Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan peristiwa yang bersejarah dalam hidup Nabi Muhammad SAW. Justeru, peristiwa yang mengandungi seribu satu hikmah dan mukjizat ini sungguh besar nilainya di sisi Islam yang selamanya tetap terpahat dalam lipatan sejarah Islam. 

Apa itu Israk?

Israk bererti perjalanan Rasulullah SAW yang ditemani malaikat Jibril AS dari Masjidil Haram Di Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin.

Apa itu Mikraj?

Mikraj bermaksud perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke langit yang pertama menuju ke langit yang tertinggi iaitu Sidratul Muntaha. 

Hadis tentang Peristiwa Israk dan Mikraj

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 1,

سُبْحٰنَ الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

Maksudnya: 

“Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Setiap tahun, apabila tibanya 27 Rejab umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj bagi memperingati salah satu peristiwa yang menjadi Mukjizat Rasulullah SAW yang terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran untuk dihayati dan diambil ibrah.

Tapi, anda semua tahu tak apakah peristiwa yang berlaku pada Israk dan Mikraj tu? 

Kalau nak tahu, anda MESTI baca artikel ini sampai habis!

Ini dia Rahsia Di Sebalik Peristiwa Israk dan Mikraj!

1. Kewajipan Solat Fardhu Lima Waktu

Rasulullah SAW telah menerima perintah solat Fardu secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan. Ini menunjukkan bahawa keistimewaan dan kelebihan ibadah solat berbanding ibadah yang lain.

Solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Ia merupakan Ibadah yang paling mulia berbanding dengan ibadah-ibadah yang lain.

Oleh kerana itulah kewajipan ibadah solat diperintahkan secara langsung kepada Rasulullah SAW tanpa melalui perantaraan daripada Malaikat Jibril AS.

Sepertimana kewajipan ibadah-ibadah yang lain seperti Zakat Puasa, Haji dan sebagainya, ianya diperintahkan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

رَأْسُ الأَمْرُ الإِسْلاَم وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ

Maksudnya:

“Kepala urusan Agama itu, Islam, tiangnya adalah solat.”

(Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Betapa signifikannya peristiwa ini dalam Islam sehingga Allah SWT menamakan satu surah dalam Al-Quran dengan nama Surah Al-Isra’, iaitu sempena peristiwa Israk dan Mikraj.

Dr Yusuf al-Qaradhawi ada menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk Al-Ibadah fi al-Islam bahawa, 

“Solat sangat berbeza dengan ibadah lain kerana ia diturunkan dari langit yang berbeza secara terus daripada Allah SWT. Hanya solat jualah anugerah tertinggi yang mampu menemukan setiap makhluk dengan Khaliqnya (Yang Maha Pencipta) pada hari akhir nanti.” 

2. Penghormatan Allah SWT Kepada Rasulullah SAW

Peristiwa Israk dan Mikraj antara salah satu kehebatan Allah SWT untuk diperlihatkan kepada hambaNya. Kesedihan dan keperitan ujian yang dialami oleh Baginda Rasulullah SWT menunjukkan betapa kasihnya Allah SWT kepadanya. 

Sekiranya diteliti semula kisah perjalanan Baginda Rasulullah dari Kota Mekah ke Masjid Al-Aqsa adalah perjalanan yang tidak masuk akal bagi mereka yang hanya menggunakan akal semata-mata.

Sebab amat mustahil dan belum wujud lagi manusia seumpama itu di muka bumi ini yang melalui perjalanan seperti itu.

Ini kerana jarak perjalanan itu hampir 1,250 kilometer jauhnya !

Jika kita menggunakan logik akal semata, maka sudah pasti kita akan menolak serta-merta sebarang pengkhabaran yang bertentangan dengan akal fikiran.

Namun, tidak ada yang mustahil bagi Allah. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Oleh itu, sebagai hamba Allah SWT yang bertaqwa, kita wajib percaya dan mengimani setiap segala yang berlaku. 

3. Balasan Allah SWT

Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah SAW ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di muka bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah SWT.

Ada yang melakukan kebaikan manakala yang lain kekal dalam kemaksiatan. 1. Menjadi Syafaat di Hari Akhirat

Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa yang dikerjakan.

Sesungguhnya, Allah SWT menjanjikan pelbagai kenikmatan yang tidak terhingga bagi mereka yang beriman dan mentaati perintah Allah dan RasulNya.

Bahkan bagi golongan yang ingkar juga takkan terlepas daripada balasan dan azab daripada Allah SWT. 

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.