Cara Belajar Mengaji Dengan Mudah Dan Betul

Ingin belajar mengaji dengan betul secara pantas dan mudah?

“Ada ke cara yang pantas, mudah dan betul sekaligus tetap berkesan?”

Pastinya ada! Sebab itu anda sedang membaca artikel ini! 

Jom sambung baca sehingga ke penghujung artikel ini untuk mengetahui cara belajar mengaji dengan mudah dan betul.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Belajar Mengaji?

Apa-apa pun yang kita hendak lakukan, haruslah dimulakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah taala. 

Pertama sekali, pastikan diri anda dalam keadaan yang tenang. Kosongkan fikiran anda daripada hal-hal yang dapat mengganggu konsentrasi. 

Kedua, pastikan suasana tempat anda belajar mengaji itu adalah kondusif. Hal ini agar anda tidak mudah terganggu dengan celoteh orang yang berada disekeliling.

Ketiga, catatlah nota sewaktu sesi belajar mengaji berlangsung. 

Walaupun boleh sahaja menaip di laptop, kajian menunjukkan bahawa dengan menulis nota menggunakan pen atau pensel dapat mempercepatkan proses pemahaman terhadap sesuatu.

Keempat, bertanyalah kepada ustaz atau ustazah anda jika anda kurang memahami akan sesuatu.

Bertanyakan soalan dan berdiskusi sama ada dengan guru atau rakan-rakan sama mengaji dapat memastikan pemahaman anda itu tepat selain dapat menelitinya dari pelbagai sudut.

Selain itu, belajar mengaji dalam lingkungan waktu yang singkat iaitu kurang dari 60 minit adalah lebih baik berbanding lebih dari itu.

Hal ini kerana minda kita lebih mudah serap dan menyimpan maklumat dalam lingkungan waktu yang disyorkan berikut. 

Cara Belajar Mengaji

belajar mengaji

Cara belajar mengaji yang berkesan tertakluk kepada usaha dan ketekunan seseorang individu. Antara caranya: 

  1. Belajar mengenal huruf dalam al-Quran

Untuk menguasai pembacaan al-Quran, perkara paling asas adalah keupayaan mengenal huruf-huruf dalam al-Quran.

Pelajarilah bagaimana huruf-huruf berikut bersambung, bagaimana ingin menyebutnya secara asing dan sebagainya.

Jangan malu atau risau walaupun usia telah lanjut untuk belajar mengaji. Tiada siapa yang marah, Allah pun tak murka.

Malah, Allah sangat sukakan hamba-hambaNya yang berusaha untuk memperbaiki diri mereka kearah yang jauh lebih baik. 

  1. Belajar mengaji 

Apabila anda sudah mula kenal huruf-huruf al-Quran, anda boleh segera ke peringkat seterusnya.

Iaitu menyambung huruf-huruf berikut dan membacanya dalam bentuk ayat yang sah. 

Sebagaimana yang telah Allah berfirman di dalam al-Quran; ayat terjemahannya [73:4]:

“… dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan (tarteel)” 

Bermakna, asas dalam membaca al-Quran adalah dengan kelajuan yang tertib kerana haq al-Quran untuk dibaca dengan betul. 

  1. Belajar hukum tajwid dalam al-Quran
belajar mengaji

Setelah dapat mengenal huruf-huruf al-Quran dan berjaya membaca ayat-ayat al-Quran secara tarteel, anda boleh mula mengenal hukum-hukum tajwid.

Hukum tajwid ini kira macam ‘grammar’ la kalau dalam bahasa Inggeris ataupun ‘tatabahasa’ kalau dalam bahasa kita. 

Jadi, kalau ingin mengaji dengan alunan yang merdu, tajwid perlu diperbaiki dahulu. Malah, mempelajari hukum tajwid adalah wajib keatas semua Muslimin dan Muslimat.

Untuk menjadi seorang qari al-Quran yang hebat, individu tersebut perlu mahir tentang selok-belok hukum tajwid yang sangat indah.

Perlu ke jadi qari hebat? Terpulanglah kepada anda. Tapi ingat, kita ingin mahir mengaji kerana siapa? Kerana Allah taala.

Ketahuilah banyak pahala yang dapat kita peroleh dengan setiap sebutan huruf didalam al-Quran. 

Betapa beruntungnya kita sebagai umat Islam dan betapa kita dikasihi oleh Allah dan Rasulnya, Rasulullah SAW. 

Akhir kalam, ambillah kesempatan memperbaiki bacaan mengaji ataupun belajar mengaji walaupun dari zero. 

Banyak mukjizat al-Quran yang dapat kita manfaatkan seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَه

Maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

Riwayat al-Bukhari (5027)

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran.

Moga Allah S.W.T memberikan keringanan dan keikhlasan kepada kita dalam beribadah kepadaNya dan juga memberkati segala amal perbuatan kita.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda semua!

Anda mahukan bimbingan lanjut untuk lebih cepat belajar mengaji dan hukum tajwid?

Boleh rujuk pakar, Azdan Quranic Center untuk anda cepat mahir dalam menguasai kaedah dan teknik membaca al-Quran.

belajar mengaji

Azdan Quranic Center ada seminar khusus untuk anda cepat mahir membaca al-Quran berserta hukum tajwid!

Paling Best! Tak perlu lagi Pening Kepala hafal Berpuluh Hukum Tajwid dan buang masa bertahun-tahun untuk Pandai Mengaji!!

Ini adalah journey anda selepas mendaftar ke Program Mengaji Express:

  1. Journey anda bermula dengan mendaftar dalam Program Mengaji Express
  2. Anda akan hadir ke kelas Persediaan Mengaji Express sebanyak 3 kali, SETIAP Ahad Malam Isnin
  3. Selepas anda mendaftar, anda akan dapat masuk Group Facebook Mengaji Express, pengajian percuma dari hari Isnin hingga Jumaat pada jam 11 pagi.

Nak tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran? Jom sertai kelas mengaji Al-Quran bersama Azdan Quranic Center sekarang. Ustaz ustazah akan bimbing satu per satu dari zero ke pro!

Jom Daftar Sekarang!