Belajar Tajwid, Penting Untuk Memelihara Bahasa Al-Quran

Amalan membaca al-Quran tidak boleh dipandang enteng terutama sekali dalam kalangan Muslim.

Hal ini kerana pembacaan al-Quran memerlukan ilmu yang mendalam, patuh kepada tatatertib, dan juga adab. Oleh itu, belajar tajwid merupakan asas yang sangat penting.

Sebagai seorang Muslim, anda perlu menjaga ketiga-tiga faktor ini supaya anda menjadi lebih berdisiplin dalam mengetahui bab-bab agama.

Tidak kiralah sama ada dari segi tempat keluar huruf, sifat huruf mahupun panjang dan pendek bacaan. Kalau dalam Bahasa Melayu, ianya sama seperti tatabahasa.

Apa Itu Ilmu Tajwid?

belajar tajwid

Belajar Tajwid adalah cabang ilmu yang berkaitan dengan cara membaca atau menyebut lafaz-lafaz al-Quran. 

Ia juga boleh disebut sebagai tunggak mata rantai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bacaan al-Quran, termasuk ilmu Rasm, Dabt, dan Fawasil. 

Ini supaya ilmu-ilmu itu dapat ditulis dan ditandakan mengikut tajwid, atau kaedah bacaan al-Quran.

Menurut Abdul Qadir Leong (1993), ilmu tajwid memerlukan untuk menyebut setiap huruf daripada tanda yang betul dan memberikan hak kepada kedua-dua sifat yang wujud dan apa-apa sifat seterusnya.

Para sahabat membaca daripada Talaqqi Musyafahah iaitu bacaan sebenar daripada Rasulullah S.A.W.

Justeru, kaedah Talaqqi dan Muasyafah al-Quran ditemui dan diperoleh daripada ulama yang dipercayai dan penyampainya bermula sejak Rasulullah S.A.W. 

Banyak perkataan dalam al-Quran yang mesti dipelajari dengan melihat dan mendengarnya diucapkan oleh seorang guru

Pada pandangan ulama, kerana ia terdedah kepada kesilapan dan kesilapan apabila dipelajari sebaliknya.

Asas Tajwid Yang Wajib Diketahui

1. Dengung dan tidak Dengung

Simbol dengung

  • Tanwin atas tidak selari
  • Tanwin bawah tidak selari
  • Tanwin depan 99
  • Nun kosong
  • Mim kosong
  • Nun bersabdu
  • Mim bersabdu
  • Mim kecil

Simbol tidak dengung

  • Tanwin atas selari
  • Tanwin bawah selari
  • Tanwin depan 69
  • Nun tanda sukun
  • Mim tanda sukun

2. Panjang dan Pendek

Apabila berbicara berkenaan dengan panjang & pendek. Kita perlu memahami bahawa ada 2 teknik untuk hukum ini. Hukum Mad.

1. Teknik simbol

2. Teknik Nama Hukum

Jika anda menggunakan Teknik Nama Hukum, anda perlu mengetahui 19 nama hukum Mad. 

Jika dengan menggunakan Teknik Simbol, terdapat 4 bahagian sahaja.

  • 2 harakat
  • 2,4,6 harakat
  • 4,5 harakat
  • 6 harakat

3. Makhraj dan Sifat

Makhraj huruf adalah merupakan tempat keluarnya sebutan 28 huruf hijaiyyah. Pengertian makhraj dari segi bahasa adalah tempat keluar.

Analogi mudah ialah suatu ruang bilik itu mempunyai pintu untuk keluar.

Contohnya huruf Nun. Makhraj dengungnya di hidung. Jika anda tutup hidung itu, maka sebutan dengung itu tidak akan berbunyi kerana anda telah tutup “pintu” sebutan bunyinya.

