Allah SWT telah menciptakan manusia itu hidupnya berpasang-pasangan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Naba:

وَخَلَقْنَـٰكُمْ أَزْوَٰجًۭا

Maksudnya: “Dan kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan.”

{QS: Surah An-Naba ayat 8}

Oleh itu, hidup berpasangan sudah menjadi fitrah dalam kehidupan manusia dan saling memerlukan antara satu sama lain untuk mencipta kebahagiaan bersama.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin semestinya mengimpikan kehidupan yang bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. 

Tapi… kalau sekadar cakap je nak bahagia sampai syurga lepastu perbuatannya tak menunjukkan langsung usaha nak ke syurga tak boleh juga.

Nak tips kekal bahagia bersama pasangan? 

Baca 7 Langkah Cipta Bahagia Bersama Pasangan di bawah!

#1 SOLAT JEMAAH BERSAMA PASANGAN

Sebagai umat Islam, solat adalah tiang agama. Kalau tak mampu nak jaga tiang agama, macam mana nak jaga tiang rumah tangga? Macam mana nak cipta keluarga bahagia?

Jadi, sebagai suami isteri kena lah sama-sama bertanggungjawab untuk saling mengingatkan antara satu sama lain. 

Sebagai contoh, kalau si isteri dah bangun awal untuk solat subuh, jangan lupa untuk bangunkan sekali si suami. Jangan biarkan je suami tu sedap tidur sampai lalai untuk solat subuh.

Begitu juga sebaliknya jika si suami yang bangun lebih awal. Kejutkan isteri dan ajak untuk tunaikan solat subuh secara berjemaah. 

#2 SELALU BERKOMUNIKASI DENGAN PASANGAN

Kebanyakan suami isteri sekarang ni masing-masing bekerja. Tak sama macam zaman datuk nenek kita dulu. Orang perempuan duduk di rumah dan menguruskan hal-hal rumah serta anak-anak.

Zaman sekarang dah berbeza menyebabkan suami isteri tu dua-dua sibuk dan ada tanggungjawab terhadap kerja masing-masing.

Hal itu juga lah yang boleh membuatkan hubungan suami isteri menjadi renggang. Yelah, bila balik rumah je, dua-dua dah penat dan masing-masing fikir nak rehat je.

Isu suami isteri bekerja ni tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan untuk tidak luangkan masa bersama. 

Memang betul, balik kerja tu masing-masing dah penat. Tapi, luangkan lah sedikit masa untuk berborak dengan pasangan. Tak perlu masa yang panjang pun, dapat borak 10-15 minit pun dah cukup.

Yang penting dalam sehari tu, pastikan ada masa yang diluangkan bersama pasangan.

#3 MAKAN SAMA-SAMA DENGAN PASANGAN

Aktiviti makan bersama ni nampak macam hal remeh je tapi sebenarnya perlu diamalkan kalau nak rumahtangga sentiasa bahagia.

Sebenarnya, waktu makan adalah waktu yang paling sesuai untuk luangkan masa bersama pasangan. Masa makan tu boleh lah bercerita tentang apa yang berlaku pada hari tu dan sebagainya.

Kalau waktu makan tengah hari tak dapat nak makan sama-sama atas kekangan kerja tu, takpa…

Makan malam kan ada… Jangan pula setiap malam nak keluar makan sambil lepak dengan kawan kat luar je…

Kalau boleh, makan malam tu luangkan lah untuk bersama pasangan. Lagi bagus kalau makan masakan isteri di rumah. Paling bagus lagi kalau dapat luangkan masa untuk masak sama-sama, kemudian makan sama-sama.

#4 JANGAN BANDINGKAN PASANGAN DENGAN ORANG LAIN

“Tengok suami orang tu, selalu belikan isteri hadiah”.

“Cuba lah awak ni jadi macam isteri orang tu, rajin masak untuk suami dia”.

