Senangnya Kumpul Ganjaran Pahala dengan Mengamalkan 5 Ibadah Sunat ini di Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan salah satu bulan dari 12 bulan Islam yang terkandung banyak keistimewaan di dalamnya. Hanya ia satu-satunya bulan di mana Allah memerintah kan seluruh umat Islam agar berpuasa selama 30 hari seperti yang telah termaktub di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud, “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

Malah, Allah juga menjanjikan pahala berlipat ganda ke atas setiap ibadah sunat yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan. Siapa yang tidak suka akan sesuatu ganjaran yang berganda, kan? Inikan pula pahala yang akan dibawa hingga ke alam akhirat.

Persoalannya, apakah ibadah sunat yang mudah diamalkan selama satu bulan akan datang nanti? Mari saya bongkarkan kepada anda semua!

1. Menunaikan Solat Sunat Tarawih Setiap Malam

Solat Sunat Tarawih yang hanya khusus dilaksanakan semasa bulan Ramadhan jelas menunjukkan betapa istimewanya bulan mulia ini. Datang hanya setahun sekali, pantaskah ia disia-siakan begitu sahaja? Sudah tentu tidak!

Tarawih membawa maksud beristirehat. Oleh itu, ia sepatutnya dilaksanakan dalam keadaan yang tenang dan tidak tergopoh-gapah. Walaupun bilangan rakaatnya banyak, namun tidaklah badan berasa penat dan cepat mengah, terutamanya golongan warga emas.

Justeru itu, dapatlah kita tunaikan solat sunat Tarawih pada setiap malam meskipun hanya 8 rakaat. Asalkan tidak ditinggalkan terus. Kalau tinggal, rugi! Jadi, lebih baik buat walaupun sikit-sikit.

2. Melazimi Qiamullail atau Bangun Beribadah di Sepertiga Malam

Qiamullail ialah satu ibadah sunat yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Sudah namanya pun Qiamullail yang bermaksud bangun malam, maka semestinya ia dilaksanakan pada waktu malam sahaja.

Sebaik-baik waktu untuk bangun bermunajat kepada Allah adalah pada sepertiga hujung malam (kira-kira pukul 3 pagi). Qiamullail boleh dilakukan secara bersendirian ataupun secara berjemaah di masjid. 

Antara ibadah yang sesuai dilaksanakan semasa qiamullail ialah solat sunat taubat, solat tahajjud, solat hajat, solat witir, membaca al-Quran dan berzikir. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah serta memohon keampunan atas segala dosa kita.

3. Memperbanyakkan Amalan Sedekah

Seterusnya, antara pintu untuk meraih ganjaran besar di bulan Ramadhan adalah dengan bersedekah. Islam amat menggalakkan umatnya untuk saling membantu antara satu sama lain tidak kira sama ada dari segi harta benda mahupun tenaga

Tambahan pula di bulan Ramadhan, satu bulan di mana Allah menjanjikan pahala berganda. Jadi, tentunya amalan sedekah patut dijadikan satu keutamaan di samping ibadah-ibadah utama yang lain.

Ketika waktu berbuka puasa, ada baiknya jika kita yang berkemampuan ini memberi makan kepada golongan-golongan fakir miskin. Di samping kumpul pahala, kita juga sedang menggembirakan hati orang lain tanpa kita sedari.

4. Banyakkan Berdoa kepada Yang Maha Esa

Berdoalah pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada, kerana Allah sentiasa mendengar doa dan rintihan hambaNya. Malah ada jaminan daripada Allah untuk mengabulkan permintaan kita sepertimana firmanNya di dalam Surah al Ghafir, ayat 60 yang bermaksud

 “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Tambahan pula, terdapat beberapa waktu termakbul doa dalam bulan Ramadhan seperti waktu sahur, semasa berpuasa, dan sebelum iftar. Maka, manfaatkanlah masa-masa tersebut untuk memohon hajat kepada Allah.

5. Membaca al-Quran hingga Khatam

Al-Quran diturunkan bukanlah sebagai perhiasan untuk disimpan kemas di dalam almari kaca. Tetapi untuk dibaca, difahami dan diamalkan oleh seluruh umat Islam.

Membaca al-Quran merupakan satu ibadah sunat yang dikira sebagai berzikir kepada Allah.

Dari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: 

” Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf” “.

Kalau pada bulan lain selain Ramadhan pun sudah besar pahala mengaji, inikan pula pahala yang dijanjikan berganda di bulan puasa. Jadi, apa lagi? Rajin-rajinkanlah diri untuk membaca al-Quran sepanjang Ramadhan dan usaha untuk khatam sekurang-kurangnya sekali dalam satu bulan tersebut.

Tekan sini untuk dapatkan tips khatam Quran satu bulan.

Maka sudah terang lagi bersuluh, betapa mudahnya nak kumpul pahala di bulan Ramadhan kerana Allah sudah membuka peluang untuk kita dapat pahala berganda.

Jadi, latihlah diri dari sekarang untuk melakukan ibadah-ibadah sunat tersebut, kecuali solat sunat Tarawih. Hal ini adalah sebagai persediaan supaya nanti ketika Ramadhan, diri sudah terbiasa dan tidak kekok. Kalau belum pandai mengaji, maka mulalah belajar dari hari ini.

In Shaa Allah, sempena Ramadhan akan datang, AZDAN akan mengadakan Program Khatam Satu Bulan. Jom sertai untuk berpeluang khatam al-Quran dengan bacaan yang betul dan lancar!

Anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Ustaz dan Ustazah akan bimbing Anda dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai !

Nak Ustaz dan Ustazah Bimbing Anda, Mengaji satu per satu, Walaupun dari Kosong Hingga MahirBaca Al-Quran dengan Lancar ??

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457