Ramai Mengaku… 3 Halangan ini Membuatkan Mereka Tangguh Belajar Mengaji

Sebagai seorang Muslim, wajib bagi kita untuk jadikan Al-Quran sebagai pegangan dan juga panduan hidup. Al-Quran ini ibarat satu peta untuk menuju ke destinasi impian setiap umat Islam iaitu syurga abadi.

Setiap yang bergelar Muslim sepatutnya tahu baca Quran dan tidak meninggalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Setiap hari, luangkan sedikit masa untuk baca sekurang-kurangnya setengah halaman Al-Quran.

Rasa kesian bila dapat tahu ada segelintir orang yang sudah berumur, tapi baru sedar diri dah jauh dari Al-Quran. Zaman muda dihabiskan dengan perkara dunia hingga tiada masa untuk dekati Al-Quran. Alhamdulillah, Allah masih sayang dan jentik hati untuk kembali kepada Al-Quran. Kemudian, terdetik nak belajar mengaji, tapi 3 halangan ini menyebabkan hati rasa berat nak teruskan hasrat.

1. Tiada semangat sebab usia dah lanjut

Bila dah berusia, dah pencen dan ada banyak masa terluang, barulah tersedar dari kelalaian yang berpanjangan selama ini. Hati mula terusik bila mengenangkan umur yang semakin lanjut tapi lidah masih kelu nak mengalunkan bacaan Al-Quran. 

Penyesalan menyelubungi diri hari demi hari, terkenangkan usia muda yang disia-siakan tanpa kesedaran untuk membuat persediaan menuju akhirat yang nyata. Namun sayangnya, semangat tidak datang membuak-buak untuk turutkan hasrat di hati.

Hilangnya semangat apabila teringat bahawa ingatan sudah tidak sekuat dulu, lidah dah kaku, deria pendengaran sudah kurang dan mata dah kabur. Masih mampukah untuk mula belajar mengaji? Itulah persoalan yang sering bermain di minda dan dilema yang membelenggu diri.

2. Terlalu sibuk dengan hal duniawi

Dunia ini hanyalah sebuah tempat persinggahan, tempat kita mengumpulkan sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa ke alam akhirat yang kekal abadi. Namun, berapa ramai antara kita yang benar-benar menyedari hakikat ini?

Buktinya, lihatlah betapa tenatnya umat hari ini hingga sanggup meninggalkan Al-Quran demi mengejar kemewahan dunia yang hanya bersifat sementara. Hendak luangkan sedikit masa untuk belajar mengaji pun berkira, sedangkan masa itu sendiri merupakan pinjaman daripada Allah yang Maha Kaya.

Malunya! Diizinkan oleh Allah untuk terus bernafas di atas muka bumiNya, tapi diri masih enggan untuk melabur waktu dekatkan diri dengan Al-Quran, seolah-olah sudah dijamin syurga. 

3. Guru Al-Quran terlalu garang

Melayu, penuh dengan adab kesopanan dan lemah lembut. Pantang ditengking, diherdik, mulalah hati tersentuh dan semangat mula luntur. Awalnya berkobar-kobar semangat untuk belajar mengaji, tapi bila dapat guru yang terlalu tegas dalam menyampaikan ilmu, terus hilang minat belajar Al-Quran.

Ada yang sampai bertahun-tahun hilang semangat nak belajar mengaji sebab trauma dengan sikap guru yang terlalu garang. Baru baca dua tiga ayat, guru dah marah-marah. Macam mana ilmu nak lekat dalam kepala? Jangankan ilmu nak melekat, bahkan nak faham pun susah.

Sedikit pesanan untuk para guru Al-Quran di luar sana. Dalam kita menyampaikan ilmu Kalam Allah ini, didiklah diri untuk bersikap lemah lembut dengan pelajar. In Shaa Allah, pelajar akan lebih mudah faham, cepat belajar dan rasa selesa nak teruskan pengajian.

Bagaimanapun, Al-Quran tetap perlu dipelajari dan dituntut secara berguru dengan guru yang mahir dalam bidang tersebut. Ini bagi menjamin kesahihan dalam ilmu yang dipelajari dan agar bacaan boleh disemak oleh seseorang yang mahir Al-Quran.

Masyarakat seharusnya tidak memandang serong terhadap golongan dewasa yang baru hendak berjinak-jinak dengan Al-Quran. Bahkan sepatutnya menyokong dan memberi semangat kepada mereka agar terus belajar mengaji dan mendalami Al-Quran dengan bersungguh-sungguh.

Bagi golongan dewasa yang sedang mencari jalan untuk mahir baca Quran, mari ikuti kelas bimbingan mengaji Azdan. Ustaz Ustazah akan bimbing dari kosong hingga dapat mengaji lancar.

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>>https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim