Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
Maksudnya:
“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya.”
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sangat menggalakkan umat-Nya supaya selalu baca Al-Quran dalam kehidupan seharian untuk kebaikan di dunia dan akhirat kelak.
Semua mesti dah tahu tentang manfaat serta ganjaran yang diperolehi daripada baca Al-Quran ni kan ?
Tapi cuba tanya pada diri masing-masing, bila kali terakhir kita semua baca Al-Quran ?
Hmm.. Rugi sangat tau kalau kita tak rebut peluang untuk dapatkan ganjaran yang Allah SWT berikan kepada orang yang istiqamah baca Al-Quran !
Jom kami kongsikan 5 Cara Nak Istiqamah Baca Al-Quran !
#1 Buat Reminder Pada Smartphone
Mesti anda pernah set reminder pada smartphone masing-masing kan ?
Tak kisah lah untuk dapatkan free shipping Shopee atau reminder untuk tengok drama dan sebagainya.
Pernah kan ?
Kalau anda boleh usaha untuk ingat tentang drama dan membeli belah, apa salahnya kalau usaha juga untuk ingat tentang baca Al-Quran.
Apa kata lepas ni anda set reminder untuk baca Al-Quran pulak. Bila dah ada reminder nanti, tiada lagi alasan untuk tak baca Al-Quran sebab terlupa.
Anda boleh tetapkan waktu untuk baca Al-Quran tu ikut kesesuaian masa anda sendiri. Baca Al-Quran tidak semestinya perlukan masa yang lama, luangkan 5-10 minit pun dah mencukupi.
Yang penting, istiqamah untuk baca Al-Quran setiap hari. Banyak ganjaran yang boleh diperolehi.
In Sha Allah…
#2 Sediakan Ruang Khas
Suasana yang selesa dan tenang adalah sangat penting untuk memastikan kita istiqamah baca Al-Quran. Bila ada tempat yang kondusif, baru lah kita lebih fokus untuk baca Al-Quran.
Kalau baca Al-Quran dengan suasana yang bising dan banyak gangguan, mesti tak seronok kan ?
Jadi, cuba lah untuk sediakan satu ruang khas untuk baca Al-Quran di rumah anda.
Ruang khas ni tidak semestinya anda kena bina satu bilik lain di rumah, boleh je jadikan bilik tidur ataupun ruang solat yang ada di rumah sebagai tempat baca Al-Quran.
Apa yang penting adalah anda dapat luangkan masa dan fokus untuk baca Al-Quran tanpa gangguan dalam ruang tersebut.
Selain itu, anda boleh juga jadikan surau atau masjid yang berdekatan dengan rumah sebagai tempat untuk anda baca Al-Quran.
Masjid atau surau yang merupakan rumah Allah semestinya lebih tenang dan sangat selesa untuk melaksanakan ibadah seperti baca Al-Quran.
Berlipat ganda pahala yang akan diperolehi nanti tau !
#3 Baca Bersama Rakan
Sesuatu perkara tu kalau dilakukan ramai-ramai mesti jadi lebih seronok dan menarik kan ?
Sama juga macam baca Al-Quran ni, kalau dapat dilaksanakan secara ramai-ramai atau lebih tepat disebut sebagai Tadarus Al-Quran mesti lebih seronok.
Baca Al-Quran secara tadarus ni sebenarnya banyak manfaat yang diperoleh seperti berpeluang untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran sesama sendiri.
Kalau kita baca Al-Quran sendirian ni kadang tak sedar yang sebutan atau bacaan kita tu ada yang kurang tepat.
Haa jadi cubalah baca Al-Quran dengan rakan-rakan! Secara tak langsung mereka dengar dan betulkan kalau ada kesilapan.
Bukan itu sahaja, kumpulan tadarus ni sebenarnya dapat mengingatkan antara satu sama lain untuk baca Al-Quran. Kalau ada yang terlupa, boleh lah rakan yang lain tolong ingatkan.
Baca Al-Quran ramai-ramai ni tidak semestinya secara fizikal. Pada zaman teknologi ni, tiada masalah untuk baca Al-Quran bersama-sama secara online. Banyak Apps yang boleh digunakan seperti Zoom, Google Meet dan banyak lagi.
Jom ajak rakan-rakan untuk sama-sama istiqamah baca Al-Quran.
#4 Gunakan Media Sosial
Hidup zaman serba canggih ni, sebenarnya ada banyak sangat platform online yang membolehkan kita untuk baca Al-Quran secara online je.
Antara platform media sosial yang sering digunakan untuk kelas-kelas mengaji sekarang adalah Facebook. Mesti anda semua ada Facebook kan ?
Biasanya Facebook ni digunakan untuk berinteraksi dengan rakan dan saudara yang jauh. Berita atau isu-isu semasa juga boleh didapati daripada Facebook ni.
Betul tak ?
Tapi bila dah ada kelas-kelas mengaji dijalankan secara Live di Facebook ni, boleh lah kita sama-sama join untuk memperbanyak lagi baca Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Semoga media sosial seperti Facebook ni dapat digunakan untuk perkara yang bermanfaat seperti baca Al-Quran serta menjadikan kita lebih istiqamah untuk baca Al-Quran.
In Sha Allah…
#5 Cari Tempat Belajar Al-Quran
Ramai sebenarnya yang jadikan “tak pandai mengaji” sebagai alasan untuk tak baca Al-Quran.
Kalau tak pandai atau tak lancar baca Al-Quran, boleh belajar dan perbaiki bacaan tu dari masa ke masa. Kita sebagai umat Islam sememangnya dituntut untuk mempelajari Al-Quran.
Sebagaimana hadis daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya:
“Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.
Jadi, jangan pernah berhenti belajar terutamanya tentang Al-Quran. Ada banyak kelas mengaji yang menawarkan pelbagai pakej untuk belajar Al-Quran.
Anda boleh lah cari tempat mengaji yang sesuai dengan apa yang anda inginkan atau masalah yang anda hadapi dalam baca Al-Quran.
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang