Tips Seronok Kelas Mengaji Online Kanak-kanak

Membaca dan memahami Al-Quran penting dan bernilai untuk semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak. Terdapat banyak kelas mengaji online kanak-kanak yang ditawarkan pada masa ini. 

Namun, untuk kanak-kanak yang baru sahaja mula belajar mengaji, proses belajar mengaji dan memahami ayat-ayat al-Quran mungkin agak susah untuk mereka.

Perkataan atau huruf arab dan kandungannya mungkin susah untuk kanak-kanak fahami. Tetapi dengan teknik yang betul, kanak-kanak akan senang mengaji.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan kenapa anak-anak perlu mengikuti kelas mengaji online kanak-kanak, tips dedahkan anak mengaji tanpa paksaan dan cara menjadikan kelas mengaji menjadi lebih seronok.

Kenapa Anak-Anak Kena Mengaji?

kelas mengaji online kanak kanak
  1. Membentuk Asas Keimanan

Semestinya jika kita mahu kukuhkan jati diri dan keimanan seseorang, hendaklah dibuat seawal kanak-kanak lagi.

Banyak manfaat jika diajar seawal usia muda. Ini merupakan satu usaha menanam asas keimanan yang kukuh dalam diri mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya pada Allah). Maka kedua orang tua nya lah yang sebaliknya menjadikan ia beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung, telinga atau mana-mana anggota terpotong?”

  1. Perkembangan Potensi Anak

Terdapat banyak sebab mengapa Al-Quran perlu diajar di peringkat awal.

Hal ini kerana terdapat penemuan kajian bahawa perkembangan potensi otak manusia akan mula menunjukkan pertumbuhan sejak peringkat awal kanak-kanak lagi. 

Peringkat ini juga paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak serta minda agar menjadi lebih cekap dan bijak.

Perkara ini memang telah dibuktikan oleh ahli sains, Dr. Glenn Dorman yang merumuskan bahawa tiada ahli sains yang dapat kalahkan kanak-kanak daripada segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik. 

Kanak-kanak dikatakan lebih gembira kalau lebih banyak dan lebih cepat mereka menerima pelajaran. Bahkan, potensi bercakap mereka lebih awal kerana mereka menerima rangsangan pendengaran percakapan.

Daripada kajian ini, dapat disimpulkan lagi banyak rangsangan yang diterima di peringkat awal, lagi tinggi kemungkinan IQ mereka meningkat.

Oleh sebab itu, apa yang tidak diperoleh sewaktu kecil, amatlah sukar untuk diperolehi bila sudah besar kelak.

Tips Dedahkan Anak Mengaji Tanpa Memaksa

kelas mengaji online kanak kanak

Merotan, memarahi dan memaksa anak untuk mengaji bukan caranya. Perbuatan sebegini malah akan hanya menghilangkan rasa ingin belajar mengaji.

Semua orang tahu amat sukar hendak mengajar mengaji kepada anak-anak.

Jadi, bagaimana nak tarik perhatian anak-anak daripada tak mahu belajar kepada tak sabar-sabar nak mengaji?

  1. Guna Kad Imbasan Untuk Mengenalkan Huruf

Sebagai permulaan, anda perlu mengajar anak anda untuk mengenal huruf-huruf di dalam al-Quran terlebih dahulu.

Cara paling mudah adalah menggunakan kad imbasan atau pun flash card, dimana anda mengajar anak mengenal huruf hijaiyah dalam setiap permainan mereka supaya mereka terbiasa dengan huruf-huruf ini.

Anda juga boleh memperkenalkan huruf-huruf ini secara berperingkat. Setiap peringkat yang mereka lepasi, berikan  ganjaran yang anak-anak suka supaya mereka bersungguh-sungguh untuk menjawab.

  1. Guna Alunan Muzik Semasa Mengaji

Anda juga boleh menggunakan teknik nyanyian atau alunan muzik berunsurkan ayat-ayat al-Quran.

Tarik perhatian mereka dengan pendekatan ini sebaik mungkin. Anda boleh cuba mainkan di dalam kereta setiap hari semasa anak anda ada.

