Azdan Sdn Bhd ditubuhkan pada 17 September 2020 bertujuan untuk membantu masyarakat Islam yang menghadapi kesukaran membaca Al-Quran untuk kembali belajar Al-Quran bermula dari peringkat asas sehingga mahir dengan menggunakan kaedah belajar Al-Quran inovasi paling terkini, mudah dan cepat.
Alhamdulillah berbekalkan niat dan misi, setelah lebih dari satu tahun berjuang, kini Azdan telah membantu lebih 1,000 peserta yang menyertai pelbagai program dan seminar anjuran Azdan Quranic Center dari pelbagai peringkat umur untuk lebih mengenali, mencintai dan berakhlak dengan Al-Quran.
Selain itu, terdapat juga pengajian intensif yang dijalankan di pusat Azdan Quranic Center setiap minggu dengan menggunakan kaedah & modul yang dikarya berdasarkan 10 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan Al-Quran dengan bimbingan dari guru yang mahir dan bertauliah.
Beberapa inovasi pendidikan Al-Quran telah dihasilkan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pembelajaran Al-Quran. Antaranya adalah Teknik Belajar Asas Quran dalam masa lima hari, Workbook Asas Quran Pasak & Gerak, Modul Sifir Tajwid, Buku 195 Hukum & Kesalahan dalam Al-Fatihah dan lain-lain lagi. Terkini, sedang membangunkan Portal E-Learning belajar mengaji Al-Quran secara online.
Selain itu, Azdan Training & Consultancy juga telah melancarkan “Kempen Pendidikan Al-Quran” dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak awal tahun 2018 agar dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya Al-Quran dan agama dalam kehidupan.