KETAHUI 5 MANFAAT MEMBACA AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang ke page ngajijom.com, diharapkan anda membaca artikel ini sehingga habis kerana pelbagai pengisian di dalamnya dapat membuatkan anda terus istiqamah dalam melakukan ibadah dan kebaikan.

Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala
kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Dalam hal ini, Al-Quran berfungsi sebagai Al-Huda (petunjuk), Al-Furqan (pemisah antara yang benar dan yang salah), Al-Syifa (ubat) dan Al-Mau’izah (Nasihat). Di sini kita dapat lihat bahawa penurunan Al-Quran memberikan impak yang positif dalam kehidupan manusia.

Jadi, sebagai umat Islam amatlah digalakkan untuk membaca Al-Quran kerana di dalamnya mempunyai berbagai-bagai isi kandungan yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan ia juga merupakan sumber utama ajaran Islam.

Justeru itu, hukum membaca, memahami dan melaksanakan isi Al-Quran adalah WAJIB bagi setiap Muslim kerana Al-Quran adalah sumber utama ajaran Islam.
Untuk penerangan lanjut boleh layari website ini (https://www.risalahislam.com/2016/05/hukum-membaca-al-quran.html)

Dalam artikel ini saya telah senaraikan 5 MANFAAT MEMBACA AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN. Diharapkan Tuan Puan dapat menghabiskan bacaan dalam penulisan ini sehingga noktah terakhir kerana saya menjamin Tuan Puan tidak akan rugi jika menghabiskan bacaan dalam artikel ini.
In shaa Allah.. 🙂

Manfaat membaca Al-Quran ini dapat dikategorikan dalam beberapa cabang antaranya ialah sebagai sumber inspirasi dalam pelbagai aspek kehidupan, untuk kesihatan fizik dan mental serta memberi kebaikan bagi otak.

Berikut merupakan antara MANFAAT MEMBACA AL-QURAN :

1.Menjadi manusia yang baik.

Hal ini merangkumi akhlak seseorang kerana di dalam Al-Quran itu sendiri ada menyentuh mengenai akhlak dan tauladan. Justeru itu, Al-Quran memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak seseorang. Jadi, sebagai umat Islam kita haruslah sentiasa membaca dan memahami ayat-ayat Al-Quran untuk dijadikan panduan hidup sehari-hari.

2.Memberikan kedamaian dan ketenangan.

Seseorang itu tidak akan dapat lari daripada ditimpa pelbagai ujian dan masalah dalam hidup hingga membawa kepada tekanan yang melampau. Di saat inilah ayat-ayat Al-Quran dapat membantu memberikan kedamaian dan ketenangan dalam hati dan jiwa kita. Hayatilah setiap makna ayat-ayat di dalam Al-Quran kerana ia merupakan sumber inspirasi ketika kita dalam kesusahan dan kesedihan.Tidak perlulah menjadikan hiburan seperti muzik sebagai alat untuk menenangkan fikiran dikala kekusutan membelenggu jiwa. Tidak sama sekali!

3.Mendatangkan syafa’at pada hari kiamat.

Dari Abi Umamah al Baahili radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “ Bacalah Al-Qur’an maka ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi yang membacanya. ”

(Hadis Riwayat Muslim/804)

4.Mendapatkan pahala yang banyak

Mendengar Al-Quran sahaja sudah mendapat pahala apatah lagi kita sendiri yang melontarkan bacaan ayat suci Al-Quran ini. Allahu Akbar !

Setiap huruf memiliki 1 pahala kebaikan dengan 10 kali lipatnya.

Dari Abdullah Bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Siapa yang membaca satu huruf dari kitabullah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miin itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf dan Laam itu satu huruf dan Miim itu satu huruf.”

(Hadis Riwayat At Tirmidzi/2327)

5.Kecukupan nikmat ( segala rezeki)

Allah Subhanahu Wata’ala amatlah pemurah kepada hamba-hambanya. Terdapat beberapa surah di dalam Al-Quran yang jika dibaca dan diamalkan dapat membawa kecukupan nikmat terhadap hamba-hambanya antaranya ialah surah Al-Waqiah. Amalan surah ini dapat menjauhkan dari kemiskinan dan menjadikan seseorang itu hartawan dan dermawan
Ketahui fadhilat surah Al-Waqiah di sini (https://dalamislam.com/doa-dan-dzikir/fadhilah-surah-al-waqiah)

Untuk penerangan lanjut mengenai manfaat mempelajari Al-Quran boleh layari (https://manfaat.co.id/20-manfaat-membaca-alquran)

Suka untuk saya ingatkan kepada Tuan Puan sesungguhnya membaca Al-Quran membawa beribu-ribu kali manfaat yang besar dalam kehidupan mahupun di dunia dan juga di akhirat kelak. Amalan membaca Al-Quran juga dapat menerangi kubur yang gelap gelita di saat kita keseorangan di dalamnya tanpa ditemani oleh sesiapapun.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala ;

“ Dan telah kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al-Quran)”

                                                                                   (Surah Al-Nisa’ : 174) 

Baiklah, kita sudahpun sampai ke penghujung artikel ini. Diharapkan penulisan ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda.

Jangan lupa untuk like page kami di Facebook : Azdan Learning Center dan tinggalkan pendapat anda mengenai artikel ini di bahagian comment di bawah. Terima kasih.. 🙂

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim