PKP ADALAH MUSIM TERBAIK UNTUK BELAJAR MENGAJI

Hari ini ramai antara kita yang risau apabila PKP menjelma kembali. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup, institut Pendidikan ditutup. Malah hampir semua aktiviti harian kita telah terjejas. Akhirnya, kita perlu akur untuk duduk di rumah demi membantu para frontliners kita menewaskan wabak Covid-19

Sebagai ibubapa yang prihatin, kita bertanggungjawab untuk memastikan fizikal dan mental anak-anak terutamanya berada dalam keadaan sihat dan bebas dari pelbagai masalah mental seperti depression dan bunuh diri. 

Persoalannya, apakah antara aktiviti yang bermanfaat dapat kita lakukan bersama dengan anak-anak walaupun berada di dalam rumah. Antara aktiviti yang bermanfaat dapat kita lakukan bersama dengan anak-anak adalah belajar mengaji. Bagaimana nak belajar mengaji walaupun PKP?

Bertenang Tuan Puan sekalian.

Zaman teknologi sekarang sudah banyak kemudahan yang boleh kita aplikasikan dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pasti Tuan Puan risau sekiranya tidak dapat untuk pergi kelas mengaji sewaktu PKP. Pergerakan agak terbatas untuk keluar menghantar anak-anak pergi mengaji diluar.

Disini terdapat beberapa platfom yang akan dikongsikan untuk mudah belajar mengaji walaupun semasa PKP :

  1. Fb Live

Untuk pengetahuan Tuan Puan di Facebook terdapat banyak Pages yang menawarkan perkhidmatan untuk mengajar mengaji tidak kira usia muda hinggalah ke usia tua. 

Hanya kita saja yang rajin atau tidak untuk mencarinya.

Mereka juga akan membuat sesi pembelajaran mengaji secara Live di Facebook untuk membantu sesiapa yang ingin belajar mengaji ataupun tajwid. Kebanyakan Pusat Pengajian Al-Quran menawarkan pengajian secara percuma. Jadi, tidak ada masalah untuk kita belajar mengaji 0 kos!

Kita hanya pegang handphone dan buka Facebook kemudian kita tinggal tengok saja Live mengaji yang disiarkan. 

Seperti di Azdan juga, kami sentiasa menyediakan pelbagai perkongsian ilmu pengajian Al-Quran hampir setiap hari dan pelbagai slot seperti Ngaji Jom #MengajiLebihMantapBersamaAzdan, Santai bersama Azdan, Bacaan Surah Yasin dan Al-Mulk setiap pagi dan malam, Secebis Bahagia bersama Selebriti jemputan dan banyak lagi. Oleh itu, kami ingin mengajak Tuan Puan untuk menyertai komuniti Azdan untuk kita sama-sama memperjuangkan Al-Quran sebagai panduan hidup.

JOM Perbaiki Bacaan Al-Quran Bersama Azdan Quranic Center yang telah membantu lebih 10,000 orang dewasa dengan CEPAT&MUDAH !

https://t.me/ngajijomAzdan

  1. Youtube

Youtube adalah salah satu platfom yang digunakan oleh ramai pengguna tidak kenal peringkat umur yang tua mahupun yang muda.

Hanya perlu taip di ‘ruangan carian’ saja. Nanti keluarlah apa yang kita nak tengok. Mudah sangat nak belajar mengaji walaupun terperangkap dekat rumah.

Tapi kena ingat ya, ini hanyalah platfom sahaja. Tidak digalakkan untuk mereka yang memang betul-betul tidak pandai membaca atau buta huruf untuk belajar mengaji sendiri tanpa ada pengawalan.

Kemudaratan lebih banyak daripada manfaat sekiranya kita belajar mengaji membuta tuli berpandukan panduan yang kurang sahih. 

