
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ
“Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah”.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
“Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah”.
Nabi Muhammad SAW adalah nabi akhir zaman yang dipilih oleh Allah SWT. Baginda merupakan seorang manusia yang paling disayangi oleh Allah SWT sehingga digelar sebagai kekasih Allah.
Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Kota Mekah Al-Mukaramah.
Oleh itu, tarikh 12 Rabiulawal pada setiap tahun Hijrah, umat Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang disebut sebagai sambutan Maulidur Rasul.
Hebatnya manusia bernama Muhammad SAW ini, walaupun baginda telah wafat beratus tahun lamanya, hari lahir baginda masih lagi disambut sehingga hari ini.
Anda semua tahu tak ada banyak peristiwa besar yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW ?
Jom kami kongsikan Peristiwa Besar Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang merupakan sebuah kelahiran yang membawa rahmat.
#1 TERPANCAR CAHAYA YANG TERANG
Pada malam kelahiran Nabi Muhammad SAW, cahaya daripada rumah bapa baginda menyinari bangunan-bangunan yang tinggi di negeri Syam.
Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar daripada rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Ibu Uthman binti Abdash berkata:
“Aku menyaksikan ketika Aminah melahirkan Rasulullah, keluar cahaya yang menyinari seluruh rumah. Di saat itu aku sedang berada di rumahnya. Kemanapun kami melihat, yang terlihat adalah cahaya.”
{Hadis Riwayat Imam At-Thabrani dan Al-Haitami dalam Kitab Majma’}
Kesaksian ini dikuatkan lagi dengan pengakuan oleh ibunda Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu Siti Aminah dalam Kitab Al-Khasaish Al-Kubra karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi:
ورأيت نورا ساطعا من رأسه حتى بلغ السماء
“Aku menyaksikan cahaya memancar dari kepala bayiku Muhammad hingga menembus langit.”
#2 KEMUSNAHAN BERHALA SEMBAHAN
Daripada Abdul Mutalib:
“Ketika aku sedang berada di Ka’bah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ‘telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan menyucikanku daripada berhala- berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan kepada Yang Maha Mengetahui.”
Riwayat di atas menceritakan salah satu keajaiban besar yang telah berlaku pada malam saat kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Di saat lahirnya baginda ke dunia, berhala pun runtuh dan musnah. Subhanallah !
Kenapa berhala sembahan orang kafir musnah pada malam itu ?
Kemusnahan berhala itu adalah sebagai bukti bahawa patung-patung sembahan orang kafir itu akan dibersihkan oleh bayi baru lahir yang diberi nama Muhammad bermaksud Yang Sangat Terpuji.
Sungguh, kelahiran Muhammad yang akan menjadi insan mulia itu sememangnya akan membawa rahmat kepada sekelian alam dan menjadi utusan Allah SWT untuk menyebarkan agama Islam.
#3 KEKALAHAN TENTERA ABRAHAH
Haa.. Kisah tentang tentera bergajah milik Raja Abrahah yang menyerang Ka’bah ni memang popular daripada zaman sekolah lagi.
Betul tak ?
Peristiwa ini berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Angkatan tentera bergajah Raja Abrahah dari Yaman datang ke Kota Mekah bertujuan untuk menyerang dan menghancurkan Ka’bah.
Walaubagaimanapun, pasukan tentera bergajah itu telah berjaya dikalahkan oleh sekawan burung Ababil yang membawa batuan dari api neraka dikirimkan oleh allah SWT dan membuat serangan dengan melemparkan batuan tersebut.
Jika difikirkan dengan logik akal, tak mungkin tentera bergajah boleh dikalahkan dengan sekawan burung yang jauh lebih kecil saiz dan kekuatan mereka.
Tapi, tidak ada apa-apa yang mustahil dengan kuasa dan keizinan Allah SWT.
Oleh kerana peristiwa kekalahan tentera bergajah itu lah yang menjadikan tahun tersebut digelar sebagai Tahun Gajah di mana ia juga adalah tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Itulah dia antara peristiwa besar yang ajaib dan pelik berlaku kerana kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Sebenarnya, ada banyak lagi peristiwa ajaib yang berlaku bermula dari sebelum kelahiran sehingga selepas kelahiran baginda Muhammad SAW.
Kisah-kisah tersebut banyak diceritakan dalam kitab suci Al-Quran tentang pelbagai mukjizat yang dikurniakan Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Oleh sebab itu lah, kita sebagai umat Islam sangat dituntut untuk membaca dan mempelajari Al-Quran kerana ianya juga salah satu mukjizat teragung yang diturunkan kepada seluruh umat Islam melalui baginda Muhammad SAW.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang