10 Nasihat Al-Quran Sebagai Pedoman

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT adalah sebagai petunjuk kepada umat Islam. Di dalamnya terdapat banyak nasihat Al-Quran yang dapat dijadikan sebagai pedoman.

Setiap bait Al-Quran terkandung pembelajaran dan pengajaran bagi umat Islam yang mana ianya sangat berkait rapat dalam kehidupan seharian.

Membaca Al-Quran serta menghayati maknanya adalah sangat menenangkan kerana semakin banyak kita membaca Al-Quran, semakin banyak nasihat Al-Quran yang akan diperolehi.

Jika anda sedang dalam kesusahan atau kesedihan, bacalah Al-Quran dan fahami isi kandungannya dengan lebih mendalam. Maka, anda akan mendapat petunjuk serta ketenangan hati.

In Sha Allah…

Jom kami kongsikan kepada anda 10 Nasihat Al-Quran Sebagai Pedoman !

#1 Manfaat Kebaikan

Firman Allah SWT:

اِنَّ الْحَسَنٰتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّاٰتِۗ

Maksudnya:

“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan.”

{QS: Surah Hud Ayat 114}

Nasihat Al-Quran dalam ayat di atas adalah supaya umat Islam sentiasa berbuat kebaikan dalam kehidupan seharian agar dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan. 

Sesungguhnya, kita sebagai manusia biasa tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada kepada Allah mahupun sesama manusia.

#2 Allah Tempat Berlindung

Firman Allah SWT:

وَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ ۗوَكَفٰى بِاللّٰهِ وَكِيْلًا

Maksudnya:

“Dan bertawakallah kepada Allah dan cukuplah Allah sebagai pemelihara”.

{QS: Surah Al-Ahzab Ayat 3}

Sebagai umat Islam, kita wajib meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Oleh itu, ayat di atas merupakan nasihat Al-Quran kepada umat manusia supaya tidak meminta pertolongan daripada perkara yang syirik seperti bomoh dan sebagainya.

Sesungguhnya, perbuatan menduakan Allah adalah BERDOSA BESAR !

#3 Allah Maha Melihat

Firman Allah SWT:

وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيْرًا

Maksudnya:

“Dan adalah Tuhanmu Maha Melihat”

{QS: Surah Al-Furqan Ayat 20}

Ayat di atas merupakan peringatan kepada manusia supaya sentiasa melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Nasihat Al-Quran di atas juga adalah supaya kita sentiasa berbuat kebaikan sama ada secara terang-terangan mahupun secara berselindung.

Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

#4 Memohon Ampunan

Firman Allah SWT:

وَاسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوْبُوْٓا اِلَيْهِ ۗاِنَّ رَبِّيْ رَحِيْمٌ وَّدُوْدٌ

Maksudnya:

“Dan mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sungguh, Tuhanku Maha Penyayang, Maha Pengasih.”

{QS: Surah Hud Ayat 90}

Setiap manusia digalakkan untuk sentiasa bertaubat kepada Allah SWT kerana manusia sifatnya lalai dan sering melakukan dosa kepada Allah SWT tanpa sedar mahupun sedar.

Oleh itu, nasihat Al-Quran di atas adalah untuk mengingatkan setiap manusia supaya tidak bertangguh dalam bertaubat sebelum nyawa ditarik oleh malaikat maut kerana kematian itu tidak mengenal masa.

#5 Kesenangan Yang Menipu

Firman Allah SWT:

وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

Maksudnya:

“Kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

{QS: Surah Ali Imran Ayat 185}

Ayat di atas merupakan nasihat Al-Quran kepada umat Islam supaya jangan terlalu mengejar kekayaan di dunia sehingga melupakan amalan-amalan wajib yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Oleh itu, mengumpul kekayaan di dunia perlulah seiring dengan mengumpul amalan untuk kebaikan serta kesejahteraan di akhirat kelak.

#6 Mati Itu Pasti

Firman Allah SWT:

اِنَّ الْمَوْتَ الَّذِيْ تَفِرُّوْنَ مِنْهُ فَاِنَّهٗ مُلٰقِيْكُمْ

Maksudnya:

“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu”.

{QS: Surah Al-Jumuah Ayat 8}

Nasihat Al-Quran bagi ayat di atas adalah jelas untuk mengingatkan manusia supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian kerana mati itu pasti.

Macam mana persediaan yang baik ?

Sudah pasti lah sentiasa melakukan amal soleh dan melaksanakan segala perintah Allah serta meninggalkan segala larangan-Nya.

#7 Bersyukur

Firman Allah SWT:

لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ

Maksudnya:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu.”

{QS: Surah Ibrahim Ayat 7

Ayat di atas jelas memerintahkan supaya manusia sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah dalam bentuk apa sekali pun.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Oleh itu, nasihat Al-Quran tentang bersyukur ini sangat sesuai dijadikan pedoman oleh semua umat Islam agar kita semua sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan. 

#8 Tabah Menghadapi Ujian 

Firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

{QS: Surah Al-Baqarah Ayat 286}

Nasihat Al-Quran ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang ditimpa sesuatu musibah atau ujian.

Janganlah mudah berputus asa apabila mendapat sesuatu ujian kerana Allah SWT telah menjanjikan bahawa Allah tidak akan menguji lebih daripada kemampuan hambaNya.

Oleh itu, anda pasti boleh menghadapi ujian yang diberikan dengan baik dan lihatlah ujian tersebut daripada sudut positif kerana pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. 

#9 Kata-Kata Yang Baik

Firman Allah SWT:

وَقُوْلُوْا لِلنَّاسِ حُسْنًا

Maksudnya:

“Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada sesama manusia.”

{QS: Surah Al-Baqarah Ayat 83}

Nasihat Al-Quran kepada semua umat Islam supaya sentiasa menggunakan kata-kata yang baik apabila bercakap sesama manusia tidak kira tua atau muda kaya atau miskin.

Sesungguhnya kita semua sama sahaja di sisi Allah SWT. 

Apabila kita sentiasa bercakap baik sesama manusia, orang di sekeliling juga akan menyenangi kita malah mendoakan kebaikan untuk kita.

InsyaAllah…

#10 Kewajipan Solat

Firman Allah SWT:

اِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِ

Maksudnya:

“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar”.

{QS: Surah Al-Ankabut Ayat 45)

Kita sering dengar bahawa solat itu tiang agama kan ?

Sesungguhnya setiap perkara yang diwajibkan ke atas kita itu pasti ada sebab serta hikmah disebaliknya.

Sebagaimana nasihat Al-Quran dalam ayat di atas bahawa dengan menunaikan solat dapat mencegah daripada perbuatan yang keji.

Hal ini kerana apabila kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT pasti kita dipelihara daripada perbuatan yang menjadi larangan-Nya.

Itulah sebahagian nasihat Al-Quran yang boleh dijadikan sebagai panduan serta pedoman untuk kita menjalani kehidupan seharian sebagai umat Islam yang berjaya.

Sebenarnya, banyak lagi nasihat Al-Quran yang boleh kita jadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan jika kita sering membaca Al-Quran serta menghayati maksudnya. 

Malah, ada pahala yang begitu besar untuk mereka yang membaca dan menghayati Al-Quran dan amat rugilah kepada mereka yang tidak berusaha untuk mempelajari Al-Quran.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

    Comments are closed