INI 3 PERSEDIAAN TAHUN BARU 2022 YANG WAJIB ANDA LAKUKAN !

Orang kata setiap kali tahun baru adalah nafas baru. 

Bila sebut je tahun baru, pasti masing-masing dah ada azam yang baru atau apa sahaja yang anda mahu capai dalam tahun tersebut. Tak kesah la sama ada sebesar-besar perkara mahupun sekecil-kecil perkara. Pasti ada kan? 

Kalau belum ada, jangan sedih. Jom kami kongsikan 3 persediaan tahun baru yang anda perlu tahu!

1. Bina Matlamat Hidup yang Jelas

Setiap daripada kita mestilah mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas dalam hidup. Untuk apa kita diciptakan, semuanya kita perlu tahu. Teringat kata-kata keramat dari Buya Hamka,

“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.”

Sebab itu pentingnya matlamat hidup. Ini kerana, tanpa matlamat yang jelas, kita tidak akan mempunyai arah tuju yang betul. Barangkali kita boleh tersasar jauh. Ibarat macam kita sedang berlayar di lautan, tapi kita taktahu nak berlayar ke mana. Akhirnya kita tersesat di tengah lautan.

2. Sentiasa Jaga Emosi

Dah nak masuk tahun baru ni, emosi pun kena lah makin stabil, makin sihat, makin pandai uruskan emosi. 

Kalau dulu anda seorang yang suka marah, mungkin pada tahun 2022 ni anda boleh pasang niat untuk jadi seorang yang penyabar. Pandai kawal emosi setiap kali rasa nak marah. 

Ini kerana, marah yang keterlaluan sebenarnya akan melahirkan banyak sudut yang negatif. Sampai boleh menjejaskan imej diri sendiri malah hubungan anda dengan orang lain juga. 

Jadi sebagai persediaan tahun baru ini, anda boleh ubah gaya emosi yang tidak sihat kepada yang lebih sihat. Rasulullah SAW sendiri pun dah lama berpesan,

“Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring.” 

[HR Abu Daud 4151]

3. Resolusi Tahun Baru

Ramai yang bertanya, resolusi tu apa sebenarnya? 

Secara ringkasnya, resolusi adalah impian atau azam atau ketetapan seseorang untuk berubah. Keinginan untuk melakukan perkara yang lebih baik dan bermanfaat untuk mencapai tujuan peribadi yang sejahtera serta memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih berguna.

Resolusi ini bukanlah kayu ukur yang menentukan kejayaan atau kebijaksanaan seseorang. Namun ia hanyalah kaedah yang dapat digunakan untuk menggapai setiap sesuatu perkara yang anda inginkan.

Ini contoh resolusi yang dapat anda gunakan sebagai persediaan tahun baru. Antaranya ialah, gaya hidup yang lebih baik. Baik dari sudut kesihatan, gaya pemikiran, kewangan dan sebagainya. Senaraikan apa yang anda nak lakukan untuk tahun 2022 ni, supaya lebih jelas dan bersemangat untuk anda capai impian-impian tersebut!

Anda nak lebih mahir baca Al-Quran pada tahun hadapan? Jom sertai kelas mengaji Al-Quran bersama Azdan Quranic Center. Kami bantu dan bimbing anda sampai berjaya!

Tekan link di bawah untuk daftar kelas mengaji sekarang 👇👇👇

https://go.wasap.my/pengajianazdan26