Nak selesaikan masalah mengaji Al-Quran merangkak-rangkak?
"Kelas PERCUMA Terbaru Mengikut Topik Pilihan Yang Menyelesaikan Masalah Mengaji Al-Quran"
Berita Baik untuk Anda, Ustaz nak berikan Mini Kelas “Nak Kuasai Huruf”

13 JULAI - 24 OGOS 2023 [7 MINGGU]
SETIAP HARI KHAMIS
9:00 - 10:00 PM
SECARA ONLINE DI YOUTUBE KHAS AZDAN OFFICIAL
TESTIMONI
“APA KATA MEREKA”



"Ustaz Ustazah nak bantu ANDA untuk mengaji Al Quran dengan bacaan huruf yang betul..."


Bernilai RM99
Pengajian Yang Penuh Dengan Pengisian Di Setiap Hari Khamis Dengan Al-Quran.
Kelas ini PERCUMA sahaja!
Ustaz Ustazah akan tanggung kos pengajian ini dan anda cuma perlu kosongkan waktu untuk belajar Al Quran sahaja.
Tuan Puan yang dirahmati Allah,
Ustaz Ustazah sediakan satu Mini Kelas khas untuk Kuasai Huruf Al-Quran dengan kaedah yang Mudah dan Ringkas. Program ini berfokus untuk membantu masyarakat mahir membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah yang mudah dan cepat. Sesuai untuk semua peringkat umur, mereka yang baru nak belajar baca Quran dan yang nak mantapkan bacaan Quran anda. Dibimbing oleh para asatizah AZDAN yang mesra dan berpengalaman. Belajar dan fahami Al- Quran dengan lebih baik supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
Siapa yang patut join seminar ini
- Nak faham dan kuasai huruf kaedah Azdan
- Takut bila diminta jadi imam solat
- Malu nak belajar dengan guru
- Nak belajar baca Al Quran
- Sebutan huruf yang kurang tepat
Jika anda ada masalah di atas, ustaz sarankan anda untuk cuba sertai kelas kuasai huruf ini....
DALAM KELAS NAK KUASAI HURUF, ANDA AKAN DIBIMBING BERFOKUS
- Perbezaan sebutan huruf Dzal dan Zai.
- Menyebut huruf Ro walaupun berlidah pendek.
- Cara betul dan sempurna sebut huruf Dhod.
- Kaedah nak bezakan sebutan huruf Hamzah dan 'Ain.
- Kuasai cara lancar mengaji dengan makhraj yang betul.
- Kesalahan yang sering Diabaikan Ketika membaca Al Quran.
- Teknik berkesan nak sebut sin dan tsa yang selalu tersilap bacaan.
Antara slot yang menarik dalam Kelas Nak Kuasai Huruf Ni
Kupasan setiap topik untuk kelas ini akan dibimbing oleh guru yang mahir tajwid dan bacaan Al Quran serta pengisian akan dibahagikan mengikut surah yang telah ditetapkan.
Selain itu juga, Kami bawakan kepada anda sesi Tahsin On The Spot.
MAKLUM BALAS PELAJAR TENTANG AZDAN



KENAPA PERLU SERTAI KELAS NAK KUASAI HURUF INI?

Penat dan boleh jadi tak semangat nak mengaji Al-Quran bila kerap kali tersilap bacaan Al Quran. Sebab tulah kena cari guru yang bertauliah bagi memudahkan anda untuk lebih lancar untuk mengaji dengan bacaan Al-Quran yang Baik.
- Kaedah mudah mengaji secara asas dan tajwid.
- Formula mudah kuasai huruf.
- Menguasai ringkasan sifat huruf Al-Quran.
- Lama tinggal Al Quran makin tak kenal huruf.
- Ragu-ragu dalam membaca Al Quran.
Macam mana Kaedah Azdan dapat bantu anda cepat lancar mengaji?
Jom tonton video penerangan
dibawah 👇
ANTARA PELAJAR YANG BERJAYA DAPATKAN MODUL PERCUMA



