10 Cara Belajar Membaca Al-Quran Untuk Beginners

Sebagai umat Islam, terdapat pelbagai perkara yang kita wajib melakukan seperti belajar membaca Al-Quran sejak kita dari kecil lagi. Namun pada masa kini, semakin ramai orang memandang remeh terhadap perkara ini dan menyebabkan mereka tidak tahu cara untuk membacanya.

Jangan risau! Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 10 cara dan tips membaca Al-Quran bagi beginners atau bagi mereka yang ingin memperbaiki bacaan. Teruskan membaca artikel untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Kenapa Perlu Terus Belajar Membaca Al-Quran?

Selain dari dapat pahala, terdapat juga kebaikan lain yang anda akan menikmati jika anda terus belajar membaca Al-Quran dengan baik.

Berikut adalah beberapa manfaat:

1. Menjadi Syafaat di Hari Akhirat

Jika anda selalu membaca Al-Quran, ia akan menjadi syafaat pada hari akhirat dan akan membantu anda untuk masuk syurga. 

Allah akan menjadikan Al-Quran menjadi saksi supaya anda dapat syafaat. Ini boleh dilihat di dalam suatu hadis di mana Abu Umamah r.a melaporkan:

“Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. 

(Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)

2. Pembaca Menjadi Mulia

Mereka yang selalu membaca orang Al-Quran akan sentiasa didampingi malaikat rahmat. Darjatnya juga akan diangkat oleh Allah SWT.  

Ini disebut di dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”.

(Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

3. Membuat Kita Tenang

Membaca Al-Quran juga boleh membuatkan hidup kita tenang dan nyaman. Ini kerana penghuni rumah yang membaca Al-Quran akan diberikan pahala, rahmat dan juga keberkatan.

Dengan itu, semua orang di rumah tidak akan rasa stres dan membaca bersama-sama dengan ahli keluarga juga boleh mengeratkan silaturahim.

10 Cara Belajar Membaca Al-Quran

Di sini kami akan memberi anda beberapa tips untuk belajar membaca Al-Quran terutamanya pada kanak-kanak.

1. Ceritakan Kelebihan Membaca

Bagi kanak-kanak atau mereka yang baru kenal Islam, mereka mungkin tidak tahu akan kelebihan yang akan diperoleh jika mengamalkan bacaan Al-Quran.

Anda boleh ceritakan kepada mereka tentang pahala atau manfaat yang mereka akan dapat. Dengan itu, mereka dapat tahu tujuan dan sebab mereka perlu membaca kitab suci ini.

2. Kenalkan Huruf Hijaiyah

Ini adalah cara yang sangat penting untuk memperkenalkan bacaan asas kepada kanak-kanak atau mereka yang baru belajar.

Anda tidak perlu lagi menggunakan cara yang lama seperti di dalam buku dan boleh menggunakan perkara seperti puzzle, video atau game yang berkaitan untuk menarik perhatian mereka.

3. Sistem Ganjaran

Bagi mereka yang mempunyai anak yang malas atau yang kurang memberi perhatian, anda boleh mewujudkan sistem ganjaran untuk mereka.

Selepas beberapa ayat yang mereka berjaya baca, anda boleh memberi hadiah kecil seperti coklat sebagai ganjaran untuk mereka.

Jika mereka suka, ia boleh membuatkan mereka lebih bersemangat untuk belajar.

4. Mengajar Dengan Mudah

Anda tidak perlu memperkenalkan mereka dengan silibus yang susah kerana mereka masih muda dan tidak tahu baca dengan betul lagi.

Silibus di dalam iqra’ adalah pilihan yang bagus untuk mereka kerana isi kandungan sangat sesuai bagi kanak kecil atau mereka yang baru sahaja belajar.

5. Wujudkan Jadual

Ini sangat penting supaya mereka tidak akan lupa bacaan atau lupa apa yang mereka belajar. Anda boleh buatkan jadual supaya dapat mencari waktu sesuai.

Anda tidak perlu buat sesi bersama mereka setiap hari kerana mungkin terdapat hari mereka letih dari sekolah. Buatkan jadual supaya dapat mengelakkan masalah ini.

6. Selalu Pasang Bacaan

Anda juga boleh memasang bacaan Al-Quran apabila anak anda masih kecil supaya mereka biasa mendengarnya. Bagi ibu mengandung, anda digalakkan untuk membuat perkara ini.

Selain dari audio, anda juga boleh memasang video di Youtube untuk anak. Kini, terdapat video di Youtube yang berwarna-warni yang boleh mengaut perhatian anak-anak untuk terus mendengar.

7. Ceritakan Kisah dan Maksud

Selain dari hanya membantu mereka belajar membaca Al-Quran, anda juga boleh menceritakan kepada mereka kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.

Terdapat banyak cerita teladan untuk anak-anak anda pelajari yang anda boleh cerita kepada mereka.

Cerita-cerita begini boleh mendorong mereka untuk bukan sahaja memperbaiki bacaan mereka, tetapi juga untuk mempelajari bahasa arab supaya dapat memahami Al-Quran untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah teladan dalam Al-Quran.

8. Doa Untuk Mereka

Selain dari mengajar, anda juga boleh sentiasa doakan anak anda atau rakan yang masih belajar untuk kebaikan mereka.

Ini kerana kuasa doa sangat kuat. Oleh itu, memperbanyakkan doa supaya semua berjalan dengan lancar.

9. Menjadi Contoh Baik

Kanak-kanak kecik sudah pasti akan mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, pastikan anda menunjukkan contoh yang baik.

Anda boleh mengajak mereka solat berjemaah atau belajar membaca Al-Quran bersama supaya mereka dapat dengar bacaan yang betul.

Ini juga boleh dilakukan dengan ahli keluarga lain atau rakan anda yang tidak mahir dengan perkara ini.

10. Membeli Kelengkapan

Cara terakhir untuk memastikan anak anda dapat belajar membaca Al-Quran dengan baik adalah untuk membeli kelengkapan yang sesuai dengan mereka.

Ini termasuk Al-Quran yang baru, rehal, penunjuk dan sebagainya.  Jika mereka lihat semua barang itu baru, sudah pasti mereka akan bersemangat.

Kesimpulannya, keperluan dan kesedatan untuk belajar membaca Al-Quran sangat penting bagi semua umat Islam.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart