Terbongkar!! 5 Rahsia Khatam Al-Quran 30 Juzuk dalam bulan Ramadhan dengan MUDAH walaupun sibuk!

Seperti yang semua orang sedia maklum, bulan Ramadhan merupakan satu bulan bilamana Al-Quran diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Jadi, tentulah menjadi rebutan Umat Islam untuk berjaya khatam Quran setidaknya sekali dalam satu bulan tersebut.

Namun, berapa ramai kah dalam kalangan rakyat Malaysia yang mampu habiskan 30 Juzuk dalam tempoh 30 hari itu? Adakah diri kita termasuk golongan yang berjaya khatam atau sebaliknya?

Pelbagai isu timbul berkaitan kegagalan untuk capai target ‘30 juzuk satu bulan’ tersebut. Antaranya adalah kerana bacaan Quran yang masih merangkak-rangkak, keletihan berpuasa dan juga kesibukan tatkala di ambang Aidilfitri. Tapi, ada juga yang berjaya capai target dan di sebalik kejayaan pasti ada rahsia tersembunyi. Ayuh kita bongkarkan satu per satu!!

 1. Pastikan Bacaan Quran Lancar dan Tak Merangkak-rangkak

Keazaman dan semangat nak habiskan satu juzuk sehari seringkali terkubur atas alasan bacaan Quran yang tidak lancar dan tersangkut-sangkut.

Oleh kerana itu, hendaknya kita belajar mengaji terlebih dahulu sebelum berkejaran untuk khatam Quran. Hal ini bagi menjamin kualiti dan juga kelancaran bacaan.

Apabila bacaan Quran sudah lancar, maka lebih mudah dan cepatlah untuk capai target 30 Juzuk dalam tempoh 30 hari.

2. Tetapkan Target Satu Hari Satu Juzuk

Macam mana boleh baca Quran sampai juzuk ke 30 sebelum takbir Aidilfitri bergema?? Inilah rahsianya! Setiap hari sepanjang Ramadhan, pastikan berjaya tamat satu juzuk.

Tapi, bagaimana pula andaikata ada satu hari yang menyebabkan tergendala satu juzuk? Maka, solusinya adalah dengan baca dua juzuk keesokan harinya. Pastikan tidak ditangguhkan lama-lama. Nanti banyak pula juzuk yang perlu dihabiskan dalam sehari. Tak ke penat macam tu?

Jadi, manfaatkanlah setiap detik masa yang terluang sepanjang hari itu untuk habiskan bacaan dan capai sasaran sejuzuk sehari.

3. Habiskan 4 Halaman al-Quran Selepas Solat Fardhu

Bagi sesetangah orang yang lebih sukakan nombor yang spesifik untuk capai sasaran 30 juzuk 30 hari, bolehlah aplikasikan kaedah ini.

Mesti ramai antara kita yang belum tahu tentang jumlah mukasurat dalam satu juzuk al-Quran, kan? Baik, di sini penulis akan terangkan satu demi satu secara matematik.

Dalam setiap juzuk, terdapat 20 halaman dan kita diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam. Jadi, sekarang kita bahagikan 20 halaman dengan 5 waktu solat fardhu. Jawapannya adalah 4 halaman. Maka, setiap kali selepas selesai tunaikan solat fardhu, bacalah al-Quran sebanyak 4 halaman. Tak banyak pun, bukan?

4. Susun Jadual Waktu Baca Quran

Lain orang lain gaya hidup dan tak semua orang mempunyai banyak masa terluang seperti orang lain. Tambahan pula jika seseorang itu terikat dengan komitmen sebagai pekerja.

Jadi, agak sukar baginya untuk meluangkan masa untuk habiskan satu juzuk sehari atau 4 halaman setiap waktu solat. Justeru itu, solusinya adalah dengan menyusun jadual waktu khas untuk al-Quran.

Contohnya, peruntukkan satu jam sehari untuk baca Quran sebanyak yang mampu. Tapi, jika ada lebihan masa lapang, maka isilah dengan bacaan Quran. In Shaa Allah, dalam satu jam itu pun sudah boleh habis satu juzuk kalau bacaannya lancar dan tak tersekat-sekat.

5. Buat Checklist Masa

Akhir sekali, buatlah satu checklist untuk pastikan target bacaan Quran harian berada atas trek yang betul. Misalnya, setiap kali habis baca satu juzuk, tandakan ‘selesai’ pada senarai tersebut.

Bila kita tahu di mana kita berada, maka lebih lancarlah perjalanan menuju ke satu destinasi. Begitu jugalah dengan perjalanan menuju 30 juzuk sebelum menjelang raya.

Jadi, jelaslah betapa pentingnya untuk kita buat checklist ini. Supaya kita sentiasa berada atas trek dan tak tergelincir atau terpesong dari trek asal. Dengan checklist juga, boleh meningkatkan lagi semangat kita untuk khatam 30 juzuk. Sebab kita nampak sudah berapa juzuk habis dibaca dan berapa banyak juzuk lagi perlu dikejar.

Tuntasnya, uruslah masa dengan sebaik mungkin untuk capai sasaran 30 juzuk dalam tempoh 30 hari Ramadhan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Sesibuk manapun kita, peruntukkanlah secebis masa untuk al-Quran. 

Namun jika anda masih merangkak-rangkak mengaji, tapi punyai impian untuk khatam Quran satu bulan, maka belajarlah baca Quran dengan lancar. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitulah kalau mahu gapai impian, usaha mesti ada!!

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya” (HR Bukhari). Pahatkan hadis ini sekukuhnya dalam hati sanubari agar sentiasa bersemangat belajar mengaji.

In Shaa Allah, sempena Ramadhan ini, AZDAN akan mengadakan Program Khatam Satu Bulan. Nak khatam Quran satu bulan dengan bacaan yang betul dan lancar, Jom daftar sekarang!

Anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Nak Ustaz dan Ustazah bimbing Anda dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai ??

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457