Makhraj ialah tempat keluar sebutan 28 huruf hijaiyyah ada 5 iaitu:

  • Bibir
  • Lidah
  • Hidung
  • Halkum
  • Rongga mulut

Formula sifat huruf 11+7 = 18

Sifat huruf terdapat dua bahagian iaitu:

  • Sifat berlawanan
  • Sifat tunggal

11 Sifat berlawanan ialah:

  • Nafas
  • Suara
  • Lidah terangkat atau tidak
  • Lidah melekat atau tidak
  • Sebutan

7 Sifat tunggal ialah:

  • Sofir (bersiulan)
  • Qolqolah (pantulan)
  • Lin (lembut)
  • Inhiraf (melencong)
  • Takrir (berulang)
  • Tafasyyi (berhamburan)
  • Istitholah (memanjang)

4. Waqaf dan Idtida’

Waqaf adalah memutuskan pembacaan suatu kata dari setelahnya sesaat sambil menarik nafas yang kemudian melanjutkan bacaan kembali.

Ibtida pula menurut bahasa berasal dari ibtidaa-yabtadiu-ibtidaan yang bermaksud “bermula” iaitu meneruskan atau memulakan kembali bacaan selepas berhenti seketika untuk mengambil nafas (waqaf).

Tanda-tanda waqaf dalam Al Quran:

Kenali Formula 1+6+1 untuk tanda-tanda waqaf.

  • Ra’sul Aayah (Bilangan Ayat)

6 signboard penting sebelum jumpa Ra’sul Aayah

  • Waqaf Lazim (Mim Kecil, Mim Tidur)
  • Waqaf Mamnu’ (Lam Alif)
  • Waqaf Jaiz (Jim)
  • Waqaf Sili (Shod Lam Ya)
  • Waqaf Qili (Qof Lam Ya)
  • Waqaf Ta’anuq (Titik tiga bertindih)

Jangan Buat Main Dengan Kesalahan Tajwid

belajar tajwid

Membaca sahaja tidak cukup. Kita harus perhatikan bagaimana kita menyebutnya. Kita mesti mematuhi tajwid Al -Quran jika bacaan kita belum tepat dengan belajar tajwid secara konsisten.

Dalam membaca Al-Quran, setidaknya ada dua kesalahan yang harus dihindari:

1. Lahn Jaliy (kesalahan yang jelas)

  • Pengucapan huruf yang salah. Seperti mengucapkan huruf ain tetapi yang keluar bunyi huruf hamzah. Mengucapkan huruf shad, yang terdengar huruf sin. Kesalahan ini menyebabkan perubahan makna.
  • Mengubah harakat. Contoh: Huruf ta’ pada kata (أَنْعَمْتَ) berharakat fathah, tetapi apabila dibaca dhammah (أَنْعَمْتُ), artinya akan berubah. Jika dibaca fathah, artinya “Engkau (Allah) beri nikmat”. Dan jika dibaca dhammah, maknanya “aku beri nikmat”.
  • Kesalahan dalam panjang pendek bacaan. Hal ini juga bisa menyebabkan perubahan makna. Oleh karena itu, perhatikan panjang pendek saat membaca Alquran.

Para ulama’ sepakat bahwa membaca al-Quran dengan lahn jaliy adalah haram. Barang siapa yang melakukannya dengan sengaja, maka dia telah berdosa.

2. Lahn Khafi (kesalahan yang samar)

Lahn khafi adalah kesalahan yang berkaitan dengan kaidah tajwid, seperti tidak meng-idgham-kan nun, padahal setelahnya ada huruf wau atau ya’.

Kesalahan ini tidak berkaitan dengan bahasa Arab sehingga tidak sampai merubah makna.

Pendapat yang kuat adalah pendapat yang pertama, iaitu haram. 

Disebutkan dalam kitab “Nihayatul qaulil Mufid”, secara keseluruhan perubahan ini diharamkan, walaupun tidak sampai mengubah makna. Akan tetapi, dapat merusak dan mengurangi keindahan al-Quran.

Secara kesimpulannya, ilmu belajar tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan kitab agung al-Quran. Maka, pembacaan al-Quran perlulah dilakukan secara rapi dan teliti. 

Pembacaan al-Quran yang salah akan menyebabkan maksud perkataan tersebut tidak tepat, dan teknik bacaannya juga menjadi salah.

konsultasi

Maka, buat anda yang sedang menghadapi masalah- masalah seperti di bawah, anda amat digalakkan untuk menyertai kelas mengaji secara bertajwid bersama AZDAN.

Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda! Menerusi sesi soal jawab berkaitan mengaji Al-Quran. 

Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI, ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 011-1871 9438 atau layari laman web rasmi kami.