Kami mulakan dengan memetik hadis Riwayat Muslim dan Bukhari, daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW telah berbisik kepadaku:

أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي

Maksudnya:

“Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang”. 

Dalil di atas adalah merujuk kepada peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW sendiri berguru dengan Jibril AS secara bertalaqqi. Baginda diajarkan kalamullah yang dizahirkan iaitu ‘Iqra’. 

Demikianlah juga para nabi dan rasul yang lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah SWT. 

Jadi, penting atau tidak sebenarnya berguru ni kalau nak menuntut ilmu? Lebih-lebih lagi kalau nak belajar mengaji. 

Jawapannya ya sangat penting! Bayangkan, anda memang tak pandai mengaji tapi anda sebenarnya teringin sangat nak belajar. Mesti anda akan buat sesuatu tindakan kan? Salah satunya anda akan usaha untuk cari guru mengaji. 

Tapi yelah kadang tu pening nak cari guru mengaji yang macam mana kan? Haa betul tak? Tak apa, itu normal. Jom kami bantu selesaikan masalah anda!

1) Pakar dalam bidang yang ingin diajarinya

Sebagai anak murid, anda haruslah mencari guru yang sememangnya pakar dalam bidang tersebut. Misal kata mahu belajar mengaji, maka anda perlulah merujuk kepada mereka yang ahlinya. 

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 43, 

 فَسۡ‍َٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: 

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.”

Ayat di atas menunjukkan bahawa pentingnya kita mencari guru yang terlatih dan profesional dalam sesuatu bidang itu. Ibarat macam kalau kita sakit, siapa yang akan kita rujuk? Sudah tentu doktor yang anda cari kan?
Begitu juga sekiranya anda mahu belajar mengaji. Anda perlu cari guru mengaji yang ada kelayakannya untuk mengajar kepada anda supaya ia dapat mendorong dan membantu anda untuk mahir mengaji Al-Quran dari masa ke semasa.

2) Memiliki ilmu dan kaedah pengajaran yang betul 

Dah nama pun nak cari guru, mestilah kena cari guru yang tepat kan? 

Kata Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi di dalam kitabnya al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd,

“Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis, lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya.”

Kalau kita tengok zaman sekarang ni, makin hari makin bertambahnya golongan pendidik, agamawan dan sebagainya. Alhamdulillah, tak dinafikan ia sememangnya sangat penting malah tenaga mereka amat diperlukan untuk mendidik dan membangunkan ummah. 

Namun, tak kurang juga mereka yang kononnya sudah khatam semua ilmu agama padahal belajar melalui google saja, sudahlah tidak berkitab, belajarnya pula hanya dua minit, tapi dah menjawab segala permasalahan agama serta hukum-hakam.

Kata orang, belajar tanpa guru boleh sesat, tapi kalau salah pilih guru akan jadi lebih sesat. Jadi, renung-renungkanlah.

3) Ikhlas dan jujur dalam setiap perkara yang disampaikan. 

Seorang guru mestilah bersifat penyayang terhadap setiap anak didiknya. Bahkan dia sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah atau ikutan mahupun teladan dalam hidupnya.

Menjadi pendidik bukan suatu yang mudah. Namun tiada yang mustahil sekiranya seorang guru itu ikhlas dan jujur dalam setiap perkara atau ilmu yang ingin disampaikan.

Bahkan, ikhlas dalam mendidik adalah kunci untuk menjadi guru yang hebat malah ianya juga dapat memberi inspirasi kepada manusia di luar sana.

Sesungguhnya umat Islam amat digalakkan untuk sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran sehinggalah dia menemui PenciptaNya. 

Memetik hadis Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda: 

“Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” 

(Hadis Sahih Muslim)

Peranan sebagai guru mengaji ini sebenarnya sangat penting dalam kerangka mendidik dan membimbing ummah. 

Ini kerana, kewujudan mereka bukan setakat dapat menunjukkan cara bacaan yang betul, malah dapat melahirkan golongan yang sangat mencintai Al-Quran serta dapat mewujudkan golongan yang betul-betul istiqomah membaca Al-Quran sehingga dapat membacanya dengan betul, lancar dan juga mahir. 

Sebagai penutup, kami sertakan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Uthman RA bahawa Rasullullah SAW bersabda,

“Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” 

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.