Mudahnya Nak Khatam Al-Quran! Jom, Amalkan 5 Tips dibawah

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan bagi seluruh Umat Islam. Setiap kali bulan Ramadhan sinonim dengan Al-Quran. Kebiasaannya pada bulan Ramadhan, ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh untuk khatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali.

Namun, terdapat beberapa kekangan yang mungkin berlaku apabila tidak sempat untuk kita khatam Al-Quran. Antara sebabnya adalah sibuk bekerja, sibuk dengan urusan anak-anak dan sebagainya. Kadang-kadang kesibukan pada bulan Ramadhan dengan urusan dunia menjadikan kita leka dan lalai untuk tidak beribadah dibulan Ramadhan.

Oleh itu, kami ingin kongsikan tips yang boleh diamalkan supaya kita dapat bersama-sama khatam Al-Quran pada Ramadhan kali ini.

Jom kita mulakan dengan tips yang pertama! 

#1 Mulakan dengan Juzuk 1 pada hari pertama bulan Ramadhan

Jika anda berniat untuk khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali pada bulan Ramadhan kali ni, cadangan kami anda perlu bermula dari hari pertama lagi!

Jika selain dari bulan Ramadhan kita sudah membiasakan diri dengan bertadarus Al-Quran, semestinya tidak akan menjadi masalah untuk kita meneruskan aktiviti tersebut pada bulan Ramadhan.

Sebagai contoh, pada bulan Rejab dan Syaaban kita berazam untuk memperbaiki bacaan Al-Quran terlebih dahulu supaya kualiti bacaan Al-Quran kita pada bulan Ramadhan akan berjalan dengan lancar. 

Tekan sini untuk baiki bacaan Al-Quran anda sekarang.

#2 Letakkan sasaran yang sesuai dengan diri sendiri

Green and Yellow Darts on Brown-black-green-and-red Dartboard

Penting untuk meletakkan sasaran yang sesuai pada diri sendiri agar kita tidak akan terbeban untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan. Luangkan sedikit masa untuk menyusun jadual tadarus bacaan Al-Quran mengikut waktu peribadi anda.  

Mungkin ada yang selesa bertadarus selepas setiap kali selesai solat fardhu. Mungkin ada yang hanya mampu membaca selepas solat terawih. Ada juga yang mampu habiskan sehingga 2 juzuk setiap kali sesi bacaan. Setiap orang ada kelapangan waktu tersendiri. Susun dan letak sasaran bacaan yang sesuai dengan diri sendiri. Apa yang penting adalah disiplin diri terhadap sasaran yang telah ditetapkan.

#3 Manfaatkan waktu sebaiknya

Young frowning man in suit and glasses looking at wristwatch while waiting for appointment sitting at desk with laptop

Allah mengurniakan setiap insan diatas muka bumi ini masa yang sama banyaknya iaitu sehari 24 jam. Persoalannya disini berapa lama kita sudi untuk meluangkan masa dengan membaca Al-Quran? 

Seeloknya bulan Ramadhan kali ini, elakkan daripada berbual kosong yang mana kita boleh isi masa tersebut dengan perkara yang bermanfaat seperti membaca Al-Quran.

Jika kita letakkan sasaran untuk habiskan 3 juzuk sehari, maka kita hanya memerlukan 2 jam untuk membaca Alquran.

Ya, 2 jam daripada 24 jam yang kita ada dalam sehari.

Cara mudah, waktu yang kita biasa gunakan untuk sarapan dan makan tengahari kan dah boleh digunakan untuk mengaji Al-Quran.

#4 Manfaatkan teknologi yang ada

Seringkali tertinggal Al-Quran di rumah apabila ingin bertadarus? Jangan risau. Zaman sekarang sudah canggih dengan pelbagai teknologi yang boleh memudahkan urusan seharian kita. 

Sebagai contoh untuk mudah bertadarus Al-Quran kemana-mana sahaja kita boleh install aplikasi Al-Quran di telefon pintar kita. Selepas baca, tandakan supaya boleh sambung bacaan di waktu yang seterusnya.

Mudah saja kan?

#5 Bertadarus Al-Quran di tempat yang tenang

Sangat penting untuk kita mewujudkan suasana ataupun mod mengaji Al-Quran kerana sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada kualiti bacaan Al-Quran kita. Namun begitu, kita perlulah membezakan antara tempat mengaji yang tenang ataupun selesa. Tempat yang selesa terdorong kepada perkara yang boleh membuatkan kita leka atau lalai. Sebagai contoh, bilik tidur.

Tempat yang tenang untuk kita bertadarus Al-Quran juga memberikan kita rasa khusyuk yang tinggi terhadap bacaan Al-Quran kita. Sebagai contoh di masjid, ruang tamu ataupun di tepi tasik.

Akhir kalam, jadikan Ramadhan kali ini sebagai satu bulan yang dapat memberikan galakan dan semangat untuk kita terus beribadah kepada Allah disamping sebagai ‘booster’ untuk kita sentiasa mendekati Al-Quran.

Anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Nak Ustaz dan Ustazah Bimbing Anda, Mengaji satu per satu, Walaupun dari Kosong Hingga Mahir Baca Al-Quran dengan Lancar ??

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim