TAJWID ASAS YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMBACA AL-QURAN

TAJWID ASAS YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMBACA AL-QURAN

Tajwid merupakan perkara atau asas yang perlu diketahui untuk membaca Al-Quran dengan betul. Tanpa tajwid yang betul, seseorang itu tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik. Oleh itu, artikel kali ini akan menyentuh soal tajwid asas yang perlu diketahui sebelum membaca Al-Quran bagi mengelakkan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan ketika membaca Al-Quran.

Ilmu Tajwid ialah pengetahuan tentang kaedah serta cara-cara membaca Al-Quran dengan sebaik-baiknya.

Tujuan Ilmu Tajwid adalah untuk memelihara bacaan Al-Quran dari kesalahan dan perubahan serta memelihara lisan (lidah) dari kesalahan membaca.

Perkara yang utama dibahas dan dipelajari dalam Ilmu Tajwid ialah : Huruf-huruf hijaiyyah yang 29, dalam bermacam-macam harakah (barisnya) serta dalam bermacam-macam hubungan.
Huruf yang 29 itu ialah :

ا – ب – ت – ث – ج – ح – خ – د – ذ – ر – ز- س – ش – ص – ض – ط – ظ – ع – غ – ف – ق – ك – ل – م – ن – و – ه – ء – ي

Apabila disebut huruf hijaiyyah yang 28, maksudnya ialah huruf yang tersebut di atas itu, selain huruf alif.

Hukum mempelajarinya ialah Fardhu kifayah dan hukum beramal dengannya ialah fardhu ‘ain ke atas orang-orang Islam yang mukallaf dan berdosa serta dilaknat sesiapa yang membaca Al-Quran tanpa memelihara tajwid.

(Rujukan : Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani dalam Bahasa Melayu)

Saya ulangi semula ayat di atas, berdosa serta dilaknat sesiapa yang membaca Al-Quran tanpa memelihara tajwid. Ini beerti kita tidak boleh mengambil mudah saja terhadap tajwid Al-Quran.

Apa yang perlu dibuat adalah semak semula bacaan Al-Quran kita sama ada betul atau tidak sebutannya. Jika masih dalam keadaan ragu-ragu, rujuklah orang yang pakar dalam bidang ini agar kesalahan-kesalahan tajwid tidak berulang lagi.

Jangan lupa untuk like page kami di Facebook : Azdan Learning Center dan tinggalkan pendapat anda mengenai artikel ini di bahagian comment di bawah.
Terima kasih.. 🙂

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim