Kelebihan Belajar Online: Mengaji Secara Digital

Semua tahu bahawa pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja secara digital. 

Fizikal mahupun digital, setiap pembelajaran yang berlaku haruslah bermakna. Ini bermaksud, setiap pembelajaran itu berjaya diterangkan dan audience faham apa yang disampaikan. 

Pembelajaran secara online ini menghubungkan pelajar dan guru serta memberikan suasana mereka berada di dalam bilik darjah.

Ketika ini, anda akan menggunakan format video, slide presentation, dan sebagainya. 

Apa Itu Kelas Online?

Kelas online ialah pembelajaran atau interaksi yang dilakukan secara digital. Kelas dalam talian tidak memerlukan pertemuan berhadapan di lokasi fizikal.

Sebaliknya, ia hanya perlu gunakan laman sosial seperti Zoom, Microsoft Teams, dan Webex.

Dengan menggunakan kemudahan yang ada, senang untuk pengguna berhubung dan mengumpulkan orang ramai dengan mudah. 

Pengguna kelas online atau interaksi secara online digunakan dengan kerap dan meluas sejak Malaysia kena pandemik Covid-19. 

Dengan itu, kelas mengaji turut diadakan secara online bagi bergerak seiring dengan situasi terkini. Kelas mengaji terbahagi kepada 2 jenis kelas, kelas mengaji kanak-kanak dan dewasa.

3 Kelebihan Kelas Belajar Mengaji Online

1. Menjimatkan Perbelanjaan

kelebihan belajar online

Seperti yang kita tahu, antara salah satu kelebihan belajar online ialah dapat menjimatkan wang. 

Pembelajaran secara bersemuka di dalam kelas banyak menghabiskan wang seperti wang pengangkutan, duit minyak dan duit makanan minuman. 

Jika pembelajaran secara online dijalankan, pelajar hanya perlu duduk di rumah dan membuka laptop. Secara langsung pembelajaran secara maya boleh dijalankan.

2. Fleksible Dari Segi Masa & Tempat

jadual fleksibel

Kelebihan belajar online memudahkan pelajar yang tinggal jauh dari lokasi tempat belajar untuk belajar mengaji di pusat pengajian yang dipilih. 

Tak lupa juga, ibu bapa dapat memilih ustaz ustazah yang bersesuaian dengan bajet dan preference mereka. 

Pembelajaran secara online membolehkan pelajar untuk memilih tempat yang selesa dan di mana sahaja untuk belajar. 

Suasana pembelajaran sesuai bagi mengaji al-Quran atau iqra dapat dibentuk melalui set-up meja dan kebersihan tempat tersebut. 

Jadi, sebarang kekangan dan alasan dapat dielakkan.

3. Belajar Secara 1 To 1

kelebihan belajar online

Kita pasti pernah belajar mengaji bersendirian dengan ustaz ustazah dan berasa seram sejuk kerana risau salah sebut huruf semasa mengaji.

Ia adalah situasi yang sering kita hadapi dulu. Namun, hakikatnya terbukti belajar mengaji secara individu lebih efektif berbanding mengaji beramai-ramai.

Secara langsung, ustaz atau ustazah yang mengajar akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajar. 

Pembelajaran ini sangat efektif kerana segala kesalahan dan pembetulan dapat diketahui dan pelajar tidak perlu malu dengan kesalahan yang dilakukan kerana tiada pelajar atau rakan lain di situ. 

Cikgu Mengaji, Cuba Tips Ini Untuk Kelas Seronok!

Menjadi guru mengaji lebih kurang saja dengan guru-guru di sekolah. Jaid, anda boleh adaptasi dan aplikasikan tip-tips di bawah semasa di dalam kelas anda. 

Permulaan Kelas Berlangsung

  • Berikan kata-kata positif dapat menjadikan mereka lebih semangat untuk belajar. Anda juga boleh menunjukkan video atau poster quotes of a day sebagai permulaan kelas.
  • Maklumkan peraturan semasa kelas anda berlangsung. Tujuannya adalah untuk mengawal tingkah laku pelajar sepanjang proses pembelajaran. 

Murid-murid akan lebih berdisliplin dan akan berhati-hati. Contohnya: Beritahu pelajar untuk sentiasa tumpukan perhatian, gunakan ruang “chat” untuk membincangkan soalan berkaitan, dan jawab soalan semasa guru bertanya.

Semasa Kelas 

  • Kaedah dan kaedah penyampaian perlu berubah. Penggunaan intonasi, penyesuaian bahasa, contoh yang diberikan mestilah sesuai dengan umur pelajar. Bagi kanak-kanak, gunakan pendekatan yang menarik, berwarna dan mudah diingati.
  • Anda harus bekerja keras untuk memastikan pelajar memahami kerana tidak dilupakan pembelajaran dalam talian juga ada limitasi.
  • Berikan petunjuk untuk membantu pelajar menjawab soalan yang ditanya. Gunakan pendekatan yang lebih kreatif dalam penyampaian.
  • Berikan latihan yang menyeronokkan untuk merangsang otak pelajar untuk mengingati dan mengenali huruf-huruf dan tajwid yang diajar.

Pengakhiran Kelas 

  • Beri penghargaan dan peneguhan tentang perkara yang diajar kepada pelajar.
  • Ucapkan terima kasih, pujian dan kata-kata semangat. Ini bertujuan untuk pelajar tersebut teruskan mengaji.
  • Berikan feedback kepada ibu bapa agar mereka mengetahui perkembangan anak-anak. 
  • Dapatkan maklum balas dari ibu bapa dan pelajar untuk meningkatkan kredibaliti sebagai seorang guru mengaji.    
  • Sekiranya anda mempunyai bajet berlebihan, berikan hadiah kepada mereka yang aktif atau selalu bekerjasama. 

Oleh itu, gunakanlah kelebihan platform untuk mengaji secara online ini di dalam kehidupan anda. Ia dapat membantu anda dari segi masa dan tenaga.

konsultasi bersama Azdan

Azdan menyediakan platform terbaik untuk anda, di mana anda dapat memperbaiki bacaan mengaji Al-Quran secara dalam talian!

Jangan khuatir, sepanjang konsultasi, ustaz dan ustazah akan membantu anda untuk memantapkan lagi bacaan Al-Quran.