Ini Dia 5 Doa Ramadhan Yang Anda Boleh Amalkan

Kita semua tahu, Ramadhan merupakan bulan yang mulia dan bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Anda semua tahu tak yang bulan Ramadhan juga dikenali sebagai sebagai Saiyidus Syuhur yang bermaksud Penghulu Sekalian Bulan.

Dikatakan demikian kerana bulan Ramadan mempunyai banyak keistimewaan yang tidak dimiliki pada bulan-bulan yang lain. Pasti anda semua pernah dengar yang pada bulan Ramadhan, Allah tutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga seluasnya manakala syaitan pula dirantai.

Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila menjelmanya Ramadhan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”

{Riwayat Al-Bukhari dan Muslim}

Selain itu, Rasulullah SAW juga ada bersabda:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga orang yang doanya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.”

{Riwayat Tirmidzi dan Hasan}

Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang untuk berdoa pada bulan Ramadan ini kerana jika pada hari-hari biasa waktu mustajab untuk berdoa hanya pada waktu tertentu tetapi istimewanya pada bulan Ramadhan, doa-doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak.

Jom kami kongsikan 5 doa Ramadhan yang boleh anda amalkan pada bulan Ramadhan !

#1: Doa Memohon Keampunan Di Bulan Ramadhan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya:

“Ya Allah, jadikanlah di bulan ini aku termasuk di antara orang-orang yang memohon ampunan (beristighfar), dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yang soleh dan setia serta mohon jadikanlah aku diantara Auliya’Mu yang dekat disisiMu, dengan kelembutanMu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.”

Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Oleh itu, doa ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai amalan doa Ramadhan kita.

#2: Doa Dijauhkan dari kemaksiatan di Bulan Ramadhan

اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَأَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

Maksudnya:

“Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku di bulan ini kerana perbuatan maksiatku terhadapMu, dan janganlah Engkau menghukumku dengan balasanMu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaanMu, dengan kelembutan dan ketinggian rahmatMu, Wahai pegangan terakhir orang-orang yang berkeinginan.”

Meskipun syaitan dirantai pada bulan Ramadhan, kita sebagai manusia biasa pasti tidak terlepas daripada kemaksiatan. Sempena bulan Ramadhan yang mulia, marilah kita pelihara diri kita dengan mengamalkan doa Ramadhan ini.

#3: Doa Memohon Bantuan Beribadah 

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

Maksudnya:

“Ya Allah, bantulah aku untuk berpuasa dan solat malam serta jauhkan aku dari kesia-siaan dan perbuatan dosa. Anugerahi aku di dalamnya dengan dawamnya ingat padaMu dengan taufikMu wahai yang menunjuki orang tersesat.”

Dalam bulan Ramadhan yang barakah ini, setiap umat Islam pasti berlumba-lumba untuk mempertingkat ibadah masing-masing meskipun sedang letih menahan lapar dan dahaga. Oleh itu, doa Ramadhan ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai amalan harian.

#4: Doa Amal Ibadah Puasa Diterima Allah 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِي فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ، وَقِيَامِي فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ، وَنَبِّهْنِي فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ، وَهَبْ لِي جُرْمِي فِيْهِ يَا اِلَهَ الْعَالَمِيْنَ، وَاعْفُ عَنِّي يَا عَافِياً عَنْ الْمُجْرِمِيْنَ

Maksudnya:

“Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenarnya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan Semesta Alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi Ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.”

Pernah tak anda berfikir, dah penat-penat tahan lapar dahaga ni, diterima ke ibadah puasa kita ni? Oleh itu, doa Ramadhan ini boleh dijadikan sebagai amalan harian bukan sahaja pada bulan Ramadhan malah pada hari-hari biasa.

#5: Doa Kecintaan Kepada Amal Kebaikan

اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ

Maksudnya:

“Ya Allah, tanamkanlah ke dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah ke dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaanMu dan api neraka dengan pertolonganMu, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.”

Doa Ramadhan ini juga boleh diamalkan untuk memastikan diri kita sentiasa rasa seronok untuk terus melakukan amal-amal kebaikan sama ada untuk diri sendiri mahupun kebaikan kepada orang sekeliling.

Kalau anda nak tahu, doa Ramadhan yang dinyatakan di atas hanya sebahagian kecil sahaja. Ada banyak lagi doa lain yang boleh dijadikan sebagai amalan harian yang boleh didapati dalam Al-Quran.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?

Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Menerusi sesi soal jawab berkaitan mengaji Al-Quran . Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .

Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !

Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang👇👇👇

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini