah tiang agama maka barangsiapa yang meninggalkan solat, nescaya dia telah meruntuhkan agama.” – Rujuk Nihayah al-Matlab (2/5)

Oleh itu, pastikan diri kita tidak lalai daripada menunaikan kewajipan ini setiap hari. Mudah-mudahan Allah terima.

3. Lazimi Bacaan Al-Quran Setiap Hari

Al-Quran merupakan kalam Allah yang menjadi sumber petunjuk untuk kehidupan umat manusia di seluruh dunia. Tanpa Al-Quran kita tidak mampu untuk berada pada jalan yang lurus kerana ianya adalah sebagai manual kehidupan. 

Aslinya Al-Quran ini tidak mampu untuk diubah oleh siapapun.

 Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” (Surah Al-Hijr : 9)

Al-Quran merupakan bacaan yang sangat mulia. Setiap huruf yang kita baca sudah pasti akan ada ganjarannya walaupun bacaan kita tidak sempurna. Jadi, ianya sangat disyorkan untuk kita membacanya. Lagi bagus sekiranya kita menghafal, mengamalkannya dan berdakwah menggunakannya. Berapa banyak pula pahala yang kita akan dapat nanti.

Itu belum termasuk lagi doa-doa yang berdasarkan ayat di dalam Al-Quran. Selain kita mendapat pahala, kita juga dapat berdoa untuk diri kita. Allah SWT juga berfirman yang bermaksud, “Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.” (Surah Al-Nahl : 98)

Tuntasnya, Selagi masih dipinjamkan nyawa oleh Allah SWT untuk bernafas diatas muka bumi, selagi itulah kita masih ada peluang untuk perbaiki mana yang salah dan tambah mana yang kurang dalam diri.

Jangan tunggu sehingga matahari terbit dari arah barat, baru nak tergopoh-gapah mencari sejadah untuk dirikan solat dan baru kalut nak belajar baca Quran.

Hari ini, detik ini adalah masa yang terbaik untuk kita persiapkan diri hadapi kiamat sama ada kiamat kecil mahupun kiamat besar.

Anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Ustaz dan Ustazah akan bimbing Anda dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai !

Nak Ustaz dan Ustazah Bimbing Anda, Mengaji satu per satu, Walaupun dari Kosong Hingga Mahir Baca Al-Quran dengan Lancar ??

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim