Kelebihan bulan Ramadhan telah diberikan oleh Allah SWT dengan penuh berkat berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Setiap detik yang berlalu sepanjang bulan yang mulia ini dianggap sebagai sebaik-baik waktu dan sebaik-baik hari.
Pintu neraka akan ditutup rapat-rapat, sementara pintu syurga dibuka selebar-lebarnya untuk menyambut kedatangan orang-orang yang berpuasa. Kelebihan bulan Ramadhan tidak hanya terletak pada ibadah puasa semata-mata, tetapi juga meliputi pelbagai aspek lain.
Satu daripada kelebihan utama bulan Ramadhan adalah bahawa ia memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dengan menunaikan ibadah puasa, seseorang itu dapat meningkatkan ketaqwaan. Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan juga merupakan masa di mana pintu rahmat dan pengampunan Allah SWT terbuka luas. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.
Ini merupakan satu keistimewaan besar yang tidak boleh disia-siakan.
Selain aspek kerohanian, bulan Ramadhan juga menggalakkan umat Islam meningkatkan keprihatinan sosial terhadap orang lain terutama mereka yang kurang berkemampuan.
Contohnya, amalan bersedekah akan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.
Bersahur, berbuka serta menjalankan ibadah bersama-sama pasti dapat meningkatkan keharmonian dalam keluarga.
Menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi.
Oleh itu, bulan ini adalah satu latihan yang baik untuk meningkatkan kualiti ini dalam diri.
Kesimpulannya, bulan Ramadhan adalah masa yang penuh berkat dan pahala yang besar bagi umat Islam. Dengan memanfaatkan setiap peluang yang ada, sekaligus merebut kelebihan bulan Ramadhan. Mari jadikan bulan yang suci ini sebagai peluang untuk meningkatkan lagi keimanan, ketakwaan, dan kebaikan.
Selamat menjalani ibadah puasa!
Jangan lupa juga untuk tingkatkan tahap bacaan al-Quran anda dengan kelas mengaji online Azdan yang menarik dan efektif.
Dapatkan pembelajaran daripada ustaz dan ustazah bertauliah serta konsultasi peribadi secara percuma.
Jom sertai kami di Azdan hari ini!