Tidak ketinggalan juga Azdan menyediakan pengajian Al-Quran di Youtube Private Azdan. Kebanyakan pelajar-pelajar Azdan berpuas hati dan mudah faham dengan kaedah pengajian secara bertutup di Youtube Azdan.  Selain daripada menawarkan pengajian Al-Quran secara bertutup di Youtube, Azdan juga mempunyai pelbagai pengajian surah pendek berbentuk video bagi memudahkan kefahaman para pelajar Azdan menerusi slot #1MinitTajwid yang disampaikan oleh Ustazah Aisyah. 

Jemput singgah ke pengajian tajwid #1MinitTajwid Azdan, boleh tekan link dibawah : 

  1. Kelas Mengaji Secara Online

Kelas mengaji  Al-Quran sudah banyak di bangunkan malah diseluruh negeri pun ada. Terdapat beberapa kelas mengaji online yang telah disediakan oleh pusat-pusat Pengajian Al-Quran yang menyediakan kelas mengaji online secara personal ataupun kelas mengaji online untuk keluarga. 

Sebelum ini, memang nampak macam pelik bila ambil kelas mengaji online. Namun, dalam tempoh PKP akibat wabak pandemik Coronavirus COVID-19, ia sudah menjadi biasa iaitu new normal. Ramai yang semakin selesa untuk belajar secara atas talian.

Sebenarnya belajar mengaji sendiri ini tidak perlu mengambil masa yang lama pun. Ini kerana ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Akan tetapi, oleh kerana tiada disiplin dan tidak cukup berdedikasi, maka segalanya tidak berjalan begitu lancar. Semuanya terletak kepada mood pada ketika itu, sekiranya malas, kebiasaannya kita akan abaikan sahajadan berfikir untuk mengaji keesokon harinya. Akhirnya, kita akan terus bertangguh untuk belajar mengaji AL-Quran. 

Di Azdan kita mempunyai kaedah pengajian Azdan Coaching Intensive (ACI) dimana kaedah pembelajaran Al-Quran bertalaqqi private video call yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad & Ustazah Aaina. Kami faham ya Tuan Puan, ada dikalangan kita yang segan untuk belajar mengaji secara beramai-ramai jadi kami datangkan insentif ini untuk bantu Tuan Puan mahir al-Quran dengan kaedah ACI ini. Dalam ACI, kita akan bantu Tuan Puan dan mengajar secara terperinci mengenai hukum tajwid dan kaedah mudah Azdan.

Tak Nak terlepas Pengajian Mengaji di Azdan? 

Jom Daftar Kelas “AzdanMasterClassOnline ” ! 

 Klik link dibawah segera! 

https://azdan.ordersini.com/rotator/j_n95wPVXxL1/amo

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan dalam belajar mengaji di rumah ini bersama anak-anak. Tuan Puan akan berasa mudah dan selesa ketika sesi pembelajaran. Tuan Puan  juga tidak akan berasa segan silu untuk bertanya kepada tenaga pengajar tersebut. Ketahuilah sesungguhnya Allah akan menaikkan darjat bagi mereka yang menuntut ilmu.

Setakat hari ini, Alhamdulillah Pertubuhan Azdan telah bantu lebih 10,000 orang untuk mahir baca Al-Quran walaupun dahulunya mereka membaca Al-quran dalam keadaan merangkak-rangkak, buta huruf, tidak kenal hukum tajwid dan macam-macam lagi masalah yang mereka hadapi sehingga kan ada satu tahap mereka dilema dan fobia untuk belajar mengaji sekali lagi kerana dahulunya mereka ini bersungguh-sungguh nak belajar mengaji di merata tempat. 

Tapi, akhirnya ada yang ditipu, dihina oleh guru mereka sendiri, mengambil kesempatan keatas yuran pendaftaran dan sebagainya. 

Kerana itu, kami di Azdan ingin bantu Tuan Puan hilangkan perasaan takut dan fobia untuk mula belajar mengaji bersama Kaedah Azdan. InsyaAllah, Tuan Puan akan tersenyum syukur kerana mengambil tindakan yang bijak ini belajar mengaji bersama Azdan sekarang.

Nak Ustaz dan Ustazah bimbing Tuan/Puan dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai ??

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim