Kes Buli Makin Menjadi-jadi ! Ini 3 Punca Remaja Sekarang Kurang Bermoral

Dulu boleh dikatakan setiap bulan akan keluar berita mengenai kes buli-membuli di sekolah dan asrama. Ingatkan bila sekolah terpaksa ditutup dan hampir semua pelajar diarahkan untuk belajar secara online sebab pkp ni, dah tak ada dah kes-kes buli di kalangan pelajar. 

Tapi tanpa disangka dan diduga, tiba-tiba beberapa hari yang lalu telah viral satu kes gaduh berebut abang angkat yang boleh dikategorikan sebagai kes buli dalam kalangan pelajar sekolah. Amboi dik ! Tak boleh gaduh dekat sekolah, awak gaduh pulak dekat kawasan perumahan ye. Berani betul ! Kecil-kecil dah pandai belasah anak orang.

Risau bila tengok kes macam ni. Apa nak jadi dengan anak remaja kita hari ini ? Boleh jadi sebenarnya ia berpunca daripada 3 perkara di bawah.

1. Kurang Perhatian Orang Tua

Anak mana yang tak perlukan kasih sayang dan juga perhatian daripada ibu bapa sendiri ? Tapi sayangnya, ada sesetengah kanak-kanak dan remaja hari ini tak dapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada orang tua kandung mereka. 

Mana taknya, ibu bapa terlalu sibuk, keluar rumah awal pagi balik lewat malam mencari rezeki untuk sara anak-anak. Kononnya, kemewahan harta benda lebih penting dibandingkan dengan curahan kasih sayang. Padahal anak-anak dekat rumah ni sedang dahagakan belaian ibu bapa.

Bila ibu bapa sendiri tak pedulikan mereka, mula lah anak-anak ni bawa diri, hanyut dalam dunia sendiri, terpengaruh dengan rakan sebaya. Kalau pengaruh baik, takpe lah. Ini masalahnya, terpengaruh benda-benda yang tak elok. Kawan membuli, dia pun ikut sama buli orang jugak ! 

Sebab tu lah pentingnya mak ayah ni pantau aktiviti anak-anak. Kerja, kerja jugak tapi jangan sampai lupa anak-anak dekat rumah ni masih perlukan bimbingan anda. Jadikan anak sebagai kawan, bersembang dan luangkan masa juga dengan dorang. Baru lah nanti bila anak-anak ada masalah dan perlukan tempat untuk meluah, dorang akan cari kita, bukannya cari kawan yang entah apa-apa di luar sana.

2. Tekanan Perasaan

Bermula dengan masalah keluarga, ibu bapa yang tak habis-habis bertekak dalam rumah, adik-beradik yang langsung tak memahami, kemudian dalam diam anak ini terpaksa berhadapan dengan tekanan perasaan seorang diri. Sampai satu tahap dia akan memberontak dan lebih selesa bergaul dengan orang asing. Baginya kawan-kawan lebih bermakna berbanding keluarga sendiri.

Bila dah menginjak ke usia remaja, dia lebih berani untuk bawa diri jauh dari keluarga, tak lekat dekat rumah. Boleh jadi ibu bapa sendiri pun dah tak kenal anak sendiri, anak yang dulunya dilahirkan suci bersih kini sudah dinodai dengan bisikan syaitan dan makin hanyut dibawa arus fatamorgana dunia. 

Tapi bila jadi macam ni, bukanlah salah ibu bapa 100% sebab anak-anak tu sendiri pun boleh buat pilihan yang bijak sebenarnya. Cumanya tanpa bimbingan ibu bapa, kadang-kadang anak lebih memilih untuk buat keputusan guna emosi, bukan secara rasional. Tambahan pula remaja yang baru nak kenal dunia dan masih mentah untuk buat keputusan yang tepat tanpa nasihat daripada orang tua.

Jadi, adalah disarankan kepada semua ibu bapa di luar sana agar memantau keadaan semasa anak-anak. Kalau nampak perangai anak-anak macam lain tu, dekatilah mereka, tanya khabar dan jadilah pendengar yang baik agar terubat tekanan di jiwa mereka. Jangan sampai anak-anak dah buat perkara yang membusukkan nama baik kita, baru nak menyesal tak sudah !

3. Kurang Didikan Agama

‘Saya dah hantar anak saya masuk sekolah agama.. Apa yang kurangnya lagi ?’ Ni antara ayat yang tak sedap didengar bila timbul kes-kes buli di kalangan remaja hari ini. Ibu bapa seolah-olah meletakkan kesalahan 100% ke atas anak mereka. Kononnya tanggungjawab mereka sudah selesai, padahal boleh jadi sikap anak jadi begitu kerana kurangnya didikan agama daripada ibu bapa sendiri.

Bila kita renung dalam-dalam, saat anak dilahirkan, siapa yang dia kenal dulu ? Ibu bapa atau cikgu sekolah ? Jadi, semestinya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk berikan didikan agama kepada anak-anak bermula dari dalam buaian lagi. Biasakan telinga anak-anak untuk dengar nama-nama Allah dan alunan bacaan Al-Quran. Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka dan terapkan peribadi junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam diri mereka.

Bila dah sampai masa dan cukup umur, jadilah ibu bapa yang tegas soal agama. Pastikan anak-anak tak tinggal solat, tak ponteng puasa, pandai baca Quran dan pantau pergerakan mereka di dalam dan juga di luar rumah. Ambil tahu dengan siapa mereka bergaul dan cakna dengan setiap aktiviti mereka.

Tak mungkin anak-anak akan jadi pembuli kalau dah faham agama dan ibu bapa pula sentiasa peduli dengan setiap gerak-geri mereka. Berani nak buli-buli anak orang ? Mak ayah dah siap rotan dah dekat rumah tu ! 

Dalam membendung isu buli dalam kalangan remaja kita sekarang ni, sebenarnya ibu bapa dan keluarga amatlah memainkan peranan penting. Tambahan pula dalam bab membentuk moral anak-anak. Ingat ! Jangan lepaskan anak-anak kepada pihak sekolah sahaja tanpa dipantau juga di rumah.

Imam al-Ghazali ada berpesan: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Sebaliknya, jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti haiwan, menderitalah dia dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu.”

Nak ajar anak mengaji, tapi tak yakin sebab diri sendiri pun masih merangkak-rangkak baca Quran ? Jom ikuti Kelas Mengaji Azdan. Ustaz Ustazah akan bimbing dari Kosong sampai Mahir guna Kaedah Mudah !

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim