Siapa Cakap Belajar Tajwid Tu Susah Kalau Bukan Dengan 5 Cara Ini!

Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T:

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا ﴿٤

Maksudnya: dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

Surah al-Muzammil (4)

Imam al-Mawardi menafsirkan ayat ini bahawa yang dimaksudkan daripadanya adalah suruhan untuk membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya, jangan merubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal, ibarat aturan gigi yang kemas apabila asasnya sama dan tersusun rapi, ini adalah apa yang dikatakan oleh Ibn Bahr. [Lihat: Tafsir al-Mawardi; 6/126].

Syeikh al-Sa’di berkata, tartil disini memberi makna bahawa tartil al-Quran adalah dengannya dapat mentadabbur dan berfikir, dan menggerakkan hati dengannya, dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan ayat-ayatNya, dan melakukan persediaan yang sempurna keranaNya. [Lihat: Tafsir al-Sa’di; hlm.892].

Selain itu, suruhan dan juga galakan agar membaca al-Quran dengan baik dan bertajwid boleh dilihat pada sabda Nabi Muhammad S.A.W:

وَزَيِّنُوا القُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ

Maksudnya: “Dan hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.”

 Riwayat al-Bukhari (792), [Lihat: Shahih al-Bukhari; 9/158]

Dan juga Rasulullah S.A.W bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ”‏‏‏.‏ وَزَادَ غَيْرُهُ ‏”يَجْهَرُ بِهِ”

Maksudnya: “Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak memperindahkan bacaan al-Quran”. Sebahagian yang lain menyebut ”menyaringkannya” Riwayat al-Bukhari (7527)

Maksud umum yang boleh kita fahami dari kedua-dua hadith ini dan juga pada ayat al-Quran di atas, bahawa Islam menuntut umatnya yang membaca al-Quran agar membacanya dengan bacaan yang baik lagi elok, dan boleh juga kita fahami bahawa Islam menyuruh kita agar membaca al-Quran dengan bertajwid.

Tajwid dari sudut bahasa ialah menjadikan sesuatu itu baik dan elok (lawan kepada buruk). Manakala dari sudut istilah pula ia bermakna memberikan atau meletakkan setiap satu huruf apa yang patut baginya (haknya) dari segi sifat-sifat huruf seperti menyatakan atau menyembunyikan, dan juga apa yang dimestikan baginya dari segi apa yang terhasil daripada sifat-sifat itu seperti tebal, nipis dan sebagainya. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 10/177].

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tajwid ialah sebutan atau lafaz yang betul dan sedap didengar. Imam Ibn al-Jazari berkata:

فَالتَّجْوِيدُ هُوَ حِلْيَةُ التِّلَاوَةِ، وَزِينَةُ الْقِرَاءَةِ، وَهُوَ إِعْطَاءُ الْحُرُوفِ حُقُوقَهَا وَتَرْتِيبُهَا مَرَاتِبَهَا، وَرَدُّ الْحَرْفِ إِلَى مَخْرَجِهِ وَأَصْلِهِ، وَإِلْحَاقُهُ بِنَظِيرِهِ وَتَصْحِيحُ لَفْظِهِ وَتَلْطِيفُ النُّطْقِ بِهِ عَلَى حَالِ صِيغَتِهِ، وَكَمَالِ هَيْئَتِهِ ; مِنْ غَيْرِ إِسْرَافٍ وَلَا تَعَسُّفٍ وَلَا إِفْرَاطٍ وَلَا تَكَلُّفٍ

Maksudnya: Tajwid adalah perhiasan bagi tilawah (bacaan), iaitu memberikan huruf-huruf hak mereka dan susunan mereka berdasarkan kedudukan mereka, dan meletakkan atau memulangkan huruf pada tempat keluarnya dan pada asalnya, dan melampirkannya dengan apa yang seumpamanya, dan membetulkan lafaznya, dan melembutkan sebutannya berdasarkan kepada bentuknya, dan juga keadaannya, tanpa melebih-lebih dan juga terkurang.

[Lihat: al-Nasyru fi al-Qira’at al-‘Asyr; 1/212]

Rupa-rupanya, tajwid tu ada persamaannya dengan Bahasa Melayu. Jika dalam Bahasa Melayu, kita panggil sebagai Tatabahasa. Sebenarnya, untuk belajar membaca bertajwid ni tidak sukar pun kalau tahu menggunakan metodologi yang betul dan tepat. 

Mengapa Belajar Tajwid?

Ada beberapa sebab:

  1. Dapat menjaga lidah kita daripada melakukan kesalahan semasa membaca Al-Quran.
  2. Tidak melakukan kesalahan sewaktu menyebut bacaan-bacaan Al-Quran yang berkaitan dengan bacaan panjang dan pendek setiap huruf dalam Al-Quran.
  3. Mengelakkan kesilapan sewaktu menyebut bacaan-bacaan yang perlu dibaca dengan dengung.
  4. Mengelakkan daripada mengubah makna bacaan apabila sesuatu huruf dibunyikan dengan bunyi yang kurang tepat.

Penting kan untuk kita belajar mengaji quran bukan setakat belajar sahaja tapi menjadi kewajipan untuk mendalami dengan lebih terperinci tentang hukum-hukum tajwid. 

Betul ke Ustaz belajar tajwid ni FARDU KIFAYAH? Betul…kalau tak percaya cuba baca hukum belajar tajwid dibawah 👇👇👇👇👇

Hukum Belajar

Hukum belajar tajwid adalah Fardu Kifayah.

Fardu Kifayah – Apabila ada sebahagian daripada penduduk di suatu tempat yang belajar, maka semua penduduk di tempat itu terlepas daripada dosa.

Hukum membaca Al-Quran bertajwid pula adalah Fardu Ain.

Fardu Ain – Wajib atas setiap muslim.

Maknanya, jika masih belum boleh membaca Al-Quran bertajwid – wajib belajar!

Insyaallah jika kita berusaha untuk belajar, pasti sentiasa di permudahkannya.

Jadi, apa 5 langkah untuk belajar tajwid dengan mudah ?

#1 Ikuti kelas dari institusi al-Quran

Saat ini, terdapat banyak institusi tempat belajar Al-Quran di setiap negero. Bagi anda yang baru hendak belajar tajwid boleh mengikuti program di institusi tersebut, jangan malu, tidak pernah terlambat untuk memulakannya. Ingat, jika anda ingin menyempurnakan bacaan Al-Quran, anda mesti menguasai ilmu bacaan. Akan ada ganjaran yang besar bagi mereka yang ingin belajar. Jangan putus asa dan merasakan usia anda sudah terlambat kerana masih dikurniakan nyawa, selagi itulah anda perlu menuntut ilmu Al-Quran terutamanya dalam bahagian Tajwid.

#2 Menggunakan buku/rujukan yang mudah difahami

Sebagai tambahan kepada institusi al-Quran yang mudah dicari, kini terdapat banyak rujukan yang boleh anda gunakan. Setiap manual ini mempunyai kaedah yang berbeza, dan pastikan kaedahnya mudah dikuasai dan difahami.

#3 Terus ulangi untuk selalu mengingat dan mengamalkannya 

Tidak cukup hanya mempelajarinya sekali, anda harus terus mengulanginya untuk mengingat dan membiasakannya. Kerana ilmu tajwid sangat luas dan banyak. Sekiranya anda sering mengulangi bahan yang telah dipelajari, ini akan memudahkan anda membiasakan diri dan memahami dengan mudah bagaimana menyempurnakan bacaan Al-Quran.

#4 Belajar mengaji sendiri melalui YouTube

Kami tahu, ramai yang cuba belajar mengaji sendiri melalui YouTube. Sebenarnya, tidak salah. Ilmu itu boleh dipelajari melalui apa-apa medium.

Banyak channel yang mengajar secara percuma. Hanya perlu subscribe dan tonton.

Sebagai seorang pelajar yang baru mahu bermula, anda perlu mengikuti siri pengajaran oleh YouTuber tersebut dari mula.

Cuma masalah besar apabila belajar melalui YouTube ialah, tidak ada sesiapa yang akan menegur kesilapan anda.

Pelajaran juga menjadi one-way communications kerana tidak ada feedback.

#5 Belajar mengaji dengan berguru

Berbeza dengan YouTube dan Facebook, belajar mengaji dengan berguru dengan guru Al Quran itu banyak perbezaannya.

Kami sarankan agar berguru dengan yang pakar. Ini kerana, jika kita berguru, kesalahan yang kita lakukan dapat dibetulkan.

Ini boleh mengelakkan kita dari mengulang kesalahan bacaan yang sama.

Jangan malu jika masih lagi baca merangkak dan tidak lancar. Tugas seorang guru adalah membimbing. Lama-kelamaan, bacaan anda akan jadi lancar juga.

Jika anda tidak suka untuk belajar secara berkumpulan, boleh sahaja ambil kelas mengaji secara persendirian atau belajar mengaji online.

Jangan pernah timbul rasa malu kerana sudah dewasa.

Jika anda perlukan bimbingan untuk belajar Al Quran dengan mudah tanpa perlu keluar rumah ? Jom sertai Kelas Mengaji Azdan dan anda akan dibimbing satu per satu oleh Ustaz Ustazah Profesional Kaedah Azdan !

Jom Daftar Sekarang