Haa ingat ya… Jangan sesekali keluarkan kata-kata macam tu kalau nak cipta bahagia bersama pasangan. Siapa je yang suka bila dibanding-bandingkan dengan orang lain? 

Semua orang tak suka… Betul tak?

Nak tegur pasangan tu ada caranya. Yang pasti bukan dengan cara membandingkan pasangan dengan orang lain. Elok-elok niat untuk menegur dah boleh jadi bergaduh dan kecilkan hati pasangan pula.

Jadi, suami isteri kena ingat tau bila nak tegur pasangan tu, jangan sesekali gunakan ayat-ayat yang ada unsur-unsur membandingkan pasangan dengan orang lain.

#5 BANYAKKAN PUJIAN TERHADAP PASANGAN

Pujian ini juga merupakan salah satu perbuatan yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan pasangan suami isteri. Ramai yang tak tahu pujian terhadap pasangan ni sebenarnya penting dan boleh meningkatkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Nak tahu sebab apa?

Apabila kita memberi pujian kepada pasangan, ia akan meningkatkan keyakinan diri pasangan dan mampu juga untuk membuatkan pasangan menjadi gembira dan berbunga-bunga.

Tak susah pun nak bagi pujian ni… Lagi-lagi untuk orang perempuan. Puji dia cantik pun dah boleh buatkan dia berbunga-bunga dan senyum sampai ke telinga.

Haa… Senang je kan? Lepas ni selalu-selalu lah puji pasangan masing-masing ya…

#6 SELALU BERTOLAK ANSUR DENGAN PASANGAN

Sikap bertolak ansur ini sangat diperlukan dalam kehidupan berumah tangga. Suami dan isteri perlu memainkan peranan dalam hal ini.

Bertolak ansur ni boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi. Antaranya, suami bantu isteri buat kerja rumah atau jaga anak. Contoh, isteri tengah sibuk masak di dapur, suami tolong lah tengokkan anak… Jangan sibuk layan Facebook je…

Bagi pihak isteri pula, apa salahnya kalau sesekali tu bagi “chance” suami keluar dengan kawan-kawan lelaki dia. Jangan jadi “queen control” pula.

Suami dan isteri mesti pandai untuk memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan kehidupan berpasangan yang bahagia. 

#7 BERMAAFAN DENGAN PASANGAN SEBELUM TIDUR

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri”

Dalam kehidupan sebagai suami isteri ni, tak banyak sikit mesti akan ada selisih faham, kecil hati dan sebagainya. Kadang-kadang tu kita sendiri tak sedar yang kita ada terkecilkan hati pasangan.

Jadi, amalkan lah bermaafan dengan pasangan setiap kali sebelum tidur. Jangan sampai tidur dalam keadaan tidak bertegur dengan pasangan.

Pasangan kita tu hanya pinjaman daripada Allah SWT. Kita sendiri tak tahu berapa lama Allah SWT pinjamkan dia untuk kita. Bila-bila masa je Allah SWT boleh ambil balik dia daripada kita.

Sekarang ni pun, dah banyak berlaku kes-kes meninggal dunia dalam keadaan tidur.

Jangan sampai menyesal di kemudian hari. Selalu-selau lah minta maaf dan memaafkan sesama pasangan setiap hari. 

Itulah dia 7 Langkah Cipta Bahagia Bersama Pasangan! Sebenarnya, langkah-langkah ini memang dah diterapkan dalam agama Islam.

Dalam Al-Quran sendiri ada banyak menceritakan tentang cara-cara mencipta bahagia dengan pasangan. Nabi Muhammad SAW sendiri pun dah menunjukkan contoh-contoh mencipta bahagia bersama pasangan.

Itulah istimewanya agama Islam, ajarannya lengkap dan meliputi seluruh aspek kehidupan. Semua persoalan telah dijawab dalam Al-Quran sebab itu lah sangat rugi kalau kita tidak membaca Al-Quran. 

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.