Tadarus al-Quran: Adab dan Kelebihannya

Tadarus al-quran merupakan amalan yang seringkali diperkatakan apabila tibanya bulan Ramadan. 

Namun, adakah kalian tahu bahawa amalan ini juga boleh dilakukan di luar bulan mulia tersebut? 

Oleh itu, kami akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai definisi tadarus al-Quran, adab ketika mengamalkannya serta kelebihan amalan ini.

Definisi Tadarus al-Quran

Bacaan secara tadarus juga dinamakan Qiraatul Idarah (قراءة الإدارة). Kaedah bacaan al-quran ini merujuk kepada bacaan secara bergilir-gilir dalam sebuah kumpulan.

Bacaan tersebut akan disemak oleh ahli kumpulan yang lain untuk memastikan bacaannya betul. 

Selain itu, bacaan tadarus juga dapat membaiki tajwid secara amali sehingga tamat bacaan. 

Berdasarkan definisi di atas, bacaan secara bersendirian tidak memenuhi definisi tadarus. Ini disebabkan bacaan tersebut tidak disemak oleh orang yang mahir dalam ilmu tajwid. 

Tambahan pula, bacaan tadarus ini merupakan amalan yang amat digalakkan bagi memupuk budaya membaca al-Quran secara tertib. 

Adab-adab Ketika Bertadarus

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika bertadarus. Antaranya:

1. Berwuduk

Sebahagian para ulama bersepakat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram melainkan individu tersebut di dalam keadaan yang suci. 

Suci yang dimaksudkan ialah individu tersebut perlu memastikan dirinya bersih daripada hadas kecil mahupun hadas besar. 

Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: 

لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Maksudnya: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

(Surah al-Waqiah, 79)

Namun begitu, sekiranya individu tersebut berhasrat untuk membaca al-Quran melalui terjemahan ataupun aplikasi telefon pintar, maka hukum berwudhuk adalah sunat. 

Hal ini disebabkan kedua-dua medium itu tidak dikira sebagai mushaf al-Quran kerana ia tidak memenuhi takrifan mushaf al-Quran. 

2. Tempat yang sesuai

Pemilihan lokasi yang baik dan bersih memainkan peranan penting dalam kekhusyukan kita ketika membaca al-Quran.

Ketika memilih lokasi untuk memulakan tadarus al-Quran, anda perlu memastikan tempat tersebut bersih daripada najis dan kotoran. 

Selain itu, tempat itu juga perlu bebas daripada sebarang pencemaran bunyi, suasana yang hingar-bingar serta bebas daripada gangguan orang lain. 

3. Memulakan dengan ta’awudz

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآَنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: Apabila kamu membaca al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk.

(Surah an-Nahl, 98)

4. Membaca basmalah

بسم الله الرحمن الرحيم

Disunatkan menyebut basmalah iaitu lafaz ‘Bismilla hirahman nir rahim’ ketika memulakan segala urusan atau amalan harian agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT. 

Seperti sabda Nabi SAW:

كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ

Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus.

Riwayat Ibnu Majah (1894)

Imam Nawawi menghuraikan di dalam kitabnya mengenai “amalan yang terputus”. 

Individu yang tidak mengamalkan bacaan basmalah sebelum memulakan sesuatu perbuatan kurang menerima keberkatan. 

5. Menutup aurat

Disunatkan untuk menutup aurat ketika membaca al-Quran. Ini kerana terdapat banyak suruhan yang menuntut muslim untuk mengagungkan syariat Allah. 

6. Memberi perhatian kepada bacaan ahli tadarus

Memberi perhatian kepada bacaan ahli tadarus yang seterusnya adalah merupakan sebuah keperluan.

Ini akan memenuhi tujuan tadarus iaitu memperbaiki bacaan dan juga tajwid bagi setiap ahli.

Kelebihan Membaca Al-Quran Secara Tadarus

tadarus al quran

Amalan bertadarus ini dapat mempunyai kelebihan seperti yang berikut: 

1. Menguasai tajwid dan mengetahui tanda bacaan dalam al-Quran

Bacaan secara bergilir-gilir serta pengawasan daripada ahli yang lain dapat membantu anda untuk menguasai tajwid. 

Dalam pada itu, anda juga dapat memperbaiki bacaan al-Quran dengan lebih baik sepertimana yang dituntut oleh syarak Islam. 

2. Melatih diri istiqamah untuk membaca al-Quran

Bacaan secara bertadarus ini dapat melatih diri kita untuk beristiqamah untuk meneruskan membaca al-Quran. 

Dengan ini, kita dapat meneruskan amalan membaca al-Quran meskipun kita sibuk menguruskan hal-hal duniawi. 

Kesimpulannya, amalan tadarus al-Quran merupakan bacaan secara berkumpulan yang akan disemak oleh ahli kumpulan yang lain. 

Amalan ini bertujuan untuk memastikan agar pembacaan al-Quran dapat dilakukan secara tertib dan betul. 

Sebagai seorang Muslim, kita bukan sahaja perlu memperbaiki akhlak dan tingkah-laku. Pembacaan al-Quran secara bertajwid adalah dituntut di dalam Islam. 

Oleh itu, anda perlu mengambil serius mengenai adab sebelum memulakan tadarus al-Quran. 

Perkara ini akan membuatkan anda untuk sentiasa mengharapkan ganjaran yang melimpah daripada Allah. 

Semoga perkongsian pada kali ini bermanfaat kepada anda. Jemput baca artikel kami berkenaan hukum tajwid untuk mengulang-kaji hukum tajwid yang asas. 

Anda mahukan bimbingan lanjut untuk mempelajari al-Quran dan hukum tajwid? 

Anda boleh merujuk kepada orang-orang pakar seperti Azdan Quranic Centre supaya anda dapat menguasai kaedah yang tepat ketika membaca al-Quran.  

belajar mengaji

Azdan Quranic Center ada seminar khusus untuk anda cepat mahir membaca al-Quran berserta hukum tajwid!

Paling Best! Tak perlu lagi Pening Kepala hafal Berpuluh Hukum Tajwid dan buang masa bertahun-tahun untuk Pandai Mengaji!!

Ini adalah journey anda selepas mendaftar ke Program Mengaji Express:

  1. Journey anda bermula dengan mendaftar dalam Program Mengaji Express
  2. Anda akan hadir ke kelas Persediaan Mengaji Express sebanyak 3 kali, SETIAP Ahad Malam Isnin
  3. Selepas anda mendaftar, anda akan dapat masuk Group Facebook Mengaji Express, pengajian percuma dari hari Isnin hingga Jumaat pada jam 11 pagi.

Nak tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran? Jom sertai kelas mengaji Al-Quran bersama Azdan Quranic Center sekarang. Ustaz ustazah akan bimbing satu per satu dari zero ke pro!

Jom Daftar Sekarang