Pasangkan dengan kerap dan Insya Allah anak anda akan perlahan-lahan menyukai dan mengikuti alunan muzik itu. Secara tidak langsung anak anda dapat menghafal ayat-ayat al-Quran.

  1. Beli Buku Mengenai Mengaji

Cara yang lain anda boleh cuba ialah membeli buku-buku yang menarik mengenai mengaji.

Sebagai contoh, belikan buku bacaan mengenai huruf-huruf jawi dan curi masa 15-20 minit untuk ajar anak membacanya. Disiplinkan anak membaca sekerap yang mungkin.

Anda juga boleh beli buku latihan mengenai huruf-huruf hijaiyah atau simbol-simbol dalam al-Quran yang meminta anak-anak menyambungkan titik-titik huruf supaya mereka kenal huruf-huruf tersebut.

  1. Tampal Poster Abjad Di Dinding

Selain itu, anda juga boleh menampal poster abjad jawi di tempat yang senang nampak dan selalu anak anda berada seperti bilik dan ruang tamu.

Lebih banyak mereka lihat huruf tersebut, lebih mudah untuk huruf tersebut dapat tersemat di dalam ingatannya. 

Bagaimana Jadikan Kelas Mengaji Lebih Seronok  

kelas mengaji online kanak kanak
  1. Sediakan Ruang Yang Lebih Selesa

Cara ini sangat mudah dan ibu bapa boleh buat ikut kemampuan atau citarasa masing-masing.

Barang penting yang perlu ada adalah meja, kerusi dan al-Quran atau Iqra’ di ruang mengaji.

Jika mahukan vibe di masjid, anda boleh hias bilik dengan hiasan ala-ala kubah masjid. Boleh juga letakkan kartun kegemaran mereka sedang mengaji untuk menarik minat anak-anak.

  1. Belikan eBook/CD mengaji

Zaman sekarang teknologi semakin maju dan kemudahan sudah tersedia ada. Terdapat banyak Ebook dan CD mengaji di pasaran pada hari ini selain dari mengikuti kelas mengaji online kanak kanak.

Ebook dan CD mengaji banyak menyediakan alternatif pembelajaran mengaji secara interaktif dan menarik seperti muzik dan alunan mengaji. Ia amat mudah untuk dihafal dengan cara sebegini.

Kanak-kanak kan fitrahnya suka bermain. Tak salah kita invest sedikit untuk mengajar anak-anak mengaji dalam suasana yang menyeronokkan!

  1. Buat Jadual Mengaji

Perkara ini nampak remeh, tapi percayalah jadual ini penting untuk membiasakan anak-anak mengaji dengan kerap.

Dalam membuat jadual ini, disarankan pilihlah waktu yang benar-benar sesuai dan anak pun selesa. 

Sebagai contoh, jadualkan anak mengaji 10 atau 15 minit selepas solat Maghrib kerana mereka sudah berehat seketika selepas balik dari sekolah harian.

  1. Mengaji Bersama-sama Anak

Sebagaimana perlakuan ibu bapa, begitulah anak-anak akan berkelakuan. Anak-anak adalah cerminan ibu bapa.

Anak-anak akan lebih bersemangat jika ibu bapa turut sama sertai mereka ketika mengaji. 

Selain dapat membetulkan bacaan ketika mengaji, aktiviti ini dapat membina hubungan kekeluargaan yang erat.

Jika diamalkan pada setiap hari, anak-anak lebih seronok dan menjadikan mengaji sebagai aktiviti wajib mereka. 

Kesimpulannya, jadilah ibu bapa yang sentiasa mencari alternatif untuk mengajar anak suka mengaji. Mengajar anak di usia muda akan memanfaatkan anak-anak anda kelak.

Berdasarkan tips yang diberikan di atas, pilihlah kaedah atau cara yang sesuai untuk anak anda.

Mengaji Dengan Azdan Quranic Centre

konsultasi

Kalau anda yang menghadapi kekangan masa untuk mengajar anak anda mengaji, Azdan ada penyelesaiannya.

Azdan menyediakan khidmat konsultasi mengaji online untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran membaca al-Quran tidak mengira peringkat umur.

Kami sangat mengalu-alukan konsultasi kepada semua tanpa mengira sesiapa pun untuk mantapkan lagi bacaan al-Quran.