Nak Konsisten Mengaji Walaupun Duduk dirumah? Jom Cuba Tips Ini!

Mengaji di rumah adalah satu amalan yang sangat baik jika kita dapat mempraktikkannya lagi-lagi yang sudah mempunyai keluarga. Dengan amalan ini , sekaligus dapat mewujudkan bi’ah solehah dalam kehidupan keluarga.

Jom cuba tips dibawah ini !

1. Menyediakan ruangan khas dan selesa untuk mengaji di rumah

Tempat yang selesa dapat menaikkan suasana mengaji lebih tenang dan harmoni. Apabila ruangan mengaji kita berada dalam keadaan yang bersih, perabut tersusun atur pasti kualiti bacaan mengaji kita akan menjadi lebih baik. 

2. Memiliki jadual tetap untuk mengaji di rumah

Ibu bapa perlu menyediakan jadual mengaji  supaya tidak terlupa untuk mengaji mungkin kalau tidak setiap hari boleh target mengaji 3 kali dalam seminggu.

Dan jadual yang disediakan itu perlulah diikut supaya dari situ ibu bapa juga boleh melatih anak-anak supaya bersikap disiplin dengan masa.

3. Pastikan selepas maghrib atau sebelum tidur anak-anak membaca 1 atau 2 ayat

Setiap malam , galakkan anak-anak untuk membaca beberapa ayat sebelum tidur. Dengan ini , anak-anak akan jadi lebih terbiasa dan dalam masa yang sama mereka dapat menghafal ayat yang mereka baca dengan mudah.

4. Pastikan anak-anak memiliki hafalan surah-surah lazim

Sediakan juga jadual untuk hafalan anak-anak di rumah tapi mulakan dengan surah-surah lazim supaya mereka mudah untuk mengingat kerana ayat-ayatnya yang pendek. Ibu juga boleh menggunakan pendekatan yang mudah untuk anak menghafal seperti menggunakan video surah yang menarik supaya mereka seronok untuk menghafal.

5. Ulang bacaan di meja makan

Ulang surah2 yang telah pun dihafal di meja makan sementara  ibu menyediakan makanan dan meminta 2 minit baca mengikut urutan Al-Quran. Ambil setiap masa yang ada sebagai satu peluang untuk menjadikan mengaji sebagai amalan yang paling utama.

Jom kita sama-sama praktikkan di rumah. Insya-ALLAH, usaha yang baik akan dipermudahkan oleh-NYA.

Nak tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran? Jom sertai kelas mengaji Al-Quran bersama Azdan Quranic Center sekarang. Ustaz ustazah akan bimbing satu per satu dari zero ke pro!

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim