Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, “membaca al-Quran dengan bertajwid adalah wajib. Lantaran itu, bagi sesiapa yang ingin membaca al-Quran, wajib ke atasnya mempelajari ilmu tajwid yang asas dan ini bagi mengelakkan dari tersilap ketika membaca yang boleh membawa kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan keduanya adalah kesalahan yang besar dalam pembacaan al-Quran. Adapun mempelajari ilmu tajwid secara mendalam dalam bidang, maka ia merupakan fardhu kifayah.”
Membaca al-Quran dengan tertib, iaitu memastikan makhraj huruf disebut dengan betul, tahu bila perlu dengung, hukum panjang pendek dan bila perlu waqaf atau menghentikan bacaan merupakan asas tajwid yang mesti dipelajari oleh umat Islam.
Firman Allah SWT: “Dan bacalah al-Quran dengan tartil.” (Al-Muzammil: 4)
Jadi, bila sudah disarankan untuk kita baca al-Quran dengan bertajwid, namun dengan sewenangnya kita melanggar saranan itu, bahkan hukum tajwid pun kita tak kenal. Maka, pasti ada padahnya. Teruskan membaca untuk ketahui 3 akibat kalau kita tak kenal hukum tajwid.
1. Baca Al-Quran Tunggang-Langgang
Apabila tidak mempelajari hukum tajwid, maka kesannya dapat dilihat dengan jelas lagi nyata pada kualiti bacaan al-Quran si pembaca tersebut. Betapa teruknya tahap bacaan seseorang yang tidak mengenali hukum tajwid. Tunggang-langgang dan berterabur bacaannya.
Sebutan huruf tak betul, panjang pendek bacaan tidak sempurna, malah tempat yang perlu dibaca dengung tidak didengungkan. Ini bukan sahaja akan mencacatkan bacaannya, bahkan dapat mengganggu gugat jiwa si pendengar juga.
Kerana itu, pentingnya untuk setiap individu Muslim belajar hukum tajwid supaya dapat membaca al-Quran dengan bacaan yang betul dan baik. Baca sini untuk ketahui kaedah yang mudah dan cepat belajar tajwid.
2. Solat Tak Sempurna Sebab Bacaan Al-Fatihah Tak Sempurna
Salah satu rukun solat yang wajib dipenuhi bagi memastikan solat yang didirikan itu sah adalah wajib membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat. Tetapi, bagaimana jika bacaan Al-Fatihah tak betul dan terdapat banyak kesalahan tajwid?
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, “bacaan yang membatalkan solat adalah bacaan yang boleh merubah makna. Sekiranya seseorang membaca أَنْعَمْتُ(an’amtu) dengan dhommah (baris hadapan) dengan sengaja sedangkan bacaan yang sebetulnya adalahأَنْعَمْتَ (an’amta) dengan fathah (baris atas) maka batal solatnya. Sekiranya terlupa maka perlu diulangi bacaan tersebut.
Kesalahan bacaan yang berkaitan dengan hukum hakam tajwid di dalam ilmu tajwid disebut sebagai Lahn al-Khafiy (kesalahan yang tersembunyi) manakala Lahn al-Jaliy (kesalahan yang jelas) pula seperti berubah makna, huruf serta baris ayat tersebut dan kesalahan jenis ini boleh membatalkan solat. Wallahu a’lam.”
3. Meninggal dunia dalam keadaan tak pandai baca Quran
Bila disoal tentang kematian, sudah tentu ramai antara kita yang mengimpikan sebuah pengakhiran hidup yang baik. Namun, adakah gaya hidup kita hari ini dapat memberi jaminan bahawa kita akan mati kelak dalam keadaan yang baik?
Nak mati dalam keadaan yang baik, tapi gaya hidup seolah-olah tidak takut jika dicampakkan ke dalam neraka. Al-Quran tak pernah disentuh, jauh sekali mahu dibuka dan dibaca. Hukum tajwid langsung tak kenal.
Umur dah makin meningkat hari demi hari, kubur dah kata mari rumah kata pergi. Tapi masih belum ada kesedaran untuk belajar baca Quran. Sedangkan al-Quran lah peneman tatkala diri keseorangan di dalam kubur kelak.
Maka, sudah terang lagi bersuluh betapa pentingnya untuk kita mempelajari hukum tajwid. Selain bagi mengelakkan diri daripada 3 akibat yang telah disebutkan di atas, bahkan terdapat banyak manfaat belajar hukum tajwid termasuklah dapat mengetahui cara sebut huruf dengan tepat dan memahami hukum panjang pendek bacaan.
Kita perlu berguru dalam mempelajari al-Quran untuk dapat pemahaman secara mendalam selain memastikan bacaan kita betul dan disemak oleh guru. Bacaan Quran yang betul akan memberi ketenangan kepada si pembaca dan juga pendengarnya.
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang