Al-Quran adalah sehebat-hebat anugerah yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya. Al-Quran itu mukjizat yang terdapat padanya kebenaran yang abadi lagi hakiki.
Ia adalah kitab yang sesuai pada setiap zaman mahupun generasi. Hingga ke hari ini, Al-Quran sentiasa menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan setiap manusia.
Malah ianya mencakupi segala aspek bidang kehidupan baik dari sudut akidah, ibadah, akhlak, ekonomi, politik, kemasyarakatan, kesihatan, kebudayaan, bahasa, seni, pengetahuan, alam sekitar, falsafah, sains, undang-undang dan sebagainya.
Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda:
إن هٰذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ فَتَعَلَّمُوْا مَأْدُبَةَ اللهِ مَااسْتَطَعْـتُمْ. إِنَّ هٰذَاالْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنِ وَنُوْرٌ مُبِيْنٌ
وَشِفَاءٌ نَافِعٌ وَعِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَمَنْجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ لاَيَعْوَجُ فَيُقَوَّمُ وَلاَيَزِيْغُ فَيَسْتَعْـتِبَ وَلاَتَنْقَضِى عَجَائِـبُهُ وَلَمْ يَخْلَقْ عَنْ كَثْرَةِ التِّرْدَادِ أُتْلُوْهُ فَإِنَّ اللهَ تَعَالىَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَـنَاتٍ أَمَا إِنِّيْ لاَأَقُوْلُ آلمۤ عَشَرَةٌ وَلـٰـكِنَّ اْلأَلِفَ عَشَرَةٌ وَاللاَّمَ عَشَرَةٌ وَالْمِيْمَ عَشَرَ
Maksudnya:
“Al-Quran ini adalah hidangan Allah. Jadi hadaplah hidangan ini sepuas hati kamu. Al-Quran adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutinya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”
(Riwayat al-Hakim)
Selain itu, Al-Quran adalah kalam yang cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab yang lain. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hijr ayat 9:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan memeliharanya”.
Allah SWT juga berfirman mengenai Al-Quran yang diturunkan kepada manusia sebagai pelengkap dan penerang atas sesuatu perkara yang menjadi kemusykilan.
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ
“Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran untuk menjelaskan tiap-tiap sesuatu.”
(Al-Nahl: 89)
Nabi Muhammad SAW sendiri amat menggalakkan umatnya untuk membaca Al-Quran kerana amalan tersebut boleh memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda.
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Hadis di atas memerintahkan kepada kita supaya sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai bahan bacaan utama harian kita. Ini kerana, sekiranya kita membaca, beramal serta berpegang teguh selalu dengannya di dunia, maka nescaya kelak ia akan menjadi sebagai sahabat dan penolong (syafaat) kita di akhirat.
Untuk mendapatkan syafaat tersebut, seseorang itu perlulah sentiasa berdamping dan memiliki hati yang terikat kuat dengan Al-Quran. Menjadikan ia sebagai panduan utama dalam hidup dan mengamalkan segala isi kandungannya yang tersirat mahupun tersirat tanpa ada ragu dan syak wasangka dengannya.
Demikianlah hidup di dunia ini cuma sementara sahaja. Rebutlah sebanyak mungkin peluang dan amalan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT supaya kita boleh terapkan selalu dalam rutin harian selagi nyawa masih ada.
Jom sama-sama kita usaha untuk memotivasikan diri supaya istiqamah membaca Al-Quran setiap hari walau di mana pun kita berada.
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang