Rugi Besar Kalau Tak Buat 9 Aktiviti Ini Bersama Keluarga Sepanjang PKP!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara Malaysia telah menjadi norma baharu bagi menyekat penyebaran virus Covid-19 ini. Jika dikira tempoh masa kita melaksanakan PKP ini ada dalam setahun lebih kita mengamalkan budaya Duduk Di Rumah. 

Menjadi kebimbingan, isu depresi & bunuh diri dalam kalangan ahli keluarga semakin meningkat terutamanya kanak-kanak. Maka, solusi kepada permasalahan ini jom kita amalkan 9 aktiviti ini bersama-sama keluarga sepanjang PKP kerana sangat rugi sekiranya anda tidak mulakan dengan aktiviti pertama ini! 

1. Indoor Games

Disebabkan kekangan untuk kita melakukan games di Outdoor, itu tidak menjadi penghalang bagi kita melakukan games secara Indoor. Antara permainan Indoor yang boleh dilakukan adalah berteka-teki atau membuat sesuatu dari bahan-bahan lego. Disamping dapat berseronok bersama ahli keluarga, kita juga dapat menguji daya ketahanan otak menyelesaikan game-game secara indoor ini.

2. Diet Challenge

Melaksanakan diet challenge bersama-sama keluarga tentu menjadi pengalaman yang menarik kerana mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga kita sendiri. Antara cara untuk melakukan diet challenge ini adalah dengan membuat giliran memasak makanan sihat & seimbang, jadual bersenam mengikut coach-coach yang terhandal dan sebagainya. Boleh juga meletakkan ganjaran sekiranya ada antara ahli keluarga yang tercapai berat badan ideal yang diinginkan dalam masa yang tertentu dengan cepat.

3. Mulakan Aktiviti Berkebun di Rumah

“Siapa yang menanam, dialah yang menuai”. Begitulah peribahasa sekiranya kita melakukan aktiviti berkebun di rumah bersama ahli keluarga. Faedah sekiranya kita berkebun di rumah tidak perlu untuk pergi ke pasaraya tambahan pula sedang PKP lagi menjimatkan masa dan juga wang ringgit.

4. Panggilan Video bersama Saudara Mara

Adakan panggilan video bersama saudara mara anda. Waktu ini adalah waktu yang sangat terbaik untuk mengeratkan semula ikatan silaturahim  yang renggang sebelum ini akibat tidak ada masa untuk berjumpa kekangan sibuk bekerja dan sebagainya. Ingat, jarak bersosial tidak bermakna anda tidak bersosial.

5. Berkelah atau Berkhemah di Laman Rumah

Aktiviti ini tentunya menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan bersama ahli keluarga. Jangan bersedih kerana tidak dapat melancong ke luar negara. Berkelah dan berkhemah di laman rumah juga menyeronokkan ditemani angin-angin dan pemandangan yang indah dari halaman rumah. Membuat BBQ juga boleh dijadikan sebagai cadangan aktiviti bersama ahli keluarga.

6. Menonton Filem

Pilih satu filem atau movie kegemaran salah seorang ahli keluarga, dan tonton secara beramai-ramai. Selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, ibu bapa juga akan lebih tahu dan memahami genre filem yang anak-anak minat, begitu juga sebaliknya.

7. Memasak ikut Resepi Ibu

Bila satu keluarga dah ada dekat rumah, ini lah masanya untuk anak-anak belajar memasak guna resepi air tangan ibu sendiri. Setiap hari belajar masak dan hidangkan satu resepi untuk seisi keluarga, cukup setahun dah boleh buka restoran ! 

8. Solat Berjemaah

Kalau dulu, tak banyak masa bersama keluarga sebab masing-masing keluar rumah di awal pagi, pulang pula sudah lewat petang. Jadi, tak ada kesempatan untuk anak-anak solat jemaah berimamkan bapa sendiri. 

Sekarang boleh dikatakan siang malam ibu bapa dan anak-anak berada di rumah, terutamanya yang work from home. Inilah peluang terbaik untuk membina sebuah keluarga sakinah, dengan melazimi solat jemaah setiap waktu bersama keluarga tercinta.

9. Tadarus Quran

Solat jemaah pun sudah, maka tak lengkap lah kalau tak diikuti pula dengan tadarus Al-Quran bersama keluarga. Sepanjang PKP ini, anda boleh khatam Quran berkali-kali sekiranya masa terluang diisi dengan tadarus Quran.

“Tapi bagaimana pula kalau saya ni mengaji pun masih merangkak-rangkak? Jangankan nak bertadarus dengan anak isteri, bahkan saya nak baca Quran sorang-sorang pun tak ada semangat.”

Itu salah satu contoh soalan yang sering diajukan oleh masyarakat kita hari ini. Jawapannya, belajarlah mengaji dari sekarang. Masih belum terlambat pun sebenarnya sebab selagi nyawa dikandung badan, selagi itu lah masih ada kesempatan untuk kita mencari ilmu dan berubah ke arah yang lebih baik. 

Secara tuntasnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya kerana Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu tanpa sebarang alasan. Sebenarnya banyak manfaat dan hikmah yang kita boleh perolehi daripada isu penularan Covid-19 di seluruh dunia sekarang ini. Cumanya terpulang ke atas diri masing-masing sama ada nak pandang setiap yang berlaku itu melalui mata lebah atau mata lalat.

Nak baiki bacaan Al-Quran? Jom sertai kelas mengaji bersama Azdan Quranic Center sekarang. Ustaz ustazah akan bimbing satu per satu dari kosong sampai mahir !

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457