Wang Hantaran Tinggi Melangit Tak Valid Kalau Tak Ada 5 Nilai Ini

Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan isu seorang wanita meletakkan nilai wang hantaran sebanyak 30K keatas kekasihnya yang hanya mempunyai pendapatan sederhana sebagai pegawai pemeriksa kesihatan. 

Persoalannya disini, adakah nilai hantaran yang tinggi itu selari dengan nilai yang dipupuk dalam diri seorang wanita itu? Jom kita tengok 5 nilai dibawah : 

1. BERSOPAN SANTUN

Cara paling mudah untuk menambat hati bakal mak mertua atau bapa mertua kita ini adalah dengan bertanya khabar. Apabila berjumpa mereka terus sahaja ringankan mulut untuk bertanya khabar. Tidak pun hubungi mereka sekali sekala dan bertanya khabar. 

Apabila pulang ke kampung, terus sahaja tanya khabar mereka kita anda bersalam. Jadi ini nampak anda mengambil berat tentang kesihatan mak dan bapa mertua kita ini. Ia nampak mudah tapi tak ramai yang buat.

2. PANDAI AMBIL HATI ORANG TUA

Sebagai seorang wanita yang terkenal dengan sifat kelembutan, mengambil hati orang tua adalah senjata yang tidak ternilai dan ini ramai yang terlepas pandang. Jangan sesekali letak gap antara anda dan mereka. Layanlah dan bergurau seperti mereka ini ibubapa anda. Jika anda meletakkan jarak pasti mereka ini akan mudah terasa hati. 

Yelah, hati orang tua ini mudah sangat tersentuh. Jika mereka menegur anda jangan tiba-tiba melenting. Jangan buat jarak seperti mereka ini tidak berhak menegur anda kerana anda bukan anaknya. Jangan macam itu.

Bila bab mak mertua kita kedekut tapi bila mak sendiri tidak apa pula. Ha, tidak berlaku adil di situ. Ibu bapa mertua ini sama sahaja tarafnya dengan ibu bapa kandung. Jadi belanja sahaja mereka sedikit barang dapur atau apa sahaja. Apabila kita pergi melancong, belikan sedikit buah tangan mereka. Barulah mereka rasa dihargai.

3. KUASAI ILMU RUMAHTANGGA

Sebagai bakal madrasah dalam sebuah keluarga, perkara paling utama yang perlu diterapkan dalam diri setiap wanita sebelum memasuki alam perkahwinan adalah ilmu rumahtangga.

Selain menghadiri kursus perkahwinan, para wanita juga hendaklah mempelajari tips-tips berumahtangga secara tidak formal, terutamanya daripada orang yang lebih berpengalaman.

Antaranya, belajarlah cara bagaimana untuk pikat hati suami, tips komunikasi berkesan antara suami dan isteri, kaedah yang betul dalam mendidik anak-anak dan juga cara bergaul baik dengan keluarga mertua.

4. BERPENGETAHUAN AGAMA

“Nilai hantaran ditetapkan berdasarkan tahap pendidikan seseorang wanita itu”. Demikianlah adat sesetengah masyarakat Melayu kita. Tidaklah menjadi sebuah kesalahan untuk mengamalkan adat sebegitu, namun berpada-padalah dalam meletakkan nilai mahar tersebut. Jangan terlalu tinggi nilainya hingga boleh membebankan pihak lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa pentingnya tahap pendidikan yang tinggi pada zaman era moden sekarang, tapi apalah gunanya andai si wanita itu tidak mempunyai pengetahuan agama atau dengan kata lain, cetek ilmu agamanya. Dapat kita lihat pada hari ini, betapa ramai isteri di luar sana yang berani menderhakai suami. Apa lagi puncanya, melainkan kerana nipisnya ilmu agama dalam diri.

Adalah menjadi peranan ibu bapa juga untuk menerapkan nilai-nilai dan pengetahuan agama ke dalam diri anak gadis mereka sejak dari kecil lagi agar kelak menjadi isteri solehah dalam melayari bahtera rumahtangga bersama suami.

Adalah menjadi peranan ibu bapa juga untuk menerapkan nilai-nilai dan pengetahuan agama ke dalam diri anak gadis mereka sejak dari kecil lagi agar kelak menjadi isteri solehah dalam melayari bahtera rumahtangga bersama suami.

5. PANDAI MENGAJI AL-QURAN DENGAN BETUL

Rupa paras elok, cantik jadi tarikan dan rebutan jejaka. Namun, indahnya akhlak seorang perempuan menjadi idaman dan impian para lelaki yang baik. Kecantikan wajah itu hanyalah nikmat sementara di dunia dan yang menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat sana adalah ilmu, iman, amal dan akhlaknya.

Sebelum bertukar status daripada bujang lalu bergelar isteri orang, pastikan diri sendiri pandai mengaji Al-Quran dan kenal hukum tajwid. Sudah menjadi kebiasaan, setiap muslimah yang berumahtangga tentu mengimpikan sebuah keluarga yang mawaddah sakinah wa rahmah, dan kesejahteraan sesebuah keluarga itu sebenarnya bergantung kepada pedoman baik yang ditunjukkan oleh suami kepada isteri dan juga didikan daripada ibu bapa kepada anak-anak.

Alangkah malunya apabila bergelar seorang ibu, tapi tak mampu mengajar anak sendiri untuk kenal alif ba ta. Oleh itu, kepada semua wanita sama ada yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin, timbalah ilmu agama sebanyak mungkin dan belajar mengaji dari sekarang. Tambah mana yang kurang, baiki mana yang salah. 

Demikianlah 5 nilai yang perlu diterapkan dalam diri seorang wanita sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Sebelum meletakkan wang hantaran yang bernilai tinggi, renung-renungkanlah sebuah hadis dari Nabi SAW berkaitan mahar yang perlu dimudahkan.

Rasulullah SAW bersabda:

 { خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ }

Maksudnya: Sebaik-baik pernikahan adalah yang dipermudahkan maharnya. (Riwayat Ibn Hibban (4072)

Secara konklusinya, pesanan mesra kepada ibubapa, jangan membebankan kaum Adam yang ikhlas hendak menghalalkan anak-anak. Jadilah seorang ibubapa yang menyokong dan menghargai usaha baik anak-anak kita untuk membina sebuah masjid demi memelihara kesucian agama Islam.

Nak tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran? Jom sertai kelas mengaji Al-Quran bersama Azdan Quranic Center sekarang. Ustaz ustazah akan bimbing satu per satu dari zero ke pro!

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera –>> https://azdan.ordersini.com/rotator/RgVj59mXnkD7/belajarmengaji

Jika ada sebarang soalan, sila berhubung dengan kami di sini :

  • Ustaz Zaim – 01156237455
  • Ustazah Nadia – 01156437457

Kami Di Sini

PT7458
A Jalan BBN 1/1A Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Hubungi Kami

E-mail
Telefon
011 - 56237455
Ustaz Zaim