Tahniah kerana menjadi yang terawal dapatkan Modul Azdan Fastrack Bootcamp!
Semoga menjadi panduan dan asbab untuk mahir bacaan
Al Quran.
PENTING KE BELAJAR HURUF ?
Minggu 1
21 Mei 2023
8.30 malam – 9.30 malam
Persoalan yang perlu dijawab dan menjadi persoalan masyarakat sekarang bila nak belajar mengaji Al-Quran.
5 CHECKLIST JUASAI HURUF
Minggu 2
28 Mei 2023
8.30 malam – 9.30 malam
Sebelum mula sesuatu perlulah ada ada senarai semakan supaya tak ada yang tertinggal dalam menguasai huruf.
KENALI HURUF-HURUF BIBIR DAN HIDUNG
Minggu 3
4 Jun 2023
8.30 malam – 9.30 malam
Setiap bunyi yang keluar daripada mulut perlu ada cara iaitu antaranya melalui bibir dan hidung mengikut huruf tertentu.
KAEDAH KUASAI HURUF TAFASYI & TAKRIR
Minggu 4
11 Jun 2023
8.30 malam – 9.30 malam
Huruf tafasyi dan takrir ada kaedah yang terbaik untuk memudahkan penguasaan huruf ketika membaca Al-Quran.
TEKNIK MUDAH FAHAMI HURUF TEBAL & NIPIS
Minggu 5
18 Jun 2023
8.30 malam – 9.30 malam
Huruf tebal dan nipis mudah difahami dengan teknik yang betul sewaktu membaca Al-Quran.
CARA BETUL SEBUT KALIMAH ALLAH
Minggu 6
25 Jun 2023
8.30 malam – 9.30 malam
Kalimah Allah yang sering disebut masih ada yang kurang tepat tanpa kefahaman sifat huruf. Jom belajar cara yang betul.
KENALI BUNYI "S" DALAM HURUF HIJAIYAH
Minggu 7
2 Julai 2023
8.30 malam – 9.30 malam
Dalam huruf Hijaiyah ada bunyi “S” yang perlu diketahui agar bacaan Al-Quran tepat pada bunyinya.
KESALAHAN SERING DIABAIKAN KETIKA MEMBACA AL-QURAN
Minggu 8
9 Julai 2023
8.30 malam – 9.30 malam
Penting dan boleh berdosa bila mengabaikan cara-cara bacaan yang betul ketika membaca Al-Quran.
8 TOPIK PENTING NAK KUASAI HURUF
LAIN QIRAAT, LAIN MAKHRAJ, BETUL KE?

Minggu 9
13 Julai 2023
9:00 malam – 10:00 malam
Setiap qiraat berbeza mempunyai makhraj khas bagi huruf hijaiyyah. Ketahui asas-asas makhraj untuk perkemaskan bacaan.
MACAM MANA NAK BEZA SEBUT HURUF DZAL DAN ZAI

Minggu 10
20 Julai 2023
9:00 malam – 10:00 malam
Huruf dzal dan zai yang ramai tertukar dan tersilap cara sebutan. Fahami perbezaan cara sebutan dua huruf tersebut.
BETUL KE LIDAH PENDEK TAK BOLEH SEBUT RO?

Minggu 11
27 Julai 2023
9:00 malam – 10:00 malam
Huruf ro boleh disebut secara sempurna walaupun lidah kita pendek. Tapi bagaimana caranya?
SEBENARNYA MACAM MANA NAK SEBUT HURUF DHOD?

Minggu 12
3 Ogos 2023
9:00 malam – 10:00 malam
Huruf dhod antara huruf yang orang selalu tersalah sebut kerana tidak mengetahui teknik sebutan yang betul.
TIPS BEZAKAN SEBUTAN HURUF HAMZAH DAN 'AIN

Minggu 13
10 Ogos 2023
9:00 malam – 10:00 malam
Tips mudah untuk membezakan sebutan Hamzah dan ‘Ain yang betul sewaktu membaca Al-Quran.
MENGAJI SEDAP DAH TAPI MAKHRAJ TERABUR?

Minggu 14
17 Ogos 2023
9:00 malam – 10:00 malam
Makhraj sangat penting kerana jika sebutan tidak tepat boleh mengubah makna perkataan. Jom perbaiki bacaan.
DIMANA HUJUNG LIDAH KETIKA SEBUT SIN DAN TSA?

Minggu 15
24 Ogos 2023
9:00 malam – 10:00 malam
Huruf sin dan tsa akan keluarkan bunyi berbeza jika kedudukan lidah tak betul.
"Nantilah.......Ada masa nanti baru belajar mengaji Al-Quran"
Alasan demi alasan dibagi untuk tidak belajar mengaji Al-Quran. Sampai bila nak tunggu masa ada? Yang kita kerap nampak mereka yang banyak masa hanyalah mereka yang terlantar sakit dan tak boleh kemana-mana. Takkan kita nak jadi sampai macam ni? Minta Allah jauhkan perkara begini dalam hidup kita.
Jom kita bersyukur dengan apa yang kita dah ada sekarang dengan kita curi masa untuk belajar Al-Quran. Mini Kelas Nak Kuasai Huruf ini anda boleh tebus secara PERCUMA dengan hanya isi form dibawah sahaja.
Daripada Uthman Bin ‘Affan, bahawa Rasulullah SAW bersabda
” Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya. “
(Al Bukhari)
SERTAI KELAS PERCUMA NAK KUASAI HURUF SEKARANG
HANYA ISI BORANG DIBAWAH NI SAHAJA.
