Kalau sebut tentang buah kurma pasti anda semua akan teringat tentang bulan Ramadhan kan? Rasanya yang manis dengan kandungan gula semula jadi menyebabkan ramai orang menjadikannya sebagai juadah utama untuk bersahur dan berbuka sepanjang Ramadhan.

Bukan itu sahaja, manfaat buah kurma terhadap kesihatan juga menjadikannya terkenal di Timur Tengah sejak ribuan tahun lagi. Malah, berbuka puasa dengan kurma adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW.

Anda semua mesti selalu dengar yang buah kurma ni banyak manfaatnya kan? Tapi, mesti masih ramai yang tidak tahu secara mendalam tentang manfaat buah kurma ni.

Jom kami nak kongsikan beberapa manfaat buah kurma yang mungkin ramai tidak tahu.

#1: Menguatkan Memori

Mesti ramai yang belum tahu bahawa buah kurma dapat meningkatkan daya ingatan seseorang. Mesti selama ni ramai yang ingat makanan sunnah yang dijadikan amalan untuk menguatkan memori adalah kismis sahaja. 

Betul tak?

Sebenarnya, dapat menguatkan memori juga antara manfaat buah kurma yang ramai belum tahu. Menurut pakar perubatan, Potassium dalam kurma merupakan sesuatu yang penting dalam sistem saraf kita. 

Oleh itu, kurma dapat menambahkan kecekapan dan ketajaman otak. Jadi, buah kurma ni boleh dijadikan sebagai makanan harian untuk mengukuhkan memori dan ia sangat bagus untuk golongan pelajar.

2: Melancarkan Sistem Pencernaan

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, pengambilan buah kurma dapat melegakan masalah anda. Manfaat buah kurma dalam mengatasi masalah pencernaan ini adalah berdasarkan kandungan seratnya yang sangat baik untuk tubuh.

Satu kajian oleh Healthline telah dijalankan dan menunjukkan bahawa, orang yang makan 7 biji kurma setiap hari, sistem pencernaan mereka menjadi lebih lancar berbanding sebelum mengamalkan buah kurma.

Jadi, siapa yang ada masalah dengan sistem pencernaan tu bolehlah cuba amalkan makan buah kurma ni supaya kita sama-sama dapat merasai manfaat buah kurma ni.

#3: Membantu Mengatasi Anemia

Anemia atau darah rendah adalah penyakit yang menyebabkan kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu badan.

Jika anda mengalami Anemia, badan akan mudah merasa letih, lemah dan boleh juga menyebabkan pening kepala. Kepada penderita Anemia, cuba amalkan memakan buah kurma sebagai rutin harian sebagai makanan tambahan anda. 

Anda perlu tahu bahawa manfaat buah kurma ini adalah daripada kandungannya yang kaya dengan sumber nutrien yang tinggi, mineral, vitamin, antioksidan, enzim dan serat untuk badan. 

Anda juga boleh melayari pautan di bawah ini untuk mengetahui kandungan sumber nutrien yang terdapat dalam buah kurma.

#4: Mencegah Penyakit Jantung

Anda semua tahu tak bahawa kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung telah meningkat 2 kali ganda sepanjang musim pandemik.

Uish biar betul ?!

Jadi, untuk pastikan diri kita terhindar daripada penyakit yang boleh membawa maut ini, kita juga boleh amalkan buah kurma sebagai pemakanan harian atau makanan tambahan.

Buah kurma terkandung di dalamnya kalium yang tinggi dan merupakan elektrolit yang amat diperlukan tubuh bagi menjaga kesihatan jantung. 

Manfaat buah kurma adalah ia mengandungi kalium yang tinggi yang merupakan elektrolit yang diperlukan tubuh untuk menjaga kesihatan jantung anda. 

Buah kurma juga kaya dengan sumber potassium yang dapat menurunkan tekanan darah sekaligus dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit lain yang berkaitan dengan jantung.

#5: Sumber Tenaga Yang Cepat

Pasti ramai sudah tahu tentang manfaat buah kurma yang boleh membekalkan sumber tenaga yang bagus dan cepat. Buah kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa.

Karbohidrat ringkas yang terdapat dalam buah kurma adalah mudah terurai dan bertukar menjadi sumber tenaga yang mampu membekalkan dan mengembalikan tenaga dengan cepat.

Oleh itu, tidak hairanlah ia sesuai untuk diambil semasa bulan Ramadhan sama ada pada waktu sahur dan juga waktu berbuka. Ianya dapat membekalkan tenaga yang secukupnya walaupun sedang menjalani ibadah puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila diantara kalian berpuasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada kurma, maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”.

{Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim}

#6: Baik Untuk Kesihatan Tulang

Anda semua nak tahu tak kenapa salah satu manfaat buah kurma adalah untuk kesihatan tulang? 

Ianya kerana, kandungan mineral dan kalsium yang tinggi dalam buah kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang.

Manfaat buah kurma juga dapat membendung penyakit tulang seperti Osteoporosis. Menyediakan kalsium dan vitamin D secukupnya seharian adalah satu cara yang paling selamat dan paling murah bagi mengatasi osteoporosis dan mengurangkan risiko kepatahan tulang.

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara pencegahan osteoporosis boleh klik pada pautan dibawah.

OSTEOPOROSIS 101: Satu Panduan Pencegahan dan Rawatan

#7: Baik Untuk Ibu Hamil

Mesti ramai di antara kalian pernah dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu”.

{Surah Maryam 19:25-26}

Jadi, manfaat buah kurma ini memang tidak dapat dipersoalkan lagi. Menurut kajian juga, buah kurma bagus untuk wanita hamil dan memudahkan untuk proses kelahiran.

Selain itu, manfaat buah kurma juga dapat dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Jika ibu yang sedang hamil mengamalkan buah kurma, ianya akan memberikan khasiat yang baik untuk bayi dalam kandungan.

Jelaslah bahawa buah kurma ini adalah makanan sunnah yang mempunyai banyak manfaat jika kita mengamalkannya. Kalau anda semua nak tahu, ada banyak lagi tau makanan sunnah lain yang mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh.

Ianya boleh juga didapati di dalam Al-Quran dan juga hadis nabi. Sebenarnya, manfaat buah kurma dan makanan sunnah yang lain banyak dinyatakan dalam Al-Quran tau.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.